Saturday, January 31, 2009

AMK Batu Kecam Pemfitnah Dr Halimah Ali

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Batu mengecam sekeras - kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh Jamilisa melalui Forum MyKMU.net terhadap Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang dikatakan telah ditangkap khalwat di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang pada 25 Januari lepas.

Naib Ketua AMK Batu, Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin membidas usaha terdesak komander upahan UMNO yang bertujuan untuk menjatuhkan imej seorang pemimpin berjiwa rakyat. Fitnah yang dilakukan amat berat kerana ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keluarga Dr Halimah sendiri.

"Nampaknya UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan demi kesilapan yang mereka lakukan", ujar Khairul ketika diminta mengulas tentang isu ini. Tegasnya lagi, "UMNO nampaknya semakin terdesak untuk melakukan apa sahaja untuk memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat, walhal kesan dari tindakan bodoh itu meneruskan gambaran buruk UMNO kepada rakyat".

Sementara itu, bagi Akmal Hisyam yang merupakan Setiausaha AMK Batu juga senada dengan apa yang dikatakan oleh Khairul. Menurut beliau, "Dr Halimah Ali terkenal sebagai seorang pemimpin yang amat komited dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat dan beliau seharusnya mendapat sokongan dari segenap lapisan rakyat di dalam isu ini".

Akmal turut mendesak, "Angkatan Muda Keadilan Bahagian Batu mencabar pemfitnah untuk tampil kehadapan jika benar-benar mempunyai bukti kukuh untuk tuduhan ini dan tunjukkan keberanian selari dengan nickname beliau yang kononnya seorang komander."

Sambungya lagi, "Jikalau tuduhan ini sememangnya terbukti tidak berasas, UMNO dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan bot mereka yang semakin karam."

Tabik Buat PM Erdogan!


Taib Erdogan menzahirkan pendirian umat dan pencinta keadilan. Beliau menunjukkan sikap tegas meninggalkan omongan sia-sia manakala umat Ghazza dibedil dan ditindas. Syabas kami ucapkan. Beliau memberi harapan baru ditengah kelesuan pimpinan Arab dan dunia Islam.

Tambah hebat dan terserlah sikap beliau lantara adigan meninggalkan sidang istimiwa Davos! Beliau bertarung ditengah gelanggang. Ini berbeda sekali dengan lagak pimpinan yang menyalak menentang Amerika dikampung halaman tetapi kelu membisu tatkala di Amerika. Malah ada yang sanggup membayar berjuta dolar kpd pelobi Yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berkesempatan melutut dihadapan Pres Bush!

Maka selaku sahabat, saya salut kpd PM Taib!

ANWAR IBRAHIM

Friday, January 30, 2009

Kempen " 1 Juta Risalah " Kembara Bersamamu Palestin.


Buat semua warga Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Ayuh kita bangkit dan bersatu sebagai tanda sokongan terhadap PALESTIN!
HIDUP PALESTIN!
Boikot Zionis Yahudi dan Israel !!! Seluruh dunia mengutuk ke atas kekejaman
REJIM ZIONIS

MANFAATKAN HUJUNG MINGGU ANDA
BAWA KELUARGA & RAKAN ANDA

Ayuh bersama kita jayakan "KEMPEN 1 JUTA RISALAH" di program

"KEMBARA BERSAMAMU PALESTIN"

Tarikh : 31 Jan 2009, Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Kompleks JIM, Taman Melawati, KL

Aktiviti : Konvoi 100 buah kereta. Edar 1 Juta risalah Palestin, Kempen Jualan Amal RM5 dan Kutipan Tabung Palestine seluruh daerah di Negeri Selangor dan di beberapa lokasi terpilih.

Program petang diteruskan dengan :

"MALAM SUARA KEMANUSIAAN PALESTIN 2009"

Masa : 5.00 ptg - 11.30 malam
Tempat : DATARAN PETALING JAYA(berhadapan Am Corp Mall PJ)

Aktiviti : Gerai Jualan, Pameran, Solat Maghrib, Solat Hajat, Solat Isyak,
Pidato Awam daripada PACE, COMPLETE, wakil Gereja, wakil masyarakat Tiong Hwa, wakil masyarakat India,
Pentomin, Sajak, Persembahan Nasyid dll.

Penganjur :

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Selangor, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)& Palestine Centre of Excellence (PACE) dengan kerjasama JAIS dan MBPJ.

Disokong oleh :

Coalition Malaysian NGOs Against Persecution Of Palestinians (COMPLETE)

Keterangan Lanjut, Hubungi :

Pengarah Program : Encik Zun Arif (018 - 395 0823) zunarif@yahoo. com
Setiausaha : Cik Rose (019 - 315 1542) mujahidah.rose@ gmail.com
Program : En. Abu Dzar (019 - 244 5523) saladin30@yahoo. com
Gerai Jualan : En. Azmi Musa (012 - 259 0496) azmimusa@gmail. com

Pelancaran Demonstrasi Bantah PPSMI



Tarikh : 31 JANUARI 2009 (SABTU)
Masa :
3 PETANG
Lokasi : SOGO, KL.

*Jemput beramai - ramai wahai pencinta bahasa.

*Antara tokoh bahasa yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat dan pemimpin parti politik.

Thursday, January 29, 2009

Cipta logo Angkatan Muda Keadilan(AMK)

Biro Strategi dan Perhubungan Antarabangsa menganjurkan pertandingan mencipta logo untuk Angkatan Muda Keadilan(AMK). Anda boleh menghantar penyertaan anda ke info@bsia.my. Had umur untuk penyertaan ialah 35 tahun dan kebawah dan kami mengalu-alukan penyertaan daripada anak anak muda. Berikut ialah butir-butir penyertaan :

Tema : Biru Keadilan dan Merah(Simple dan Menarik)
Tarikh tutup : 15 Febuari 2009
Hadiah : Blackberry Pearl

Anda dikehendaki menghantar butir-butir peribadi anda ke info@bsia.my dan sertakan sekali “artwork” dalam format JPEG & AI. Contoh butiran yang perlu dikirimkan kepada kami seperti dibawah.

NAMA :
ALAMAT :
NO TELEFON :
ALAMAT EMAIL :
NO KAD PENGENALAN :
CONTOH DESIGN :


Keputusan pertandingan akan kami paparkan di website www.bsia.my. Pihak kami akan menghubungi pemenang melalui panggilan telefon. Sebarang pertanyaan sila hantar ke info@bsia.my. Harap Maklum

Tuesday, January 27, 2009

Kes A Kugan : Polis Pembunuh Berlesen Yang Beruniform?

The frontliners in the procession

Sekian lama penulis mengikuti isu ini dengan penuh minat. Pelbagai respon dari rakyat Malaysia. Baik pemimpin mahupun dipimpin. Polis DiRaja Malaysia sudah menjadi Polis Raja Di Malaysia. Undang - undang ikut suka hati. Polis sudah melampau. Pelbagai kes yang melibatkan kematian OKT telah berlaku, namun percayalah bahawa banyak lagi kematian yang cuba disorokkan dari dapat disedari oleh rakyat.

Polis sepatutnya sedar bahawa mereka juga manusia. Mereka juga punya keluarga. Mereka juga punya Tuhan. Kejadian Pembunuhan A Kugan oleh Polis sudah melampau. Rakyat perlu bangkit dari segala kezaliman ini. Mari kita mendesak supaya Polis menghentikan keganasan dari berterusan.

