Saturday, February 27, 2010

Masa Depan Felda dan Peneroka - Dr Syed Husin Ali

MASA DEPAN FELDA DAN PENEROKA


Oleh Dr Syed Husin Ali

Saya mengucapkan berbanyak Terima Kasih kepada pengelola Konvensyen Peneroka Felda yang bersejarah ini kerana memberi peluang kepada saya untuk kemukakan pendapat.


Saya harus mengakui sudah lama tidak membuat kajian atau berinteraksi dengan peneroka-peneroka Felda. Oleh itu pengetahuan saya terkini mengenai perkembangan lembaga ini dan masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka tidak mendalam. Izinkanlah saya memberikan pandangan umum dari jauh.


Kertas kerja ini akan menumpukan perbincangan secara khusus lebih kepada hal-hal yang berkaitan dengan tajuk di atas. Kita akan melihat ke arah mana Felda telah dan perlu dibawa. Juga, apakah perkara-perkara yang patut dilakukan untuk membela kedudukan generasi kedua bahkan ketiga, iaitu anak dan cucu peneroka-peneroka asal. Akan tetapi sebelum itu perlulah kita meninjau apakah yang telah berlaku setakat ini.


Asal-Usul Felda


Pada tahun 1956 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) telah ditubuhkan. Kini ia lebih dikenali sebagai FELDA, iaitu Federal Land Development Authority. FELDA merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.


Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958, iaitu di Lembah Bilut, Bentong, Pahang, dengan peneroka seramai kira-kira 400 orang. Mereka yang mula-mula menjadi peneroka adalah benar-benar peneroka, yang membuka hutan untuk menanam getah.


Mereka melakukan semua jenis dan peringkat kerja, dari menebang menebas hutan hingga menanam dan menoreh, dengan menggunakan tenaga empat kerat sendiri. Mula-mula mereka tinggal di rumah panjang secara membujang. Hanya setelah mereka mendirikan rumah sendiri barulah keluarga mereka dibawa bersama.


Pada tahun 1960 diluluskan Group Settlement Act, untuk menyelaras semua rancangan kemajuan berkelompok, termasuk FELDA, FELCRA dan Tanah Pinggir. Tujuan utama rancangan FELDA dan rancangan-rancangan kemajuan tanah yang lain, sebagaimana yang diumumkan oleh pelopornya Tun Razak Hussein, ialah untuk mengatasi kemiskinan, khususnya di kalangan masyarakat desa. Pada ketika itu lebih 60 peratus rakyat desa, kebanyakannya petani kecil, hidup dalam kemiskinan.


Menghapus kemiskinan merupakan tujuan ekonomi. Akan tetapi, disebaliknya tersirat juga tujuan politik, iaitu untuk memastikan sokongan dari kalangan rakyat ramai kepada Kerajaan. Agenda yang tidak dinyatakan ialah ia juga merupakan salah satu projek untuk mengatsi cabaran dari parti-parti lawan, termasuk PAS, Fron Sosialis dan PKM. Apabila konsep serta rancangan kemajuan kampung, yang diperkenalkan kerajaan dengan Buku Hijau, FELDA menjadi projek terpenting di dalamnya.


Peneroka FELDA dipilih terutama dari kalangan petani yang tidak mempunyai tanah sama sekali. Namun dipilih juga mereka yang memiliki tanah kurang dari dua ekar. Tanah pertanian seluas ini dianggap tidak ekonomik dan tidak boleh menjamin kehidupan.


Selepas kelulusan akta tahun 1960 itu, cara pengurusan rancangan FELDA berubah. Kebanyakan kerja, seperti menebang, menebas, menyediakan benih dan menanam dikelolakan oleh Lembaga FELDA. Kerja-kerja ini bisanya dilaksanakan secara kontrak. Segala bayaran yang dikenakan bagi semua kerja ini dianggap sebagai hutang peneroka.


Cara peneroka membayar hutang ialah dengan pihak Lembaga memotong sebahagian pendapatan dari jualan hasil yang dikeluarkan. Semua hutang, yang berjumlah sekitar RM25,000, dengan bunga agak tinggi, iaitu 6.25 peratus, harus dibayar dalam tempoh 15 tahun.


Inilah kali pertama para petani dibebankan dengan jumlah hutang sebegitu besar. Selalunya jumlah pendapatan yang boleh dibawa balik oleh peneroka bergantung kepada harga pasaran hasil pengeluaran mereka. Harga getah dan kelapa sawit tidak stabil, sering turun naik mengikut pasaran dunia.


Bagi peneroka getah dan kelapa sawit, jumlah ini agak besar juga manakala harga di pasaran dunia tinggi. Akan tetapi, apabila harganya meleset, ada yang tidak dapat membawa balik sesen pun. Bahkan kadang-kadang mereka terpaksa berhutang pula lagi untuk membeli barang-barang keperluan harian. Ramai peneroka yang merasa mereka tidak terlepas dari belenggu kemiskinan dan bebanan hutang.


Setiap bidang tanah FELDA diberi khusus untuk peneroka yang asal. Apabila peneroka meninggal, tanahnya tidak boleh dibagi-bagikan kepada warisnya mengikut hukum faraid. Begitu juga semasa hidup peneroka tidak boleh memindahkan milik atau mewasiatkan tanah kepada seorang atau semua warisnya.


Pembentukan FELDA Holdings


Keadaan di mana tanah peneroka tidak boleh diwariskan menjadi salah satu faktor pendesak bagi menubuhkan FELDA Holdings pada 06/09/1995. Namun terdapat juga faktor-faktor lain. Penubuhan FELDA Holdings ini boleh dikatakan kuat didorong oleh Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri waktu itu.


Mahathir terkenal sebagai pemimpin yang lebih mengutamakan kemajuan perdagangan serta perindustrian dari kemajuan pertanian. Beliau juga menekankan perlaksanaan projek-projek besar bukan yang kecil-kecilan. Kemungkinannya beliau memandang projek FELDA sebagai projek skala kecil yang kurang produktif dan patut diubah.

Sesuai dengan falsafah pembagunannya, tidak hairan jika Mahathir ingin melihat FELDA diuruskan atas asas skala besar. Ini bukan saja dianggapnya lebih produktif bahkan, lebih penting lagi, boleh menimbulkan ramai lagi pengurus, usahawan dan korporat/kapitalis Melayu, sebagaimana yang hendak digalakkannya selari dengan salah satu objektif asal DEB.


FELDA Holdings merupakan salah sebuah konglomerat (syarikat) yang terbesar dalam bidang perladangan di seluruh dunia. Dalam negara ia adalah syarikat kedua besarnya selepas PETRONAS. Ia terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan yang meliputi perladangan, hiliran, pembikinan dan perkhidmatan.


Syarikat ini menguruskan tanah seluas 550 ribu hektar, 96 peratus ditanam dengan kelapa sawit. Selain itu ia terlibat juga dengan 70 buah kilang sawit, 13 kilang getah, 7 penapis, 4 kilang menghancurkan isi sawit dll. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion. Untung sebelum ditolak cukai pada tahun yang sama ialah sebanyak RM819 juta.


Terdapat lebih kurang 60 syarikat di bawah FELDA Holdings, 50 daripadanya aktif dan kebanyakannya membawa untung. Antara anak-anak syarikat di bawahnya ialah: Felda Plantations Sdn Bhd, Felda Palm Industries Sdn Bhd, Felda Technoplant Sdn Bhd, Felda Agricultural Services Sdn Bhd, Felda Farm Pruducts Sdn Bhd dan lain-lain lagi.


Felda Plantations membuka dan mengurus tanah-tanah ladang secara komersil. Selain itu ia menguruskan juga tanah-tanah Felda lama yang telah diserapkan kepadanya. Terdapat 323 rancangan FELDA di seluruh negara melainkan Pulau Pinang dan Sarawak. Sebahagian besar dari tanah rancangan asal FELDA ini telah diserapkan sebagai asas bagi penubuhan FELDA Plantations.


Proses penyerapan ini berlaku dengan pelbagai cara, yang melibatkan salah satu atau lebih dari yang berikut, iaitu: penerangan, pujukan, tekanan bahkan juga paksaan sereta ugutan. Ramai peneroka menyerahkan hak milik tanah mereka kepada Felda Plantations. Mereka menjadi semacam pemegang saham dalam syarikat perladangan tersebut.


Akan tetapi ramai juga yang mempertahankan kedudukan mereka dan terus bekerja sendiri sebagai peneroka cara lama. Pada masa yang sama tidak ada rancangan tanah Felda ini dibuka lagi. Ertinya, usaha untuk memberi tanah kepada petani yang ketiadaan atau kekurangan tanah tidak lagi dijalankan. Anak-anak peneroka yang tiada tanah atau pekerjaan tidak berpeluang untuk menjadi peneroka Felda.


Siapa Untung?


Huraian di atas menunjukkan perubahan FELDA dari sebuah lembaga yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan menjadi Felda Plantations, di bawah FELDA Holdings, yang diselenggara secara komersil atas landasan kapitalis dengan tujuan mendapat laba sebesar mungkin. Siapakah yang menerima keuntungan terbanyak dari proses perubahan ini?

Jawabnya sudah tentulah FELDA Holdings dan berpuluh anak syarikatnya yang aktif, terutama seperti FELDA Plantations dan Felda Technoplant. Sebagai contoh, syarikat Technoplant mengelola kerja-kerja kontrak untuk menanam semula buat kali kedua bagi penoraka Felda yang telah diserapkan ke Felda Plantation.


Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri. Mereka diberikan hutang (bukan bantuan) untuk membayar semua kerja ini. Sudah tentulah hutang perlu dibayar. Technoplant mendapat untung dari kerja kontrak ini. Selain itu mereka juga menambah keuntungan dengan mengenakan bayaran untuk khidmat nasihat yang kononnya diberi kepada peneroka.


Sudah tentu FELDA Holdings membayar gaji dan/atau elaun yang lumayan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah, Pengarah-pengarah dan CEO masing-masing. Bagi FELDA Holdings, Pengerusi Lembaga Pengarah seorang Tan Seri, khabarnya dibayar gaji kira-kira RM30 ribu sebulan. Itu tidak termasuk elaun bagi menghadiri mesyuarat dan lain-lain keistimewaan.


Seterusnya sembilan dari 10 orang ahli lembaga pengarah bergelar datuk dan sudah tentu dibayar elaun sesuai dengan status mereka. Begitu juga dengan CEOnya. Tidak diketahui berapa gaji serta elaun untuk CEO itu dan berapa pula elaun mesyuarat, perjalanan, penginapan dan lain-lain bagi pengarah-pengarah.


Tiap-tiap anak syarikat FELDA Holdings, juga mempunyai pengerusi serta ahli-lembaga pengarah sendiri dan boleh jadi CEO juga. Jumlah gaji dan elaun mereka tidak diketahui. Adalah menarik jika dibuat kajian tentang ini dan berapa peratuskah keuntungan dari tiap-tiap syarikat dibayar kepada mereka.


Walau bagaimanapun mungkin item gaji dan elaun yang dibayar kepada semua pengarah dan CEO merupakan sebahagian kecil saja dari keuntungan yang diperolehi setiap syarikat. Apakah item pembayaran yang terbesar sekali? Betulkah tuduhan bahawa sebahagian dari keuntungan yang diperolehi Felda Holdings disalurkan kepada Umno? Jadi soal pokoknya ialah: apa dan siapakah yang mendapat bahagian terbesar sekali daripada untung itu. Kajian perlu dibuat untuk mendapatkan maklumat penting ini.


Siapa Rugi?


Adalah dianggarkan bilangan peneroka dalam semua rancangan tanah FELDA berjumlah kira-kira 113,000 orang. Rata-rata peneroka asal diberi pinjaman lebih kurang RM30,000 seorang untuk belanja semua jenis kerja membangunkan tanah.


Ada kerja yang peneroka lakukan sendiri dan ada yang dilakukan secara kontrak melalui pengurusan FELDA. Hutang harus dibayar dalam tempoh 15 tahun. Ada yang mengambil masa lebih lama dari itu.


Untuk membayar hutang, pendapatan yang peneroka perolehi dari menjual hasil kepada pengurusan FELDA dipotong di pangkal. Sehingga tahun 2000 semua peneroka telah melunaskan hutang mereka. Sepatutnya selepas itu secara automatik peneroka harus diberikan geran milik tanah. Sebaliknya mereka terpaksa meminta dan tidak diberikannya dengan mudah.


Yang sering berlaku ialah peneroka dengan berbagai-bagai cara diminta atau dipaksa menyerahkan milik tanah mereka supaya menjadi semacam pemegang saham dalam Felda Plantations. Tidak semua yang bersetuju. Mereka yang bersetuju diikat dengan pinjaman bagi kali kedua untuk menam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang kali kedua ini sekitar RM70,000.


Sebagai pemegang saham mereka diberikan bayaran sebanyak kira-kira RM1200 sebulan yang boleh dianggap seolah sebagai “dividen”, yang dibayar setiap bulan. Ramai peneroka menanggung hutang lagi sewaktu umur sudah lajut dan bagi sesetengah peneroka hutang ini mungkin tidak langsai lagi apabila mereka mati.


Walaupun demikian, tidak kurang pula mereka yang berasa gembira kerana menerima pendapatan bulanan dengan bergoyang kaki saja tanpa perlu membuat sebarang kerja. Sesetengah mereka menganggap pendapatan ini sebagai bayaran “pencen” semasa tua. Kadang-kadang mereka lupa tentang bebanan hutang yang mereka pikul. Sistem ini tidak memerlukan mereka bekerja dan bahkan mengalakkan mereka menjadi malas.


Pada hakikatnya pendapatan peneroka yang diserap ke dalam Felda Plantations menerima pendapatan jauh lebih kecil dari pendapatan para peneroka yang mengambil geran dan menguruskan tanah sendiri. Misalnya, didapati bahawa semasa kelapa sawit mengalami harga yang tinggi, peneroka yang menguruskan tanah sendiri boleh mendapat pendapatan sampai RM5000, iaitu 4-5 kali ganda dari apa yang diperolehi peneroka yang menyertai Felda Plantations itu.

Peneroka yang terlibat dengan FELDA Holdings sering dalam kerugian. Bukan saja pendapatan mereka kecil, bahkan mereka memikul bebanan hutang yang banyak. Pendapatan mereka merudum turun, kadang-kadang menghampiri sifar apabila harga kelapa sawit turun terlalu rendah. Kehidupan keluarga sempit dan masa depan kebanyakan anak cucu mereka tidak terjamin.


Nasib Generasi Kedua


Seperti yang diterangkan di atas, selepas pembentukan Felda Plantations, tidak ada lagi tanah dibuka untuk peneroka baru. Ertinya, sudah dinafikan peluang untuk petani miskin yang ketiadaan atau kekurangan tanah untuk mendapat tanah. Tiada juga peluang untuk generasi kedua dan ketiga (anak serta cucu peneroka asal) walaupun tiada pekerjaan atau tidak bertanah. Mereka tidak ada peluang pekerjaan lain dan tidak dapat mengikut jejak bapa atau datuk mereka.


Bilangan pekerja di bawah FELDA Holdings (yang meliputi semua anak syarikatnya) berjumlah kira-kira 19,000 orang. Ini tidak termasuk peneroka dan pekerja ladang. Kebanyakan pekerja ladang dalam Felda Plantations terdiri dari pendatang luar negara. Begitu juga dengan pekerja-pekerja kontrak yang digunakan untuk kerja-kerja khusus seperti menanam semula di bawah kelolaan Technoplant. Bilangan orang tempatan kecil.