Ini bukan hanya Untuk A Kugan, tetapi ramai lagi magsa yang mati ketika di dalam lokap tetapi ditutup dari kacamata masyarakat.

Keadilan Untuk OKT?
Keadilan Untuk Banduan?
Keadilan Untuk Keluarga Tahanan?
Keadilan Untuk Mendiang / Mayat?
Keadilan Untuk Rakyat?

Dimakah Keadilannya?


Nyatakan bantahan anda...

FUNERAL A KUGAN
(mangsa pembunuhan kejam oleh Polis Raja Di Malaysia)

RABU
28 Januari 2009
2 petang

Perarakan Dari Rumah Mayat Universiti Hospital untuk mendesak hentikan keganasan Polis dari berterusan.

Sunday, January 25, 2009

Happy Lunar New Year


Parti Keadilan Rakyat will hold our Chinese New Year Open House on the First Day of Chinese New Year (26 January 2009) at Klang Hokkien Association (along Federal Highway) from 13:00hr-15:00hr.

The function will be attended by Anwar Ibrahim and other multiracial leaders of the party.

All welcome!

Bahagian Batu will hold our New Year celebration at Taman Tasik Indah, Batu (near KL Metropolitan Park) on 31 January (Saturday), from 19:00hr to late.

Kenyataan ADUN Bota

Berikut adalah kenyataan Dato Nasarudin Hashim berhubung kemasukan beliau ke dalam PKR:

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

Kerajaan Perak Tambah Majoriti




PETALING JAYA 25 JANUARI (SK)- ADUN Barisan Nasional Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan untuk menyertai KeADILan.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika sidang media bersama Ketua Umum, Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat KeADILan disini.

Menurutnya keputusan ini diambil setelah meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat.

” Saya amat yakin dengan kepimpinan KeADILan yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam sidang media.

Nasarudin adalah Adun Bota yang juga Pengerusi Felcra Berhad hadir bersama isterinya menyakini KeADILan tetap menjunjung hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan.

”Saya percaya KeADILan akan tetap menjujung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” tambahnya lagi.

Selain itu menurutnya lagi penyertaan ini membolehkan saya menjadi Adun yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudahpun menubuhkan sudahpun menubuhkan kerajaan di negeri Perak.

Majlis Perayaan Tahun Baru Cina KeADILan (26 Jan)

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan Majlis Perayaan Tahun Baru Cina pada 26 Januari (Isnin), bersama Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan seluruh barisan pimpinan parti.

Berikut ialah butiran program rumah terbuka Tahun Baru Cina:

Tarikh : 26/1/2009 (Isnin)
Masa : 1.00 pm – 3.00pm
Tempat : Dewan Persatuan Hokkien Klang

Dalam majlis tersebut, Presiden Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali akan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada keluarga fakir miskin.

Ketua Penerangan KeADILan Selangor Datin Paduka Tan Yee Kew selaku pengarah program juga akan memberikan ucapan aluan dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang pertama kalinya dianjurkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor itu.

Selain ucapan daripada pemimpin utama parti, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan. Makanan juga akan dihidangkan.

Untuk maklumat yang lanjut, sila hubungi saudara Yong 019-2408227

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Angkatan Muda Keadilan Bahagian BATU
mengucapkan

SELAMAT TAHUN BARU CINA

kepada
Seluruh Masyarakat Cina yang menyambutnya.

Saturday, January 24, 2009

Kewibawaan Polis Tercabar

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Kuala Lumpur, 22hb Januari 2009.

Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.

Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, January 22, 2009

Ceramah Intifada Palestin Dan Semarak Kemenangan Kuala Terengganu.


Penceramah:
YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden Pas

YB. Tuan Salahuddin Ayub
Ketua Pemuda Pas

YB. Tuan Mohd Abd Wahid Endut
Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Tuan Shamsul Iskandar Mat Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan

Tarikh & Masa :
23 Januari 2009 (Jumaat)
9 Malam

Tempat :
Markaz Tarbiyyah Pas Taman Melewar

Anjuran :
Dewan Pemuda Pas Pusat

Aktiviti : Malam Prihatin Palestin, 25 Januari 2009.


Malam prihatin Palestin bersama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim , YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Dr Hassan Ali.

Persembahan oleh Rabbani dan Yasin . Majlis dimulakan dengan solat Isyak dan hajat jam 8.00 Malam.

Tempat di Dewan Sivik MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

Perhimpunan bantah PPSMI pada 7 Mac

Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada 7 Mac depan.

Sempena perhimpunan tersebut, GMP juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesai isu tersebut.

Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.

Bagaimanapun, kata beliau yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), butiran terperinci mengenai perhimpunan belum diputuskan, termasuk tempat dan waktu ia akan diadakan nanti.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mesyuarat malam tadi menimbang cadangannya supaya mengkaji baik-buruk rancangan mengadakan perhimpunan tersebut.

Ketika membentangkan cadangan itu malam tadi, Dr Hassan difaham memaklum kepada mesyuarat bahawa ramai yang belum memahami sepenuhnya tujuan bantahan itu hendak diadakan.

Beliau juga difahamkan mencadangkan supaya diadakan kempen penerangan bagi membolehkan semua pihak benar-benar memahami isu tersebut, sebelum perhimpunan besar itu diadakan.

Bukan anti-kerajaan

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Hassan berkata, setelah cadangannya itu diusulkan dan diperbincangkan, mesyuarat sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu pada 7 Mac depan.

Bagaimanpun, katanya, mereka menghadiri mesyuarat tersebut sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu mengikut garis panduan yang dipersetujui.

Antaranya, tambah beliau, ialah perhimpunan itu tidak boleh dilihat bercirikan kegasanan dan perkauman.

“Kalau bentuknya macam Hindraf (Barisan Bertindak Hak Hindu), saya tak nak (terlibat),” katanya sekali lagi mengulangi pendirian yang ditegaskannya semalam.

Menjawab soalan, beliau menegaskan perjuangan GMP bukan berasaskan perkauman - untuk bangsa Melayu sahaja.

Sebaliknya, tegas Dr Hassan perjuangan mereka adalah perjuangan kebangsaan dan untuk kebaikan semua kaum.

Beliau juga berharap gabungan itu tidak dilihat sebagai anti-kerajaan dan pro-pembangkang hanya kerana ia turut dianggotai ahli politik pembangkang manakala mesyuarat malam tadi diadakan di bangunan SUK Selangor yang diteraju Pakatan Rakyat.

“Di awal mesyuarat, saya beritahu semua, termasuk, (Timbalan Presiden PAS) Nasaruddin (Mat Isa) sendiri bahawa mereka bukan mewakili mana-mana parti politik tetapi atas dasar sebagai pejuang bahasa,” katanya.-Malaysiakini

Wednesday, January 21, 2009

Laluansikal - Duke beri taklimat kepada penduduk dan MP

img_2141 img_2163 img_2170 img_2175

Tian Chua telah meminta pihak Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) - pemegang konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) memberi taklimat berkaitan laluansikal yang diminta oleh penduduk di Sentul Utama. DUKE yang diwakili Ir. Ong Kheng Boon - General Manager (Technical) menyampaikan sendiri taklimat tersebut kepada Ahli Parlimen Batu dan wakil-wakil penduduk serta menjawab segala pertanyaan yang diajukan. Beliau berjanji akan menyiapkan laluansikal yang diminta dalam tempoh 10 hari dan berharap agar semua pihak bersabar dan memberi peluang pihaknya menyelesaikan segala masalah berbangkit.