Walaupun ada anggapan konon generasi kedua peneroka tidak suka menjadi “kuli ladang”, namun maklumat yang dikumpul menyatakan ada di antara mereka yang memohon tidak diterima. Ada anggapan kononnya mereka ini tidak bersedia bekerja sekuat pekerja-pendatang yang dibayar gaji agak rendah, tidak mendapat syarat-syarat perkhidmatan yang baik dan mudah pula dikawal. Tiada gaji tetap bagi mereka. Ada yang merasakan seolah-olah mereka bekerja sebagai hamba.


Seterusnya, ramai anak peneroka Felda mempunyai kelayakan atau kelulusan dari pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara mereka ada yang telah mendapat biasiswa di bawah rancangan bantuan FELDA Holdings. Sepatutnya mereka ini diberikan keutamaan menjadi pegawai dalam FELDA Holdings atau anak-anak syarikatnya. Akan tetapi tidak. Walaupun ada yang diambil bekerja, saya diberitahu peratusannya adalah kecil.


Terdapat anggaran bahawa bilangan generasi kedua dan ketiga Felda menghampiri 800,000. Bilangan sebenar boleh jadi lebih kecil dari itu. Berdasarkan bilangan 113,000 keluarga peneroka dan anggapan setiap seisi rumh terdiri dari 5-6 orang, saya anggar bilangan mereka mungkin dalam lingkungan 500 hingga 600 ribu.


Yang lebih penting dan serius dari angka ini ialah sebahagian besar dari mereka yang tidak berpeluang mendapat pekerjaan di tempat lain masih tinggal bersama-sama keluarga merek di rancangan Felda. Ramai dari mereka dalam keadaan menganggur. Mereka terbiar. Bermacam-macam masalah sosial timbul di kalangan mereka akibat pengangguran itu.


Bilangan mereka yang terlibat dengan pencurian, penyalahgunaan dadah, perbuatan-perbuatan sumbang dan menjadi Mat Rempit dan macam-macam lagi, sangat besar. Hal-hal ini buruk akibatnya dalam masyarakat peneroka dan serius implikasinya ke seluruh negara. Malangnya hampir kesemua mereka ini terdiri dari muda-mudi Melayu.


Apa Perlu Dilakukan?


Untuk memastikan masa depan lebih baik bagi peneroka Felda dan masa depan yang lebih cerah bagi generasi kedua dan ketiga peneroka Felda, beberapa langkah perlu dan boleh diambil. Antaranya ialah:


a) Membuka semula rancangan tanah Felda mengikut konsep asalnya, tetapi tanpa merosakkan alam sekitar, dengan tujuan memberi peluang terutama sekali kepada generasi kedua dan ketiga yang tidak bertanah atau tiada pekerjaan mengatasi kemiskinan.


b) Menggalakkan dan membuka peluang seluas mungkin kepada generasi kedua dan ketiga yang mempunyai kelayakan atau kelulusan, terutama yang telah menerima biasiswa dari FELDA Holdings, untuk menjadi pegawai dalam syarikat gergasi itu serta anak-anak syarikatnya.



c) Memberikan peluang luas, galakan kuat dan insentif serta syarat perkhidmatan yang baik untuk menarik anak-anak muda dari generasi kedua dan ketiga bekerja dalam ladang-ladang Felda Plantations dalam bentuk yang ada sekarang.


d) Membuka pelbagai pusat latihan serta kemahiran (seperti vokasional) yang terbuka lebih ramai (tetapi tidak eksklusif) kepada anak-anak muda generasi kedua dan ketiga bagi meningkatkan taraf kebolehan dan kemahiran mereka.


e) Mengkaji semula hutang dengan tujuan menghapuskan hutang besar dengan bunga tinggi yang dibebankan ke atas peneroka’


f) Mengubah pendekatan dan sistem perladangan Felda supaya keuntungan besar yang diperolehi FELDA Holdings serta anak-anak syarikatnya dapat diagihkan secara adil untuk memberi faedah dan kebajikan lebih besar kepada petani-peneroka umumnya.


Perlunya Penyusunan Semula


Perkara (f) di atas perlu dibincang dengan lebih lanjut lagi.


Sebagaimana yang sudah diterangkan, FELDA Holdings dan anak-anak syarikatnya seperti Felda Plantations dan Felda Technoplant merupakan syarikat-syarikat berorientasi komersil yang berasaskan sistem kapitalis. Tujuan utamanya ialah untuk memaximakan keuntungan.


Untuk mencapai tujuan ini tidak hairanlah jikalau mereka sampai tergamak melakukan penindasan ke atas peneroka yang menyertainya. Misalannya, mereka memberikan pendapatan yang rendah kepada peneroka, membelenggukan mereka dengan hutang yang agak kadar faedahnya ( 6.25 peratus), dan mengenakan bayaran lain, seperti untuk khidmat nasihat.


Sekali-sekala, khususnya berdekatan hari perayaan atau pilihanraya diadakan upacara-upacara memberikan “wang hadiah” kepada para peneroka. Para pembesar, termasuk Perdana Menteri menyampaikannya. Acapkali pemberian ini diwar-warkan sebagai langkah kerajaan yang dikatakan prihatin terhadap nasib rakyat.


Wang hadiah itu sering diumumkan sebagai wang dari kerajaan. Akan tetapi, sebenarnya ia datang, atara lainnya dari tanah kepunyaan peneroka sendiri, yang sudah dikawal oleh FELDA Holdings melalui Felda Plantations. Sebenarnya wang hadiah itu lebih kecil daripada jumlah yang sewajarnya boleh dan harus diterima oleh peneroka.


Ramai yang menganggap struktur syarikat yang wujud tidak memberikan faedah serta kebjikan sewajarnya kepada petani-peneroka. Untuk meningkatkan setinggi-tingginya faedah serta kebajikan itu mereka berpendapat perubahan atau penyusunan semula perlu dilakukan ke atas syarikat, dari segi falsafah, pendekatan, struktur dan organisasi.


Dalam hal ini mereka mengemukakan pandangan berbeza yang boleh dirumuskan kepada tiga jenis alternatif.


Alternatif A: Mengagih semula keuntungan yang diperolehi FELDA Holdings untuk faedah dan kebajikan petani-peneroka. Seperti yang telah disebut lebih awal, keuntungan syarikat bagi tahun 2008 melebihi RM800 juta. Kita belum melihat atau mengetahui laporan yang menunjukkan siapa atau golongan mana yang mendapat bahagian terbesar dari keuntungan ini.


Yang dicadangkan untuk Alternatif A ini ialah supaya sebahagian besar keuntungan syarikat diagihkan kepada petani-peneroka dengan menaikkan pendapatan mereka. Selain itu hendaklah digunakan juga keuntungan itu bagi membina pusat-pusat latihan kemahiran dan juga memberi lebih banyak bantuan (ditambah dengan subsidi dari Kerajaan) untuk pendidikan dan kesihatan bagi anak-anak petani-peneroka yang layak.


Alternatif B: Memecah-mecahkan semula semua tanah ladang yang dibuka dan dikelola oleh Felda Plantations kepada lot-lot seluas 10 ekar. Kemudian mengagihkannya kembali kepada generasi kedua serta ketiga yang tidak mempunyai tanah atau pekerjaan dan juga kepada petani yang ketiadaan atau kekurangan tanah di luar rancangan Felda.


Dengan Alternatif B ini bererti konsep pengurusan tanah secara perladangan a la Felda Plantations perlu diberhentikan dan kembali semula kepada pengagihan dan pengurusan tanah mengikut rancangan tanah yang asal. Dikatakan bahawa jikalau cara ini dilaksanakan maka kira-kira 80,000 peneroka baru (beserta keluarga mereka) boleh medapat faedah daripada ladang-ladang yang dipecah dan diagihkan.


Alternatif C: Menukar cara pengurusan semua syarikat yang terlibat kepada cara yang berasaskan prinsip kooperasi. Sehubungan ini peneroka dan juga pekerja syarikat hendaklah dijadikan sebagai pemegang saham dalam usaha koperasi yang besar. Semua urusan kerja seperti membeli benih, menanam semula, mengilang biji sawit, memasarkan minyak sawit dan sebagainya hendaklah dilakukan atas asas kooperasi.



Di sini kita lihat asas falasafah dan pendekatan menyelenggara syarikat dan menjalankan aktivitinya perlu dirombak sama sekali. Ada kemungkinan bahawa struktur dan organisasi syarikat-syarikat tidak begitu banyak perlu diubah.


Pada masa ini FELDA Holdings dimiliki seperti berikut;


51 peratus oleh Kooperasi Permodalan Felda (KPF)

49 peratus oleh peneroka Felda (yang telah diserap)

01 peratus Saham Emas (Golden Share) oleh Kementerian Kewangan.


Walaupun angka di atas menunjukkan modal terbesar syarikat dimiliki oleh badan yang dinamakan koperasi namun syarikat itu tidak kelihatan sama sekali mengamalkan prinsip kooperasi dalam urusannya.


Perubahan dan penyusunan semula yang besar memang diperlukan untuk membantu golongan rakyat miskin, terpinggir dan berpendapatan rendah. Lebih banyak yang diperlukan daripada hanya dalam proses perubahan dan penyusunan semula itu.


Berhubung dengan FELDA Holdings serta anak-anak syarikatnya, perubahan mengikut tiga Alternatif di atas merupakan cabaran sangat besar. Pada peringkat akhir Kerajaan mempunyai kuasa penentu ke atas Felda Holdings dan segala perubahan dan penyusunan semula yang hendak dilakukan. Ini dilambangkan oleh Saham Emas yang dimiliki Kerajaan.


Jikalau ada perubahan atau penyusunan semula hendak dilakukan dengan jaya, ia memerlukan keazaman politik (political will) terutama sekali di kalangan pihak yang mempunyai kuasa. Dalam keadaan sekarang ini, dengan kepentingan mereka serta kroni-kroni mereka, saya tidak nampak bagaimana pemimpin-pemimpin besarnya boleh menyetujui ketiga-tiga Alternatif yang dirumuskan.


Namun demikian para peneroka yang prihatin, seperti saudara-saudara yang hadir dalam Konvensyen bersejarah ini, harus mengkaji dengan terperinci setiap Alternatif. Kita mesti meneliti masalah-masalah dan kepentingan golongan apa yang harus diatasi. Kita mesti mengkaji cara-cara untuk mengatasinya. Kita mesti putuskan Alternatif mana yang terbaik.


Kita berharap Insha Allah akan berlaku pertukaran pemerintahan di negara ini kepada yang lebih peduli akan nasib rakyat yang lemah. Apabila ini berlaku, kita harap juga para peneroka sudah bersedia dengan apakah pilihan yang terbaik untuk faedah, kebajikan dan kepentingan mereka. Ini boleh dijadikan agenda perjuangan mereka untuk masa kini dan akan datang.


Konvensyen Peneroka, Jerantut

20hb Februari 2010

KETUA AMK BATU BERADA DI HOSPTAL


Ketua AMK Batu iaitu saudara Rozan telah berada di Hospital Ampang di Pandan Mewah. Beliau boleh dilawati di wad Ortopedik 5A di Katil nombor 3. Beliau disahkan oleh doktor pakar perlu menjalani pembedahan appenditicis dan beliau telah selamat menjalankan operasi bedah petang semalam. Mari kita semua doakan agar kesihatan beliau akan sihat seperti sedia kala.

Wednesday, February 24, 2010

10 ribu FELDA Himpun Di Pejabat Suhakam

Tarikh : 24/02/2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pejabat SUHAKAM, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Dijangka seramai 10 ribu warga Felda akan berhimpun dalam satu sesi penyerahan memorandum berkaitan bantahan perlanggaran hak asasi para peneroka FELDA pada SUHAKAM pada hari esok - Rabu 24 Februari 2010 jam 2 petang di Pejabat Suhakam, Jalan
Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dijangka ramai orang awam akan hadir memberi sokongan.
Datanglah Beramai-Ramai Tanda Sokongan

Tuesday, February 23, 2010

SELAMATKAN MALAYSIA:CERITA DARI SAHABAT

Sejak kebelakangan ini, kes perbicaraan SODOMY II sering menjadi ‘front page story’ untuk akhbar-akhbar di negara kita. Masing-masing mahu mahu mengulas dan mentafsir jalan cerita yang agak dramatik dari tukang dakwa, SAIFUL.

Salah seorang rakan, Amin Ahmad mengulas isu perbicaraan Anwar dari masa ke masa, mengikut perspektif beliau dalam tulisan bersiri beliau, “Anwar dalam bicara” yang lain boleh diikuti di sini.

Anwar Dalam Bicara Siri I, Oleh: Amin Ahmad

Kebetulan. Sebaik saya memutuskan untuk berhenti menulis siri Reformasi Tanpa Anwar setakat yang ada, bicara di mahkamah bermula. Saya telah nyatakan dengan jelas bahawa siri Reformasi Tanpa Anwar bukan bermaksud menafikan sumbangan beliau – bodohlah jika saya berfikir begitu.

Apa yang saya cuba garap secara longgar barangkali dalam siri tulisan tersebut ialah untuk menghimbau pengalaman Reformasi sejak 1998 hingga 2008 dari perspektif saya. Namun saya tidak memuatkan kisah perbicaraan beliau kerana ternyata Pawancheek Marican lebih konklusif dalam bukunya – Anwar On Trial.

Risiko untuk Anwar ke penjara sekali lagi bukan tidak ada. Sebab itu apa yang perlu kita fikirkan ialah di mana 1000 lagi Anwar yang akan bangkit selepas Anwar dipenjarakan?.

Dari apa yang digambarkan di mahkamah, jelas ternampak kesungguhan pihak tertentu memastikan Anwar ke penjara sekali lagi, paling tidak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Telahan ini boleh dilihat dalam banyak perspektif.

Ada yang bertanya kenapa Anwar si pemberani itu begitu pesimis? Mereka berkata bahawa Anwar sedang mengolah persetujuan umum bahawa beliau akan kalah dan kekalahan itu beerti ketidakadilan sedangkan beliau belum didakwa. Dan mereka menambah bahawa sikap itu tidak adil. Lebih parah lagi mereka mempersoalkan Anwar: Jika tidak percaya polis, kenapabuat laporan polis? Jika tak percaya mahkamah, kenapa pergi bicara, lari sajalah ke luar negara.

Dari asas ini, mereka terus mempertikaikan reaksi-reaksi Anwar rentetan gugatan berterusan mereka kepada keutuhan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar dengan persetujuan tiap parti politik yang membentuknya.

Apa yang mereka buat ialah “permainan minda” (mind game). Permainan minda ini adalah taktik biasa orang politik termasuk Anwar. Cuma yang penting ialah kita harus tahu membezakan keutamaan permainan ini.

Untuk saya dalam permainan apa pun yang bersifat pertandingan, yang bersaing mahu menang. Mahu menang itu satu hal, bagaimana cara hendak menang pula adalah satu hal yang lain.

Dalam permainan, keadilan adalah teras kepada undang-undang yang diwujudkan. Dalam permainan berpasukan, misalnya Malaysia lawan England, alasan handicap yang sering jadi hujah kelompok pencinta perlindungan (patronage) tidak timbul. Belum pernah kita dengar jika Malaysia lawan England pengadil akan memberikan kelebihan gol kepada Malaysia sebelum sepak mula permainan. Sejarah jadi saksi bahawa pasukan bola sepak Malaysia meski gagal ke Piala Dunia berbanding England tidaklah selemah yang disangka (dalam konteks Malaysia lawan England!).