Buat sementara waktu, beliau juga berjanji akan mengarahkan peronda lebuhraya mengawasi serta membantu pelajar-pelajar yang melintasi lebuhraya untuk ke sekolah. Akhir sekali, Ahli Parlimen Batu yang berpuashati dengan jaminan pihak DUKE telah meminta penduduk bersabar setelah jaminan diberikan kepada beliau.

Saturday, January 17, 2009

Kronologi Hari Pengundian P036 - Malaysiakini

9.25 malam Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi.Calon bebas pula mendapat 193 undi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan.

9.12 malam Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada bila-bila sekarang. Tiada pemimpin Umno kelihatan di Stadium negeri. Dan hanya calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut berada di situ.

9.10 malam Tidak rasmi - PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira. Pegawai pengurus pilihanraya telah memanggil semua calon naik ke pentas.

9.08 malam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin tinggi yang lain dalam perjalanan ke Stadium Negeri untuk pengumuman keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sehingga ini, calon PAS masih mendahului pengiraan undi.

8.55 malam Ribuan penyokong PAS mula membanjiri Stadium Negeri untuk menunggu pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Dengan tinggal kurang daripada 10,000 undi lagi yang dibelum dikira, calon PAS sedang mendahului dengan kira-kira 1,700 undi.

8.50 malam Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu bahawa calonnya memenangi pengundian di kesemua empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.

8.45 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 28,249 undi, BN mendapat 26,498 undi. PAS mendahului dengan 1,751 undi. Calon bebas mendapat 160 undi.

8.35 malam Dengan kira-kira baki 10,000 undi lagi yang belum dikira, PAS semakin jelas akan memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

8.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,976 undi manakala BN mendapat 24,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,132 undi.

8.25 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,971undi manakala BN mendapat 23,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,182 undi.

8.20 malam Keputusan tidak rasmi - Sumber-sumber BN percaya PAS akan berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Ini memandangkan hanya tinggal baki 15,125 undi lagi yang belum dikira. Sehingga ini, PAS dipercayai menang di semua empat DUN.

8.16 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

8.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS memenangi pengiraan undi bagi Dewan Undangan Negeri Bandar dengan majoriti 190 undi.

8.00 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 23,640 undi, BN mendapat 21,614 undi. PAS mendahului dengan 2,026 undi. Calon bebas mendapat 136 undi.

7.50 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 22,030 undi, BN mendapat 20,476 undi. PAS mendahului dengan 1,554 undi. Calon bebas mendapat 134 undi. Sehingga ini 43,000 undi telah dikira.

Di pusat perjumlahan SPR pula, selepas 50 kotak undi dikira, BN mendapat 11,120 undi, PAS 10,802 undi dan bebas 69 undi. Sejumlah 64 kotak lagi dalam perjalanan.

7.40 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 19,487 undi, BN mendapat 18,480 undi. PAS mendahului dengan 1,007 undi. PAS mendahuli di semua DUN. Ini bermakna lebih 50 peratus undi telah dikira, berdasarkan 79.3 peratus pengundian hari ini atau 63,967 yang keluar mengundi.

7.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 18,934 undi, BN mendapat 17,907 undi. PAS mendahului dengan 1,027 undi.Calon bebas mendapat 113 undi.

7.25 malam Keputusan tidak rasmi - Daripada 38,000 undi yang dikira sehingga ini, PAS mendahului dengan majoriti 1,078 undi.

7.22 malam Keputusan tidak ramsi - PAS mendapat 17,573 undi, BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan 778 undi.

7.20 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 17,531 undi manakala BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan majoriti 778 undi. Bebas pula mendapat 107 undi.

7.15 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,475 manakala BN mendapat 16,018 undi. PAS mendahului dengan 457 undi. PAS juga mendahului dengan majoriti 758 undi di Wakaf Mempelam, 355 undi di Bandar dan 308 undi di Batu Burok. BN mendahului dengan 9 undi di Ladang.

7.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,237 undi manakala BN mendapat 15,707 undi. Calon bebas mendapat 89 undi.

7.05 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

7.02 malam Keputusan tidak rasmi - BN mendapat 1,039 undi manakala PAS mendapat 86 undi. Calon bebas mendapat 1 undi.

7.00 malam Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

6.55 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 13,095 undi manakala PAS mendapat 13,042. Calon bebas mendapat 72 undi.

6.50 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.

6.30 ptg Keputusan tidak rasmi - daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 259 undi. 80 peratus lagi undi dalam proses pengiraan.

5.00 ptg Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula jam 8 pagi ini, ditutupkan tepat jam 5 petang ini.

Kesemua kertas undi akan dikira di 143 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini.

4.30 ptg Sebanyak 76 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi.

4.00 ptg Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau 'ditahan' skuad pemantau PAS kerana menyamar sebagai agen tempat mengundi. Berita mengenainya di siarkan dalam Harakahdaily.net hari ini, yang mendakwa Azeez ditahan ketika keluar dari tempat mengundi di SK Pusat Cabang Tiga. Ketika dihubungi Malaysiakini, Azeez berkata ia adalah satu fitnah kerana beliau sepanjang masa berada di pondok panas Tok Ku di DUN Bandar.Baca berita lanjut

2.45 ptg Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.

2.00 ptg Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.

1.30 t/hari Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.

1.00 t/hari Kemeriahan penyokong petugas BN dan PAS yang dari Terengganu jelas kelihatan di jalan dan tempat membuang undi. Menurut penduduk, pilihanraya umum lalu tidak semeriah hari ini. Penyokong PAS bertakbir dan berselamat, manakala penyokong BN melaungkan gelombang biru.

12.40 t/hari Di DUN Batu Buruk, PKR menyediakan sukarelawan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian di sana. Menurut ketua bahagian PKR Batu Burok, Zarawi Embong berkata, keadaan seperti pesta apabila kedua belah pihak bersorak ria antara satu sama lain.

12.30 t/hari Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.

12 t/hari Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.

11.40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.

11.15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.

11 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.

10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.

9.00 pagi Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ' Allahu-akbar' dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan "PAS kluk klek", "PAS bohong."

8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'.

8.30 pagi Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.

8.15 pagi Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: "Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN".

7.50 pagi
Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.

7.45 pagi
calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.

Tahniah Pengundi Kuala Terengganu. Anda Bijak Memilih!

PAS menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

PAS : 32,883
BN : 30,252
BEBAS : 193

Majoriti : 2,631

AMK Batu buat pengundi P036

Selamat Mengundi
buat para pengundi PRK Kuala Terengganu.

Tiada pilihan lain selain mengundi PAS.
Anda bijak jika mengundi PAS dan menolak BN.

Anda sayangkan negara? Tolak BN, Undilah PAS

PRK Kuala Terengganu : Live coverage of polling day in KT - Malaysiakini

Malaysiakini is going live with the coverage of the Kuala Terengganu by-election. News are updated as they come in.

10.20am Mostly women supporters from both sides seen outside the five polling stations within the Ladang state seat.These are Malay areas. Situation calm. Heavy police presence at schools. Traffic jams due to campaigning in front of schools.