Tapi berbeza dengan kes politik yang kita depani sekarang.

Jelas parti yang membentuk kerajaan menguasai media arus perdana atau dalam konteks yang lebih luas ialah mengawal kebebasan rakyat, sekurang-kurangnya untuk tahu perkara sebenar dalam erti kata pandangan berimbang.

Juga telah menjadi rahsia umum kepada rakyat bahawa jika bertarung dengan mereka yang punya kuasa khususnya orang politik, jawabnya mudah: kalah!

Rakyat tahu ia kadangkala, bahkan selalumungkin tidak adil. Tapi apakan daya, hatta pensyarah saya sendiri dulunya sering menanam pandangan “kita ini timun, mereka durian, kita ni digolek luka menggolek luka”.

Ya, ‘dosa besar’ yang kita biarkan ialah mendidik ‘jiwa-jiwa yang tewas’ dalam diri manusia.

Saya bersyukur hidup dalam ‘acara sejarah’ di mana sikap kita dituntut. Bukan kerana saya suka Anwar difitnah tapi saya tahu bahawa Allah s.w.t. tidak akan membiarkan pengakuan iman kita tanpa diuji.

Kenapa saya katakan fitnah dan ada niat jahat di sebalik dakwaan ini?

Belum, ya kita belum pun mendengar penghujahan kedua pihak. Tapi penghujahan harus bermula dengan tuduhan.

Jika kita balik semula sejenak ke awal pertuduhan, kita dapat lihat bagaimana liatnya pertuduhan dipanjangkan kepada yang tertuduh. Lebih dahsyat ialah bila kita dimaklum bahawa pertuduhan tersebut mengatakan ‘kes itu’ berlaku ‘suka sama suka’.

Tidak lama selepas itu, dalam satu kenyataan akhbar Saiful Bukhari diucap tegas bahawa ‘kes itu’ berlaku secara paksaan.

Harus diingat di sini bahawa kertas pertuduhan hanya sepatutnya muncul selepas keterangan penuduh diambil!

Jadi, siapa merangka kertas pertuduhan tersebut sehingga begitu sekali bunyinya? Tidakkah ia menunjukkan ada satu usaha tergesa-gesa untuk memastikan Anwar ke penjara sekali lagi? Tak perlu Anwar, tanyakan saja pada diri anda jika anda berada dalam situasi beliau, apakah beliau ada pilihan untuk percaya?

Ya, Anwar memilih untuk bertarung dalam permainan yang beliau tidak percaya boleh memberikannya keadilan. Tapi anda mungkin silap baca – bahawa pilihan Anwar menunjukkan sifat negarawan pada beliau. Beliau mahu rakyat percaya kepada sistem kepolisan, kehakiman dan undang-undang itu sendiri. Tapi sistem tidak bergerak sendiri, ada penggerak sistem yang berada di atas undang-undang (above the law). Ini yang semua harus jelas. Penghargaan terhadap sistem tidak pernah beerti meredhai kezaliman penggeraknya, tetapi kita langsung harus berdepan dengannya untuk menzahirkan keadilan.

Dan seruan Reformasi antara lain ialah melawan kezaliman ini! Lawan Tetap Lawan!

Anwar Dalam Bicara Siri II, Oleh: Amin Ahmad

Taktik yang dipaparkan dalam perbicaraan mahkamah adalah sama. Kebenaran tidak lagi penting tetapi apa yang diungkapkan dari imaginasi liar Saiful Bukhari boleh dimuatkan di ruangan berita.

Ia tidak lain dan tidak bukan bagi mencalar imej Anwar Ibrahim dan ini adalah mind game yang saya maksudkan dalam tulisan pertama.

Dalam tempoh bicara, akan dimuatkan sejumlah pertanyaan untuk menambah rasa sangsi kepada Anwar Ibrahim. Antara pertanyaan yang dimuatkan ialah: “Kenapa Anwar Ibrahim ambil drop-out kerja dengannya?

Kisahnya bermula sekitar seminggu sebelum Pilihan Raya. Waktu itu sejumlah anak muda yang sebahagiannya bernaung di bawah Anwar Ibrahim Club giat mengikut rombongan Anwar berkempen.

Tiba-tiba muncul Saiful Bukhari dalam kelompok ini.

Ya, Saiful Bukhari berjaya menyusup masuk bersama kelompok ini melalui sahabat lamanya Rahimi yang bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar Ibrahim.

Kehadiran Saiful Bukhari tidak disenangi mereka yang kenal dengan beliau, khususnya bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional. Salah seorang daripadanya ialah saudara Najwan Halimi yang menulis siri Musang Berbulu Ayam di blognya (najwanhalimi.com).

Najwan ialah bekas rakan sebilik Saiful semasa di tahun pertama. Saiful dalam kenyataan kepada rakan-rakannya sering memaklumkan bahawa “Ibunya sedang menderita barah dan ayahnya telah mati”. Ya, khabarnya Saiful tidak begitu gembira dengan ayahnya pada waktu itu.

Blog lama beliau www.saifulbukhari15.blogspot.com (saya tidak ingat alamat sebenar tapi ingat no. 15 itu kerana ia nombor calon ketika beliau bertanding dalam Pilihan Raya kampus) memuatkan retorika palsu dan cercaan dari rakan-rakan di UNITEN akibat ‘kehilangan’ beliau selepas terpilih menjadi anggota Majlis Perwakilan Pelajar di sana.

Sejak di kampus, beliau memang dikenal sebagai pro-kerajaan dan anti-Anwar Ibrahim.

Tidakkah Anwar Ibrahim mendengar kritikan Najwan Halimi kepada Saiful Bukhari?

Tidak, beliau mendengar.

Tapi bagi mereka yang kenal dengan Anwar Ibrahim, malah bagi siapa saja yang biasa dalam dunia dakwah, sangka baik dan beri peluang adalah kata yang lekas keluar dari akal-fikir, hati dan mulut. Apatah lagi bila yang dicurigai beria-ria mengatakan dirinya insaf.

Saiful terus kekal menyibukkan diri di pejabat Anwar Ibrahim – di Petaling Jaya dulunya – selepas Pilihan Raya. Beliau sendiri mengakui tidak ada surat dikeluarkan kepada beliau berkaitan pekerjaan.

Rahimi dan Saiful menghidu peluang untuk bekerja sebagai Setiausaha Anwar Ibrahim bila Nik Nazmi, Sim Tze Min dan Nurul Izzah (semua mantan Setiausaha Anwar) menang dalam Pilihan Raya. Ya, selepas Pilihan Raya Anwar memang ‘patah tangan’ kerana banyak urusannya tidak ada staf yang membantu. Dato’ Salehuddin juga telah diangkat sebagai Setiausaha Agong parti, justeru pentadbiran pejabat Anwar Ibrahim jadi tidak terurus.

Waktu itu terdengar khabar perebutan jawatan “pemegang diari merah” (Setiausaha Sulit) Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, Anwar pernah menyarankan kepada Rahimi dan Saiful agar “pergi sambung belajar” sebagai satu kaedah sopan untuk mengatakan “anda tidak mampu menggalas kerja-kerja yang memerlukan kualiti kepakaran lebih tinggi”. Apa yang berlaku ialah mereka buat pekak badak!

Mereka jadi amat tidak selesa apabila Anwar memanggil balik orang kanannya dari United Kingdom untuk berkhidmat. Beberapa kali dalam mesyuarat diarahkan agar “diari merah” diserahkan kepada orang kanan ini (saya pilih untuk tidak menulis namanya) namun tidak diendahkan oleh Rahimi dan Saiful.

Memandangkan keterangan di mahkamah masih dan baru berlangsung, saya tidak bercadang menulis semua perkara di sini. Bukan kerana sub-judice, tapi ia mungkin melibatkan banyak isu lain yang sedang bergerak sama selain isu ini. Tapi saya yakin kisah sebenarnya lambat laun akan sampai ke pengetahuan umum.

Untuk saya, Anwar memang berlaku silap saat “memberi peluang” kepada Saiful Bukhari masuk ke pejabatnya. Paling tidak jika mahu bersangka baik pun, bukan di pejabat beliau Saiful harus bekerja.

Namun sebagai orang yang pernah dilatih di medan dakwah, saya faham benar sikap bersangka baik yang tebal dalam diri Anwar.

Saya berharap para peguam Anwar akan menyelongkar bahagian waktu sebelum Saiful benar-benar bertapak di pejabat Anwar dengan penuh kegusaran.

Saya juga pernah mendengar bahawa memang ramai mengakui bahawa Saiful “boleh bekerja” dalam pengertian membuat panggilan dan menguruskan fail bagi pihak Anwar. Saya hanya mahu katakan bahawa untuk kerja-kerja yang telah selesai dan hanya perlu menjadi tukang ambil, tukang buat panggilan dan sebagainya, ia kerja yang biasa dan bukanlah hebat sangat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Saiful dan juak-juak UMNO-BN.

Saiful hanyalah penggemar Syed Hussein al-Attas, penulis buku politik di Janda Baik itu dan bukan Profesor Syed Hussein al-Attas!

Anwar Dalam Bicara Siri III, Oleh: Amin Ahmad

Kecoh isu kemasukan Saiful Bukhari ke pejabat Anwar Ibrahim sampai ke telinga saya oleh teman-teman UNITEN yang mengenal beliau. Bagi mereka, ini satu bentuk ancaman kepada parti dan sekaligus perjuangan reformasi.

Sejak dulu saya memang menjarakkan sedikit kepentingan parti dan reformasi. Jujurnya saya lebih sayang perjuangan reformasi berbanding parti. Sebab itu saya sering disindir kerana tidak mahu aktif sebagai ahli parti. Ya, tentu saja ada pro dan kontra, tapi untuk menjadikannya isu “yang mana lebih baik” bagi saya tidak perlu.

Parti ada peranannya, mereka yang tidak berparti juga ada peranannya. Dalam parti ada struktur. Justeru, kelemahan ahli parti sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidakstabilan struktur. Kelemahan adalah sifat manusia, saya tidak ralat. Di luar parti beerti tidak perlu terlalu menjaga struktur. Sebab itu kita boleh tengok manusia bebas seperti Isham Rais, Raja Petra dan lain-lain termasuk Mat Saman Kati bebas mengkritik parti dengan berani dan tanpa berselindung.

Ya, kritikan mereka mungkin berlaku tanpa cebisan puzzle yang cukup tapi dalam masyarakat terbuka, pertikaian mereka boleh dijawab secara terbuka juga. Sebab itu dalam hal pertikaian ini sebolehnya kita tuntut politik berasaskan idea, bukan politik maki hamun, politik kelompok dan politik sentimen-prejudis.

Dari faham ini, kita perlu sediakan ruang untuk berbeza pendapat. Kesilapan kita ialah menganggap kebenaran itu seperti seketul batu. Politik adalah sains sosial yang penuh seni. Sebab itu kita sering melihat Anwar menangguhkan keputusan muktamad kepada idea agar ia boleh diperbincangkan secara menyeluruh. Kita bertekak saban waktu untuk hal-hal yang tidak membangun, tapi meruntuh.

Berbalik kepada Saiful Bukhari, adakah dia seorang yang punya idea? Jika ya, apa idea-ideanya dalam reformasi? Dia mengaku pengkagum Anwar dan kawan-kawan hanya menjawab bullshit! Sambil menyusup melalui Rahimi (rakan sekolah lama beliau), kempen menyokong UMNO-BN terus dibuat kepada rakan-rakan UNITEN khususnya di laman sosial Friendster.

Hakikatnya Saiful tidak pernah dan tidak akan menyokong Anwar! Beliau juga tidak pernah dan tidak akan menyokong Najib. Ya, jangan terkejut! Beliau adalah opportunis yang akan membaham sesiapa saja yang dia fikir mampu.

Saiful mengatakan bahawa beliau dibayar gaji RM 1000, elaun 1000 USD dan bayaran lain pada waktu tertentu sehingga HK 10 000. Wow! Kerja orang lain buat dan dia hanya perlu buat panggilan dan ambil fail dibayar begitu tinggi? Rasanya lebih baik diberi kepada Eekmal, Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim sekarang yang kalau Eekmal itu sebuah buku ilmiah saiz sederhana, Saiful tidak mencapai kulit buku pun!

Jadi timbul persoalan, duit siapa sebenarnya Saiful sebat? Mungkin kita boleh bertanya dengan sejumlah peniaga khususnya di Sabah dan Sarawak yang ‘dikapur’ oleh Saiful. Jangan lupa tanyakan juga ‘kisah wanita’, jika ada. Saya berminat untuk melihat slip gaji beliau, jika ada.

DalamTwitter baru-baru ini juga dipersoalkan sewa kondo Saiful bernilai antara RM 7000 hingga RM 15 000 sebulan, siapa yang bayar-nya? Jika ditanya saya, jawatan Saiful yang paling cocok hendak dinamakan ialah staf sementara, tidak lebih daripada itu. Jika ia disewa sejak sebelum berkhidmat atau semasa berkhidmat dengan Anwar, saya suka untuk tahu siapa pembayarnya dan bukti bayarannya.

Kesilapan Anwar, bukan saja Saiful mendapat maklumat tentang ‘lompat parti’ dan Anwar akan bertanding di Permatang Pauh tetapi ia dipanjangkan ke pengetahuan pihak ketiga dan anda boleh terus meneka siapa pihak ketiga ini. Jika perbualan sms Najib dan peguam Shafie boleh dicetak keluar dan terpaksa diakui oleh Najib, saya tidak tahu tapi percaya bahawa maklumat boleh didapati. Elok hal ini disiasat peguam.

Jadi, saya melihat sikap tergesa-gesa Saiful Bukhari membuat laporan polis terhadap Anwar tidak lebih daripada keadaan yang memaksa. Ianya hal persaingan masa. Hal ini insyaAllah akan saya tulis dalam siri akan datang.

26hb Saiful mengaku diliwat, 28hb beliau menghilangkan diri dan membuat laporan polis selepas membuat pemeriksaan di hospital seperti yang didakwanya. Anehnya, 27hb beliau masih dapat hadir dan menjadi tukang angkat minuman dalam satu pertemuan Anwar dengan ahli Kelab Anwar Ibrahim (AIC). Gambar ini sedang tersebar di internet.

Kita harus bertanya di mana ‘trauma’ beliau ketika bertemu Najib beberapa hari sebelumnya? Semua ini tidak masuk akal!

Tapi anda jangan terkejut, masih ada yang tetap mahu membelanya. Dan jika kita selongkar lebih dalam, kita tahu semua pembelanya datang dari minda dan sistem perlindungan berlabel UMNO-BN.

Ia nanti akan dilapik dengan sejumlah kata sentimen bertulis Melayu, Islam, Aman, Perpaduan dan sebagainya. Hakikat sebenar ialah Kuasa, Harta, Hawa Nafsu dan Kezaliman.

Semoga Allah s.w.t. melaknat para penzalim!

GOODS AND SERVICE TAX (GST) FORUM

Date: 5 March 2010 (Friday)
Time: 4pm
Admission: Free For 250 seats
Venue: Tropical Inn, Jalan Gereja, Johor Bahru, Johor D.T.