9.50am At Dewan Tunku Abdul Rahman where the Chinese voters of Kg Cina cast their votes, turnout is brisk. Many are seen quietly in queue. Outside, some 50 supporters of both camps are separated by police. Atmosphere is friendly. MCA leaders Dr Chua Soi Lek, Liow Tiong La, Wong Foon Meng are here. Also sighted are DAP's Ronnie Liew, PKR's Tian Chua and PAS' Annuar Tan.

9.27am Bernama reports: Traffic in the city under control, with vehicles carrying party flags seen plying the streets. Police personnel station themselves in strategic locations. The Election Commission expects a 90 per cent voter turnout.

9.00am Over at SK Pusat Chabang Tiga station, about 100 PAS and Umno supporters seen on both sides of road waving flags and placards. PAS group comprises mainly elderly women while Umno seems to be dominated by Puteri members. They exchange shouts with PAS' Allahu-akbar while Umno replies with "PAS kluk klek", "PAS bohong."

8.50am Big groups of BN supporters armed with party flags start converging outside SK Bukit Besar. Shouts of Allahu-akbar and 'Hidup BN' heard.

8.30 am Weather reported good throughout KT when polling started. Morning is cool although some parts are cloudy. Large groups of policemen seen outside some polling stations.

8.15am After voting, Wan Farid told reporters outside, "God willing, voters will choose intelligently and vote for continuity through BN'

7.50am BN's Wan Ahmad Farid arrives at the SK Bukit Besar. Together with his wife, Intan Baizura, they voted at 8.05am.

7.45am PAS candidate Wahid Endut arrives at SK Pusat Chabang Tiga polling station. Accompanied by his wife and five of his nine children, he says he wants to be the first voter at the station.

PRK Kuala Terengganu : Pengundi, dinasihat keluar awal


KUALA TERENGGANU, 17 Jan - Sejak penamaan calon 6 Januari lalu, tumpuan pertandingan adalah antara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada BN dan Mohd Abdul Wahid Endut daripada Pas. Turut bertanding calon Bebas, Azharudin Mamat@Adam. Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail daripada BN pada 28 November lalu.

80,229 pengundi yang akan membuang undi hari ini di nasihatkan keluar mengundi awal berikutan Jabatan Meterologi meramalkan hujan pada sebelah petang.

Kawasan Kuala Terengganu yang mempunyai 80,229 pengundi termasuk 838 pengundi posmasing-masing akan membung undi di 36 pusat mengundi yang akan dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang ini.

Kemenangan dilihat banyak bergantung kepada pengundi atas pagar, kerana lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di situ adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

PRK Kuala Terengganu : Suasana sebak menyelubungi Munajat Perdana


KUALA TERENGGANU, 16 Jan - Kehadiran ribuan umat Islam yang cintakan kebenaran dan mengharapkan keberkatan dalam gerak kerja menegakkan Agama Allah di Masjid Pengadang Baru awal jam 3.30 pagi tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalanraya berhampiran masjid tersebut.

Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, Munajat Perdana yang diadakan bagi mengadu ke hadrat Allah Taala kelemahan diri dan mengharapkan pertolonganNya bagi mengatasi niat jahat pihak tertentu dalam memenangi pilihan raya kecil ini.

Ulamak-ulamak dari Kelantan memimpin munajat yang penuh dengan keberkatan ini, di mulakan dengan zikir munajat yang pimpin oleh Ustaz Nor Azlan Jaafar.

Kemudian solat tahajud diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim al Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Manakala solat hajat dan witir diimamkan Ustaz Mohamad, bekas Yang Dipertua Abim Kelantan.

Bacaan doa dipimpin oleh anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamad Mustapha yang juga Adun Demit, Kelantan. Orang ramai tidak dapat menahan sebak sehingga suasana yang hening melatari dengan suara esakkan yang mengharapkan bantuan dari Allah.

"Sempena kedatangan tahun baru Hijrah hendaklah kita meninggalkan perkara-perkara yang menjurus ke arah syirik nasional seperti ungkapan yang sering kita sebut iaitu Keranamu Malaysia", Ustaz Mohamad ketika menyampaikan kuliah Subuh.

Moga doa dan air mata ribuan jemaah ini menjadi senjata yang ditakuti pihak musuh kerana hijab antara langit dan bumi terbuka luas.

Friday, January 16, 2009

Pegawai pengurus tarik diri kendali pilihan raya Kuala Terengganu

[DIKEMAS KINI 9 MALAM] KUALA TERENGGANU: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim yang menjadi kontroversi ekoran dakwaan PAS bahawa beliau meraih undi untuk calon Barisan Nasional (BN), menarik diri daripada mengendalikan pilihan raya kecil tersebut berkuatkuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 8.20 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa pihaknya telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya mulai hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat berhubung keputusan Mat Razali itu dan setelah memperhalusi pelbagai sudut permohonan penarikan diri itu, SPR bersetuju untuk menerima keputusan tersebut.

Justeru kata beliau, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 3 (C) dan 5 (1) (a), Akta Pilihan Raya 1958, SPR melantik Wan Mustafa Wan Hassan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru.

Wan Mustafa merupakan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan juga salah seorang daripada enam penolong pegawai pengurus pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Bagaimanapun kenyataan SPR itu tidak menyatakan sebab beliau menarik diri.

Dalam reaksi segera, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong berkata, pihaknya hanya mahukan seorang pengurus pilihan raya yang bebas dan kelihatan bebas.

Ketika ditanya sama ada pihaknya menyambut baik perkembangan itu, beliau berkata, PAS akan menilai situasi tersebut.

PAS yang semalam mendakwa Mat Razali meraih undi untuk calon BN hari ini menggesa SPR menangguhkan hari pengundian Sabtu ini jika perlu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini ditangguhkan sementara suruhanjaya memutuskan pengganti Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

“Jika wujud implikasi undang-undang dalam pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru, SPR wajar menangguhkan pilihan raya kecil ini,” kata Wan Abd. Muttalib Embong di Markas PAS Kuala Terengganu pagi tadi.

Semalam, Mat Razali yang merupakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ketika dihubungi mStar Online menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan MBKT supaya mengundi BN Sabtu ini.

Menurut Wan Abd. Muttalib, selain pertemuan pagi semalam di bangunan MBKT, Mat Razali juga dikatakan ‘berkempen’ untuk BN dalam tiga majlis berasingan secara berturut-turut iaitu Ahad, Isnin dan Selasa lalu.

Jelas Mat Razali semalam, selaku Datuk Bandar MBKT, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi semalam.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira tujuh peratus merupakan kakitangan awam.-Mstar

——————–
Isu RO: PAS mahu SPR tangguh pilihan raya kecil jika perlu

KUALA TERENGGANU: PAS yang semalam mendakwa Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim meraih undi untuk calon Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan hari pengundian Sabtu ini jika perlu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini ditangguhkan sementara suruhanjaya memutuskan pengganti Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

“Jika wujud implikasi undang-undang dalam pelantikan Pegawai Pengurus Pengurus Pilihan Raya baru, SPR wajar menangguhkan pilihan raya kecil ini,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong di Marks PAS Kuala Terengganu hari ini.

Wan Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada Ibu Pejabat SPR dan Pejabat Pilihan Raya Terengganu di sini awal pagi ini.

“SPR perlu menggugurkan Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Jika perlu, tangguhkan pilihan raya,” katanya.

Semalam Mat Razali ketika dihubungi mStar Online menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu supaya mengundi BN Sabtu ini.

Menurut Wan Abd. Muttalib, selain pertemuan pagi semalam di bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mat Razali juga dikatakan ‘berkempen’ untuk BN dalam tiga majlis berasingan secara berturut-turut iaitu Ahad, Isnin dan Selasa lalu.

Jelas Mat Razali semalam, selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi.

“Tanggungjawab sebagai Datuk Bandar, saya selalu mengadakan pertemuan dengan kakitangan saya… majlis mingguan, majlis bulanan, esok pun ada taklimat juga.

“Misalnya semalam ada majlis Hari Kualiti yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri. Dalam pertemuan hari ini, saya menjelaskan kepada mereka (kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) tentang dasar-dasar kerajaan sebagai majikan,” katanya beliau.

Bagaimanapun tegas Mat Razali, beliau sama sekali tidak meminta kakitangannya “memangkah” BN.

Wan Abd. Muttalib menjelaskan, pihaknya juga akan membuat laporan polis petang ini.

“Kami telah meminta peguam-peguam kami agar menguruskan laporan polis,” katanya.

Petang semalam laporan berhubung perkara itu dibuat oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Ketika ditanya sama ada PAS turut membuat petisyen hari ini, Wan Abd. Muttalib berkata, pihaknya tidak berbuat demikian hari kerana masa suntuk untuk mahkamah bertindak dengan segera.

“Hari ini hari Khamis, hari terakhir kerja minggu ini dan esok cuti, dan Sabtu adalah hari pengundian… mungkin mahkamah tidak dapat dengar kes ini dengan segera,” katanya.
Kata beliau, tindakan Datuk Bandar itu bertentangan dengan Seksyen 32 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira tujuh peratus merupakan kakitangan awam.-Mstar

——————–
RO nafi raih undi, PAS kemuka petisyen mahkamah hari ini

KUALA TERENGGANU: Pengurus Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengundi Barisan Nasional (BN) Sabtu ini.

Ketika dihubungi mStar Online lewat petang semalam, Mat Razali berkata, selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi.

“Tanggungjawab sebagai Datuk Bandar, saya selalu mengadakan pertemuan dengan kakitangan saya… majlis mingguan, majlis bulanan, esok pun ada taklimat juga.

“Misalnya semalam ada majlis Hari Kualiti yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri. Dalam pertemuan hari ini, saya menjelaskan kepada mereka (kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) tentang dasar-dasar kerajaan sebagai majikan,” katanya beliau.

Bagaimanapun tegas Mat Razali, beliau sama sekali tidak meminta kakitangannya “memangkah” BN.

“Semuanya tak betul… itu hak mereka ,” katanya.

“Saya menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan terserah kepada mereka sama ada mahu mengundi calon BN atau calon PAS,” katanya.

Mat Razali juga berkata, kemungkinan apa yang dinyatakan oleh beliau telah disalahertikan oleh kakitangannya yang terdiri daripada peringkat bawahan.

Difahamkan taklimat pagi ini dihadiri oleh kakitangan peringkat sokongan.

Pagi semalam, PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Mat Razali daripada terus mengepalai urusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah ‘menyalahgunakan’ kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi BN.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media di Markas PAS Kuala Terengganu di sini.

Wan. Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa Mat Razali telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan itu mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pagi semalam.

Setakat pukul 8 malam semalam, PAS belum membuat laporan polis dan aduan kepada SPR.
Laporan berhubung perkara itu dibuat oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pukul 4.25 petang.

Timbalan Ketuanya, Fariz Musa berkata, selaku anggota Pakatan Rakyat pihaknya membuat aduan dan menyerahkan kepada PAS untuk mengambil tindakan susulan.

Wan Abd. Muttalib ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, pihaknya akan mengemukakan petisyen di mahkamah pagi esok untuk meminta agar Mat Razali digugurkan sebagai Pengurus Pilihan Raya.

“Peguam-peguam kami sedang menyediakan dokumen dan petisyen akan difailkan esok (hari ini),” katanya.

Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 orang merupakan kakitangan awam.-Mstar

DSAI Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Hadiri Majlis Penyerahan Memorandum PPSMI.

Kuala Terengganu, 15 Januari 2009 : - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Para Pemimpin Pakatan Rakyat turut hadiri Majlis Penyerahan Memorandun MEMANSUHKAN /MENGHAPUSKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS(PPSMI)

Sudah semua maklum, pelaksanaan PPSMI telah membawa bencana kepada rakyat.
Bahasa melayu dianaktirikan sebagai bahasa ilmu..Itulah UMNO yang mengaku memperjuangkan melayu dan islam..tetapi, mereka sendiri MEMBUNUH bahasa melayu sendiri. Tulisan JAWI sudah arwah sejak tahun 70an.

PAKATAN RAKYAT BERUSAHA MENDAULATKAN BAHASA MELAYU DI SAMPING TIDAK MELUPAKAN BAHASA-BAHASA LAIN.

Majlis yang dihadiri oleh Badan-Badan Bebas ( NGO ) dan kepimpinan Pakatan Rakyat juga Calon P36.Antara yang hadir ialah Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Hj Hadi Awang.Turut hadir ialah beberapa kepimpinan pakatan rakyat antaranya YB Azmin ali,YB Gobalakrisnan,YB Hatta Ramli...Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran Dato Zaid Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin.

Sokongan penuh diberikan agar isu ini dan penggunaanya dimansuhkan serta merta agar ia tidak lagi menjadi beban dan tidak memadamkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dinegara ini.

Selepas itu satu sidang khas media telah diadakan.

Gerakan Mansuh PPSMI Akan Beri Kata Dua Kepada Najib di Kuala Terengganu

Seperti kenyataan Sdr Hasni Abas Pengarah J/K Perlaksana MANSUH PPSMI dalam Malaysiakini bahawa pihaknya akan berjumpa dengan pimpinan UMNO dan PAS di Kuala Terengganu sebelum pembuangan undi.

Idea penyerahan memo ini adalah idea Dato' Dr Hassan Ahmad bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka semasa pertemuan pada 8hb Januari 2009 lepas di Yayasan Karyawan, Damansara.

Tujuan mereka adalah untuk menyerahkan memo memansuhkan PPSMI. Kata dua akan diberikan kepada Najib samaada mansuhkan PPSMI atau demo 100 ribu ala bersih di Istana Negara. Apakah respon Najib mengenai isu ini ? Mari kita lihat sama-sama.....

Sinaran 'Bulan' Semakin Menerangi Kuala Terengganu, Sambutan Mengejutkan Dari Pengundi Cina.


SELEPAS lebih separuh perjalanan kempen pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu berjalan gambaran awal atau momentum sudah mula kelihatan tanda-tanda fizikal parti mana yang kuat dan parti mana yang ‘dak rok cetong’.

Malam tadi saya sempat membuat tinjauan ke hampir seluruh bandaraya Kuala Terengganu Darul Iman melihat perang poster kedua belah pihak. Suasana biasa yang berlaku dalam pilihan raya sudah menguasai bandaraya Kuala Terengganu.

Semua simpang dan sudut dipasang dengan poster calon, poster pemimpin masing-masing, papan tanda, kain rentang dan sepanduk kedua-dua pihak. Walaupun Pas bukan parti kerajaan yang dikaitkan mendapat kemudahan kewangan dan menggunakan jentera kerajaan namun apa yang ditonjolkan menunjukkan Pas tidak terkalah.