CERAMAH PERDANA:SELAMATKAN MALAYSIA

Tarikh: 24 Febuari 2010
(Rabu)Masa: 9.00pm
Tempat: Stadium Tertutup Kuala Selangor

Penceramah:
Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang/Ketua Umum PKR)
YAB Tan Sri khalid Ibrahim (MB Selangor)
YAB Lim Guan Eng (KM Pulau Pinang)
Y.B. Tuan Dr. Abd Rani bin Osman (ADUN Meru)
Sdr. Samsul Iskandar (Ketua AMK Pusat)

Dan Ramai Lagi Para Pemimpin Pakatan Rakyat

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.

FORUM DI SELANGOR !!!


FORUM: UMNO MENIPU ORANG MELAYU - NAIKKAN CUKAI

Tarikh: 24hb Februari 2010

Masa: 8.00 malam- 11.00 malam

Lokasi: Auditorium MBSA, Shah Alam

PANELIS:

1. YAB Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
2. YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
3. YB Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
4. YB Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara
5. Sdr Rafizi Ramli, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor
Forum Awam Bermula

Moderator: YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor

Semua dijemput hadir.

Hubungi: 0355447017 / saifullahzulkifli@gmail.com untuk maklumat lanjut

ANJURAN PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Monday, February 22, 2010

SELAMATKAN MALAYSIA: Saiful Terkantoi di Facebook?






Petikan diambil dari blog http://loveperak.blogspot.com/


Diatas ini adalah petikan facebook dari Fan Club Saiful Bukhari. Beliau telah meninggalkan pesan kepada bloger pencacai umno supaya meletakkan gambar beliau dalam keadaan sedih sahaja.

Saiful Bukhari Azlan said:
p/s: Ttg gambar2 sy bro, ada orang tegur sy, meminta sy kurang kan senyum dan act tenang kerana sy adalah mangsa. So, kalau bro nk publish gambar sy, sy rasa lagi ok jika letak yg sedih2 skt =P

TEOH BENG HOCK JUNIOR

AMK Batu mengucapkan tahniah kepada balu Teoh Beng Hock kerana telah melahirkan bayi lelaki di Hospital Pantai, Batu Pahat. Sudah tentunya kegembiraan bercampur kesedihan dek kerana anak tersebut tidak dapat melihat ayahnya. Semoga semangat perjuangan Teoh meresapi ke dalam tubuh anaknya.


Petikan berita darihttp://www.malaysiakini.com/news/124835


Balu Teoh dapat anak lelaki
Feb 22, 10 1:45pm

Balu setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di Shah Alam, tahun lalu telah melahirkan anak mereka hari ini.

Bayi lelaki berkenaan dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat pada jam 8 pagi tadi.

"Kedua-dua ibu (Soh Cher Wei, 28) dan anaknya adalah sihat," kata adik perempuan Teoh, Lee Lan apabila disiasat. Dia juga tidak mahu memberikan butiran lanjut.

Ahli parlimen, Serdang Teo Nie Ching yang juga hadir di Hospital Batu Pahat berkata keluarga berkenaan belum lagi menamakan bayi itu.

Keluarganya akan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung pendaftaran bayi itu," kata Teo.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang juga ahli parlimen Puchong, juga telah berjanji membantu pendaftaran bayi berkenaan.

Teoh, 30, setiausaha politik, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, sehari sebelum beliau mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wai.

Sebelum ditemui mati, Teoh memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Soh, 28, seorang guru di Semenyih, Selangor, sebelum ini telah membuat permohonan untuk meletakkan nama Teoh dalam surat beranak anaknya.

GMI DAN SUARAM KE BUKIT AMAN

Tarikh: 22/02/2010 (Isnin)
Masa: 11am
Tempat: Perkarangan Pintu Hadapan Pejabat Bukit Aman
BERKENAAN DENGAN MENDEDAK SUPAYA MEMBEBASKAN TAHANAN ISA DARI 21 JANUARI 2010
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI TANDA SOKONGAN ANTI-ISA

Sunday, February 21, 2010

KUNJUNGAN BALAS YB TIAN CHUA KE ATAS GERAKAN



YB Tian Chua dan bersama YB Kelana Jaya telah pergi ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan. Ini adalah kunjungan balas terhadap saudara Lim Sim Ping kerana telah sudi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pejabat Parlimen Batu. Semoga sesama mereka akan bekerjasama demi perjuangan untuk rakyat.
Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu


RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA CABANG BATU










Tarikh: 21/02/10 (Ahad)
Masa: 11am-2pm
Tempat: Perkarangan Pejabat PKR Cabang Batu

Lebih kurang seribu orang penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perkarangan Pejabat PKR Cabang Batu untuk bersama memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pejabat Parlimen Batu. Rumah terbuka tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Presiden PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali, YB Gan, YB Eli, YB Parlimen PJ Selatan dan Kelana Jaya, YB Amir Saari dan ramai lagi para pemimpin. YB Tian Chua juga dikunjungi oleh bekas lawan beliau semasa PRU yang lepas iaitu saudara Lim Sim Peng. Rumah terbuka sebegini membuktikan perpaduan antara kaum yang diwujudkan oleh Pakatan Rakyat terjalin apabila pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa bersama-sama memeriahkan Rumah Terbuka tersebut. Pihak Cabang Batu juga telah menyediakan kuanter aduan untuk para penduduk di sekitar Parlimen Batu, terdapat juga risalah-risalah tentang kes Fitnah DSAI, surat khabar percuma dan juga jualan buku dan surat khabar. Rumah terbuka ini juga dapat merapatkan kemesraan penduduk dan YB Tian Chua, mereka juga menyampaikan masalah mereka secara terus dengan YB Tian Chua. Terima kasih kepada pihak Cabang, Wanita dan AMK yang bertungkus-lumus dalam persiapan Rumah Terbuka tersebut. Kita nantikan Rumah yang lebih terbuka di masa yang lain pula.
Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

Saturday, February 20, 2010

SELAMATKAN MALAYSIA!!! 11 ISU-ISU NAJIB

1. Kes Kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM

Perdana Menteri Najib Abdul Razak merupakan Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku. Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira RM100 juta ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Jan 2010.
Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?

Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Dis 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?

Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada kedutaan asing yang memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara pada 4 Feb 2010. Adakah terdapat sebarang hubung kait antara kebocoran rahsia ketenteraan dengan kehilangan enjin jet?

Berikut ialah 10 Persoalan Besar Kes Kehilangan Enjin Jet:

Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Akhbar KEADILAN edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-

1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?

2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?

3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?

4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?

5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?

6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?

7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?
Peak job hunting season is on! Act now! Sign up @ JobStreet.

8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.

Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?

9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?

10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?

2. Najib pernah berjumpa dengan Saiful

Najib pernah berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum dia membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim berkenaan dengan kes liwat.
Mula-mulanya, penjelasan yang diberikan ialah Saiful ingin mendapatkan biasiswa daripada kerajaan. Selepas itu, Najib pula berkata bahawa tujuan Saiful berjumpa dengannya adalah untuk memberitahu bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Bukankah percakapan putar-belik ini amat mencurigakan?

Menurut laporan akhbar Cina Sin Chew Daily pada 5 Feb 2010, Saiful yang kononnya menjalani kehidupan harian dengan gaji RM1000 semasa bekerja untuk DSAI menggunakan barangan berjenama termasuklah pakaian dan kasut berjenama dan mahal seperti Ralph Lauren dan Levis.

3. Najib Membayar Yahudi untuk Menjayakan 1Malaysia

Najib membayar APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa yang dikuasai Yahudi bagi melancarkan Gagasan 1Malaysia untuk menambahbaikkan imejnya yang sudah retak.
Adakah diperkatakan jumlah pembayaran kepada APCO adalah melebihi RM20 juta.
Antara pegawai kanan APCO ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang pernah berkhidmat dalam kerajaan Israel untuk tempoh panjang. APCO juga pernah memberikan perkhidmatan kepada diktator-diktator lain seperti Sani Abacha dari Nigeria dan President Seumur Hidup Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

4. Najib taja Parti Makkal Sakthi dan Parti Cinta Malaysia untuk memecah-belahkan MIC, MCA dan GERAKAN

Mengikut laporan Suara Keadilan pada 29 Sept 09, Makkal Sakhti dikatakan mengikit perjanjian untuk menerima lebih RM30 juta daripada tabung Barisan Nasional untuk melengkapkan dirinya sebagai pilihan menggantikan MIC.