Semangat melawan masih ada dan kuat pada Pas. Nampaknya Pas menanti retak Umno dan BN saja untuk diikuti.

Ini menunjukkan kejatian perjuangan penyokong Pas yang datang untuk membantu dan berkorban dan bukan datang untuk memperdagangkan ‘barangan’ lain ataupun datang untuk mencari rezeki tersepak di sepanjang pilihan raya berkenaan.

Berbeza dengan 'pelancong' pilihan raya di pihak BN mereka datang selain untuk meninjau pilihan raya tetapi turut sama mahu mempromosikan barangan dagangan mereka, yakni calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan agung Umno Mac depan.

Sehingga jam 2:30 malam tadi masih ada pekerja jentera pilihan raya Pas memasang poster dan mendirikan papan iklan di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.

Dalam saat penyokong Pas masih galak bekerja, jentera Umno sudah lenyap atau suda lena tidur diulik mimpi, mungkin memimpin kemenangan! Inilah perbezaan yang ketara dari segi semangat dan gerak kerja antara kedua parti itu.

Rata-rata penyokong Pas yang ditemui atau terdengar perbiacraan mereka mengakui mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan Umno. Secara rendah diri mereka mengatakan mula mendapat kekuatan apabila berlaku swing atau peralihan angin pengundi Cina di kawasan bandar.

“Mulanya kita bimbang kepada pengundi Cina, tetapi alhamdulilah sambutan terhadap ceramah yang kita anjurkan mendapat sambutan mengejutkan, dan ini sangat melegakan kita,” begitulah komen seorang penyokong Pas yang datang khusus untuk membantu Pas sejak hari penamaan calon lagi.

Malam semalam katanya satu gelombang besar berlaku di kalangan pengundi Cina di tengah bandaraya Kuala Terengganu. Ceramah anjuran DAP dan PKR di Kampung Tiong mendapat sambutan luar biasa. Perkembangan mengkagumkan, bila mana ada anak muda Cina membawa 'jabil' (bekas plastik) berlambangkan bulan untuk mengutip derma.

Seorang wartawan kanan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melihat fenomena itu memberi komen mengenai hal ini katanya kalau orang Cina sudah mencari wang untuk Pas ini sudah menjadi masalah besar kepada Umno.

“Jarang berlaku orang Cina secara terbuka membantu calon Pas dan apa yang ditunjukkan ini satu kebenaran yang luar biasa,” tambahnya.

Sememangnya kegelabahan BN mengenai perubahan masyarakat Cina ini sesuatu yang tidak dapat disembunyikan. Misalnya pagi ini ada maklumat mengatakan ada arahan dilakukan oleh pihak tertentu agar menutup bilik gerakan DAP. Arahan itu khabarnya dari pejabat MB Terengganu?

Dalam pada itu jentera perang saraf Umno juga telah mengugut pengundi Cina terutamanya di kalangan pengundi muda yang memberi ingatan supaya tidak mengundi Pas dan disamping mengugut kononnya kalau mereka undi BN tahu perbuatan itu. Hal ini didedahkan oleh pengundi muda Cina yang bimbang dengan ugutan itu dan bertanya soal kerashaian undi.

Ugutan dan psywar ini menunjukkan BN mulai takut dengan perkembangan di kalangan pengundi Cina. Dalam pada itu kenapa masyarakat Cina mengubah pendirian mereka kerana tertarik dengan dasar pemerintahan Pakatan Rakyat yang ditunjukkan di Kelantan, Perak dan Selangor di mana dasar Pakatan Rakyat lebih terbuka dan adil kepada mereka.

Selain itu pengundi Cina juga dikatakan lebih rasional di mana mereka tidak pedulikan apa yang hendak dibawa oleh Pas dan BN. Yang penting bagi mereka parti mana yang boleh memberi sesuatu yang dapat mereka lihat dan rasakan segera.

Faktor inilah menyebabkan pengundi Cina Kuala Terengganu berubah angin. Ia juga ditambah dengan sikap pemimpin MCA dan Gerakan atau tokoh Cina lain yang dikatakan tidak serius dalam kempen dan seolah mereka mengambil sikap melepas batuk ditangga saja mengenai pilihan raya berkenaan.

Hakikat kelemahan BN ini diakui sendiri oleh beberapa pembantu jentera pilihan rayanya yang datang dari luar. Seorang Ketua Umno Umno bahagian di Kelantan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kelembapan jentera wanita Umno pada pilihan raya itu.

Katanya wanita Umno semacam tidak mahu menerima khidmat dan bantuan luar bila mereka memandang dingin pada kedatangan rombongan wanita bahagiannya untuk membantu BN.
Keadaan itu menurutnya membayangkan Umno Kuala Terengganu ada masalah di mana semua pihak nampaknya tidak sepadu antara satu sama lain.

Mungkin perebutan jawatan antara Ketuanya, Rafidah Aziz dan naibnya, Shahrizat Abdul Jalil menyumbangkan ke arah kelembapan itu. Rafidah khabarnya hanya menjelma seketika saja di Kuala Terengganu. Manakala Shahrizat pula tidak dapat berbuat lebih kerana tidak mendapat mandat daripada Rafidah.

Mengambil kira perbualan dan mendengar luahan itu semua, maka jelas dari segi semangat dan keazamannya Pas berada di atas berbanding dengan Umno. Wahid Endut berada di nombor wahid dan bulan kelihatan terang.

Bagaimana pun ini tidak boleh diambil kira sangat kerana ada yang mengatakan sikap menunjukkan kelemahan ini merupakan taktik BN untuk membunuh Pas dalam diam dan mereka akan mengeluarkan buah kilas di saat-saat akhir .

Credit to : Sayuti Omar

Ketua AMKWP Minta Perhebat Kempen Dekati Pengundi Muda.


Kuala Terengganu , 14 Januari 2009 : Ketua AMK Wilayah Persekutuan (AMKWP) Sdr Hj Md Zaman Md Tasi meminta agar jentera pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu terus mensasarkan untuk menarik sokongan dari pengundi muda.

Maklumbalas yang diperolehi sepanjang berlangsungnya kempen mendapati pengundi muda bakal mempengaruhi undi untuk calon yang bertanding. Walaupun sokongan pengundi muda sudah ketara menyebelahi PAS, namun kempen dan penerangan berterusan perlu diperhebatkan bagi menangkis dakyah kotor jentera pilihanraya BN.

Md Zaman berharap kemenangan PAS di 3 daripada 4 DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU lalu dapat diterjemahkan kepada kemenangan kerusi Parlimen pada PRk ini. Jentera BN pula semakin lemah menjelang hari pengundian hasil dari sesi kempen dan penerangan jentera Pakatan rakyat yang menerangkan kepada pengundi situasi sebenar politik tanah air.

Pengundi Kuala Terengganu semakin memahami dasar perjuangan pakatan rakyat berbeza dengan maklumat dan berita media Pro BN yang saban hari memburukkan imej pakatan rakyat.

Tatkala kempen BN pula ibarat meludah ke muka sendiri. Setiap isu yang ditimbulkan akan menyerlahkan kesilapan mereka sendiri sepertimana isu royalti minyak. Terdesak untuk mengekalkan kemenangan, royalti minyak diumpankan kepada pengundi sedangkan itu merupakan hak rakyat yang sekian lama dinafikan.

Cek RM 403 Juta : BN cuba selindung isu royalti


Kuala Terengganu, 12 Jan - Timbalan pesuruhjaya Datuk Wan Mutalib Embong semalam memperjelaskan ketika sidang media semalam, mengenai isu royalti yang cuba diselindungkan oleh UMNO/BN. Isu tersebut cuba ditutup dengan pemberian Mok Cek sebanyak RM 403 Juta kepada kerajaan negeri melalui Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said sebelum ini.

Datuk Wan Mutalib berkata, “Saya pun lihat sedutan daripada ucapannya semasa penyerahan mok cek bernilai RM 408 juta dan dikatakan ini adalah bayaran kedua bagi tahun 2007/2008. Bagi orang yang tidak mengetahui apakah dia royalti nampak ia sesuatu yang menggembirakan”.

“Tetapi bagi orang politik yang tahu dan pernah terlibat dalam pentadniran kerajaan negeri, semasa ianya dirampas tentulah rasa kepahitan dan rasa tidak betul itu membara di dada” tambah beliau

Berkaitan kenyataan Najib bahawa isu royalti ini telah selesai, Datuk Wan Mutalib menegaskan, untuk mengatakan ia selesai perlu ada penghakiman dengan persetujuan yang dicatatkan di mahkamah dengan terma-terma yang menepati tuntutan rakyat negeri Terengganu.

Tuntutan antara lainnya ialah yang pertama mesti ada satu pengisytiharan bahawa hak ke atas royalti adalah hak rakyat dan hak Negeri Terengganu. Kedua, kerajaan pusat dalam apa jua keadaan dan perundangan, tidak ada hak untuk mencabuli dan merampas hak rakyat ini kerana ia telah pun diberikan melalui undang-undang yang sah. Ketiga, bayaran balik kepada rakyat Terengganu hendaklah bermula dari mula ia disekat bukan sekarang sekarang ini. Dan keempat, kerajaan pusat tidak ada hak dibwh undang-undang, ataupun perlembagaan peraturan kewangan untuk membelanjakan duit hak kerajaan Negeri Terengganu melalui apa yang dipanggil dana khas ataupun pemberian wang ehsan.

Beliau turut menjelaskan dalam kaedah pentadbiran negara hak negeri ini adalah hak terunggul.Tidak boleh kerajaan pusat menganggu perjalanan pembangunan kerajaan negeri,kerana telah ada peruntukan perlembagaan untuk kedua-dua peringkat kerajaan negeri.

“Oleh yang demikian apa-apa peruntukan bajet diperingkat negeri hendaklah diluluskan di peringkat negeri. Kerajaan Persekutuan tiada hak mencampurinya.” jelas beliau.

Monday, January 12, 2009

AMK buat laporan, desak SPRM siasat MB Terengganu

ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said

Menurut Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa laporan berkenaan dibuat berdasarkan jawapan Ahmad Said di Dewan Undangan Negeri (Dun) 16 Disember lalu.

Dalam sidang Dun lalu, beliau sewaktu menjawab soalan, Adun Rhu Rendang, Hadi Awang mengenai kaitan kerugian anak-anak syarikat kerajaan negeri kira-kira RM80 Juta.

Mohd Said, berdasarkan kenyataan Fariz, mengakui kerugian berkenaan yang membabitkan tiga anak syarikat kerajaan negeri selama tiga tahun.

"Jesteru AMK meminta agar SPRM mengambil tindakan segera untuk menyiasat kenyataan Mohd Said kerana Menteri Besar berkenaan mempunyai bukti terhadap kerugian syarikat berkenaan," katanya.

Tiga syarikat berkenaan ialah Golden Pharos Snd Bhd Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Snd Bhd dan Permint-Suterasemai Snd Bhd.

"Ketiga-tiga syarikat ini merugikan wang rakyat, jesteru penyiasatan juga harus dibuat terhadap Ahli Lembaga Pengarah serta kakitangan syarikat terbabit," katanya ketika dihubungi Suara KeADILan pagi ini.

Laporan berkenaan dibuat di Pejabat SPRM Cawangan Kuala Terengganu oleh beliau serta beberapa jawatankuasa AMK negeri.-SK

--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: shamsuliskandar.com

Tahanan 21 Aktivis Tanda BN Hiprokit

Kenyataan Media
9 Januari 2009

Tahanan 21 Aktivis Tanda BN Hiprokit

Kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas hiprokit dalam menentang kekejaman rejim Zionis Isreal apabila menahan 21 orang aktivis termasuk ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam perhimpunan anti perang di Kuala Lumpur semalam.

Tindakan kerajaan menahan aktivis yang membantah perang di Palestin dan Sri Lanka mendedahkan pendirian BN sebenarnya memihak kepada rejim Zionis Israel.

Antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan ialah ahli Parlimen Klang Charles Santiago, ahli Parlimen Kuala Langat YB Abdullah Sani dan Adun Kota Damansara YB Dr. Nasir Hashim.

Pendirian kerajaan membantah tindakan kejam Israel terhadap Palestin jelas apabila bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat pada 7 Januari lalu supaya Parlimen mengadakan sesi khas mengenai serangan Zionis Israel ke atas Gaza, serta membenarkan pelajar universiti menyertai perhimpunan aman bantah perang.

Namun sebelum Parlimen sempat mengadakan sidang khas pada 12 Jan, kerajaan telah melakukan penahanan terhadap mereka yang berhimpun untuk membantah kekejaman Zionis Israel, khususnya tiga orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Tangkapan ini tidak wajar sama sekali sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam membantah serangan Zionis Isreal, sebaliknya harus memberi ruang kepada masyarakat sivil tanpa mengira latarbelakang politik bagi menyuarakan bantahan, dan bukan menghalang.

Dengan ini kami menyeru agar pengundi Kuala Terengganu menolak calon Barisan Nasional bagi P36 Kuala Terengganu sebagai tanda Tolak Hiprokit BN. (tamat)


TIAN CHUA
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan

Thursday, January 8, 2009

AMKWP Kesal Tindakan Polis Memprovokasi Penyokong Pakatan Rakyat.


Seperti apa yang berlaku di Permatang Pauh, jurugambar akhbar dibelasah. Namun kali ini agak berbeza dan janggal sama sekali. Kami sempat menyaksikan provokasi yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para penyokong Pakatan Rakyat yang sedang berkumpul dalam kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Pada awalnya sudah diberikan jarak 100 meter antara kedua-dua pihak di atas jalanraya. Memandangkan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat melebihi bilangan penyokong BN. Maka limpahan penyokong terpaksa bertaburan di kawasan hospital terbabit. Mereka hanya berdiri dan duduk untuk melihat serta mendengar pengumuman daripada pengurus pilihanraya.

Namun entah mengapakah, angin tak ada hujan tak ada. Pihak polis tiba-tiba mengganas dan menggempur para penyokong pembangkang. Mereka dihalau macam "budak-budak" agar menjauhkan diri daripada "batu sempadan" dengan penyokong BN. Keletah yang ditunjukkan oleh pihak polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) jelas sekali amat memalukan.

Mereka menahan orang ramai yang mahu lalu lalang dikawasan terbabit. Bahkan mereka terus menggasak penyokong Pakatan Rakyat supaya berundur. Walhal kesesakan telah berlaku di bahagian belakang. Lebih teruk lagi, pasukan FRU juga "mengamuk" dan berkawal di laluan awam untuk ke hospital termasuk juga di Wad Pesakit Luar.

Kelihatan seolah-olah mereka menyerang "hospital" pula. Senario ini jelas sekali "membingungkan" sebahagian besar doktor, nurse, kakitangan hospitak serta para pesakit dan pelawat yang berkunjung ke situ. Mereka menggasak penyokon Pakatan Rakyat hingga jarak lebih 500 meter dari jarak sempadan 100 meter yang telah dihadkan. Anehnya, pihak polis tidak pula "mengganyang" para penyokong BN.

Kami sempat mendengar rintihan beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat yang mengatakan cara dan apa yang dilakukan oleh pihak polis itu samalah seperti Zionis (Israel) di tebing barat. Mereka telah meletakkan batu sempadan dan pagar keselamatan. Namun dalam masa yang sama mereka juga terus mengganas dan menakluki tanahair bumi Palestin tanpa belas kasihan.

Apa yang dilakukan oleh pihak polis terhadap penyokong Pakatan Rakyat itu, seolah-olah sama dengan Zionis. Mujurlah dipenghujung waktu, terlihat kelibat Exco Selangor dari PAS iaitu YB Dato' Dr.Hassan Ali. Kami sempat beramah mesra dengan Hassan Ali disitu. Kelihatan beliau memperkatakan sesuatu dengan pihak polis bagi meredakan keadaan yang sedang hangat ketika itu.

Wednesday, January 7, 2009

Sekitar Penamaan Calon PRK P036 Kuala Terengganu


Kredit Untuk Tranungkite.net dan Malaysiakini













Tuesday, January 6, 2009

Monday, January 5, 2009

Saluran PRK Kuala Terengganu

http://prkkualaterengganu.blogspot.com/

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU


Wahid Endut


SEMUA AHLI AMK DIMINTA BERURUSAN DENGAN KETUA AMK NEGERI UNTUK URUSAN PENGINAPAN DAN PEMBAHAGIAN TUGAS @ HUBUNGI TIMBALAN KETUA AMK TERENGGANU, SDR. MUZAFEQ (019-9922270)

Kronologi Penahanan Ketua AMK Terengganu

Lebih kurang jam 5.10 pagi Isnin 5 Januari pagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

Beliau ditahan bersama-sama lima orang skuad AMK yang menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihanraya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu.

Sehingga siaran media ini disiarkan, Fariz masih berada di Balai Polis Kuala Terengganu dipercayai sedang disoal siasat oleh Tuan Azmi dari Cawangan Khas.

AMK Terengganu kesal dengan tindakan pihak polis.


BN Mula Tabur "Rasuah Politik" Di Kuala Terengganu

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

4 Januari 2009


BN Mula Tabur "Rasuah Politik" Di Kuala Terengganu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius tindakan Barisan Nasional (BN) yang mula menyogok rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu dengan 'rasuah politik' yang terlampau.

Tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di DUN Wakaf Mempelam, dan juga kenyataan Menteri Besar Terengganu yang berjanji untuk meneruskan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu ternyata adalah satu bentuk eksploitasi wang rakyat demi menjamin kemenangan BN yang semakin terdesak.

AMK tegas berpendapat bahawa dana kerajaan negeri dan persekutuan yang datang daripada kutipan cukai rakyat tidak wajar diseleweng sewenang-wenangnya oleh BN hanya kerana mereka memegang tampuk kuasa ketika ini.

Apa yang mengejutkan ialah kenyataan MB Terengganu bahawa sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. AMK mempersoalkan tindakan MB Terengganu dan BN yang ternyata mengamalkan demokrasi selektif mengikut nafsu serakah mereka, hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa. Apakah rakyat boleh dinafikan dengan pembangunan hanya kerana mereka tidak mengundi BN?

Melihat kepada sogokan demi sogokan yang diberikan oleh BN ini, maka AMK menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memainkan peranan yang aktif dan tegas dalam membanteras kegiatan 'rasuah politik' yang berleluasa berlaku di Kuala Terengganu pada ketika ini.

AMK juga akan mengambil tindakan drastik untuk mengemukakan laporan kepada polis dan SPRM agar tindakan ini dapat dikekang daripada berlaku berterusan.

BN perlu sentiasa akur, bahawa rakyat dan pengundi bukan semudah itu untuk digula-gula dan diperbodohkan dengan sogokan pembangunan, sebaliknya rakyat akan terus celik untuk menghenyak BN untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dilapah sejak sekian lama.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

5 Januari 2009

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menahan Ketua AMK Terengganu, Sdr Fariz Musa dan lima lagi ahli Skuad AMK Terengganu yang sedang menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Penahanan Fariz yang juga Tmbalan Ketua AMK Pusat jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal oleh BN yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang menghairankan ialah,apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam? Apakah calon BN, yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan sebelum beliau melepaskan jawatan untuk dinamakan sebagai calon PRK Kuala Terengganu esok?

AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu.Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?

AMK mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu? Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.

AMK juga ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak. Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK Batu Buat Laporan Polis Terhadap TV3 Petang Ini

AMK Batu akan membuat laporan polis terhadap TV3 di Balai Polis Sentul, Jalan Ipoh pada 5 Januari 2009 (ISNIN - Hari Ini) jam 5 petang tentang fitnah kepada Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua berkenaan isu lif di Flat Sentul Utama yang disiarkan dalam Buletin Utama jam 8 malam pada 4 Januari 2009. Semua penyokong diminta hadir ke Balai Polis Sentul untuk menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Batu dan menyatakan bantahan terhadap fitnah TV3.

Menurut Ketua AMK Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata, AMK Batu mengecam TV3 kerana cuba memburukkan imej YB Tian Chua yang cukup menjaga kebajikan penduduk di kawasan Parlimen Batu. Dalam isu lif ini, YB Tian Chua sendiri telah berusaha bermacam - macam kaedah untuk membawa masalah lif ini ke pihak yang bertanggungjawab tetapi sengaja dilambatkan. Rozan turut menambah bahawa rekod YB Tian Chua dalam membela rakyat di Parlimen Batu tidak dapat dipertikaikan lagi kerana YB Tian Chua akan mengikuti sendiri setiap isu yang berlaku dengan penuh rasa tanggungjawab.

Justeru itu AMK Batu tidak teragak - agak untuk membuat laporan polis terhadap TV3 kerana telah membuat fitnah.


Masa : Jam 5 petang ini
Tempat : Balai Polis Sentul

Friday, January 2, 2009

T-Shirt FREE PALESTINE

T-Shirt FREE PALESTINE
Harga : RM20
Saiz : M, L, XL & XXL
Untuk Tempahan, sila hubungi : EL (012-5757727)

PENGEDAR DIPERLUKAN!
Minimum 50 helai.
Sila hubungi untuk harga pengedar.


Sekitar Demonstrasi Membantah Serangan Israel Keatas Palestin

Lokasi : Masjid Negara
Masa : Selepas Solat Jumaat

::Nantikan demonstrasi yang lebih besar selepas ini.





Thursday, January 1, 2009

DEMONSTRASI



DEMONSTRASI
MENGECAM KEGANASAN ZIONIS ISRAEL
TERHADAP PALESTIN

Tarikh & Masa :
2 JANUARI 2008 (JUMAAT - ESOK)
Selepas Solat Jumaat

Tempat :
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR.

Anjuran :
PEMUDA PAS & KEADILAN