5. Najib memasukkan pendatang asing ke Pekan

Setelah hampir tewas pada pilihan raya umum 1999 iaitu dengan kemenangan 241 undi sahaja, najib merancang and membawa masuk lebih 2,000 warga Rohinya dari Myanmar dan mereka dibenarkan mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang. Mereka diberikan pelbagai keistimewaan. Antaranya,
Tanah percuma untuk membina rumah, termasuk banglo dan bercucuk tanam
Elaun bulanan RM500
Kerakyatan Malaysia
Kemudahan elektrik dan air bersih
Persekolahan percuma, kemudahan riadah
Khidmat bantuan FAMA dan Lembaga Perindustrian Nanas Negara
Yang dituntut daripada mereka ialah undi untuk Najib bagi memastikan rekod beliau di Pekan tidak digugat.
Malahan, pada masa yang sama, terdapat lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna di Pahang.

6. Program Latihan Khidmat Negara yang membazir

Program ini telah memperuntukkan RM600 juta di bawah RMke-9 dengan matlamat memupuk persepaduan dan kesetiaan kepada negara. Adakah projek ini berbaloi dan benar-benar memanfaatkan warga Malaysia, ataupun dijadikan satu projek mega untuk menyalurkan kebaikan kepada kroni-kroni sahaja?

Sehingga Mei 2008, sudah terdapat lebih kurang 16 peserta yang mati semasa menyertai program tersebut. Untuk mengurangkan impak tersebut, Najib pernah berkata “hanya 14 peserta yang mati sahaja dalam program PLKN”!

7. Skandal pembelian Eurokopter

Pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM1.604 bilion. Di Brazil, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM4.14 bilion (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM1.604 bilion atau RM 134 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 51 juta bagi setiap unit.
Kita jelas bahawa pembelian kereta Kancil pun kita kena memeriksa keadaannya. Tetapi, pembelian helicopter yang berjumlah RM1.6 bilion ini tidak pernah diperiksa. Ia langsung tidak masuk akal!

Kita khuatir, adakah pembelian Helikopter Nuri sebelum itu tidak diperiksa? Adakah itu punca Nuri membawa begitu banyak kes kemalangan yang mengorbankan askar-askar kita?
Kita juga ingin bertanya, adakah Kapal Terbang khas Najib tidak diperiksa sebelum membelikannya? Jika ya, adakah ia bermaksud harga nyawa najib adalah lebih tinggi daripada harga askar-askar lain?

Kenapakah Najib hanya menandatangani perjanjian tersebut 2 hari sebelum beliau menukar portfolio dengan Abdulah Badawi, iaitu pada 15 Sept 2008? Lagipun, adalah dipercayai bahawa Najib telah memberikan maklumat yang kurang tepat kepada Abdulah Badawi untuk mempercepatkan proses pembelian.
Semasa siasatan oleh PAC, Abdullah membatalkan pembelian Eurocopter tersebut selepas 32 hari pembeliannya. Kenapakah begitu?

8. Skandal pembelian Kapal Selam Scorpene

Pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.5 bilion. Peruntukan ini boleh digunakan untuk membina satu KLCC! Najib dengan kuasa yang dimilikinya telah melantik syarikat milik Abdul Razak Baginda, sebagai agen menguruskan pembelian kapal selam daripada Perancis dengan komisen berjumlah RM520 juta.

Syarikat Perimekar Sdn Bhd didakwa menerima komisen. Apabila khalayak umum memberi duit kepada pihak penguatkuasa, ia dipanggil sebagai perbuatan rasuah. Apabila skandal pembelian kapal selam melibatkan pemberian sejumlah wang yang besar, ia bergelar komisen.
Mantan Ketua Pembangkang Dato Seri Dr Wan Azizah meminta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat pembelian peralatan ketenteraan oleh Kementerian Pertahanan tetapi tidak dipedulikan. Adakah Najib takut disiasat?

9. Skandal pembelian Sukhoi Russia

Pembelian pesawat pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion.
Pelantikan syarikat bekas Menteri Penerangan, Dato’ Seri Adib Adam sebagai broker pembelian – seorang lagi Kroni UMNO!
Melibatkan pembayaran komisen berjumlah RM400 juta.

10. Skandal Projek High-speed Broadband (HSBB)

Pada 16 September 2008 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion secara tergesa-gesa sehari sebelum dilantik secara rasmi sebagai Menteri Kewangan. Timbalan Perdana Menteri juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet untuk jalur lebar – “Conflict of interest”.

Dalam perjanjian dengan Telekom itu, Kerajaan perlu menyuntik RM2.4 bilion untuk tempoh tiga tahun pertama, tetapi anihnya setelah suntikan dana awam disempurnakan, projek itu akhirnya akan menjadi milik mutlak Telekom sepenuhnya.
Sebuah lagi syarikat telekomunikasi( Maxis) berupaya menawarkan sebutharga berjumlah lebih kurang RM7 bilion dengan spesifikasi yang sama, ini bermaksud dengan harga RM4 bilion lebih rendah.

11. Kes Pembunuhan Altantuya

Kes Altantuya merupakan satu-satunya kes besar penuh sensasi yang melibatkan kepimpinan politik Malaysia secara langsung dengan pembunuhan ngeri seorang model.

Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4. Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin, dan Perancis. Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar.

Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan. Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja.

Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa. Dari sinilah nama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan dikait-kaitkan.

Dari awal lagi Najib telah menafikan pelbagai rumor yang mengaitkan nama beliau. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, tidak ada lagi sebarang kenyataan penafian kerana akan menjejaskan proses perbicaraan. Setelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Najib barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya ‘mendiamkan’ diri sahaja.

Pada 1 Mei 2008, Najib melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah kononnya tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.

Berikut ialah 8 Persoalan Besar Kes Altantuya:

1. Enggan siasat saksi
Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama ‘Najib Razak’ tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.

2. Enggan siasat gambar
Kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan ‘Najib Razak’ tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak. Ini disebut oleh seorang saksi kes tetapi tidak disiasat oleh pendakwaan. Sewajarnya, sebuah unit siasatan dikerahkan memastikan kewujudan gambar ini benar atau tidak.

3. Enggan panggil saksi
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Beliau juga mendakwa tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia. Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia. Memandangkan Najib begitu kerap memberi pelbagai kenyataan berkaitan kes ini, sewajarnya najib dipanggil sebagai saksi. Keengganan memanggil Najib memberi keterangan menguatkan persepsi umum bahawa ada perkara hendak disembunyikan dan Najib takut.

4. Saksi ditahan di bawah ISA
Kebanyakan kenyataan-kenyataan Raja Petra berhubung kes ini merupakan ‘hearsay’ yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Kes pembunuhan Altantuya dikatakan tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi mengaku tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya. Sekiranya ini benar, Raja Petra patut diberi peluang membela diri di mahkamah dan bukan di”ISA”kan. Apabila Raja Petra ditahan di bawah ISA, tentulah beliau boleh disiksa dan diberi tekanan sewaktu di dalam ISA.

5. Tindakan pelik Rosmah
Sewajarnya, apabila seseorang itu difitnah, si mangsa akan segera mempertahankan diri dan mendakwa pemfitnah di mahkamah sekiranya berterusan memfitnahnya. Inilah yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Mahathir. Ini berbeza dengan Rosmah di mana beliau enggan mendakwa Raja Petra yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya sebaliknya, dalam diam-diam, Raja Petra ditahan di bawah ISA. Ini menguatkan persepsi bahawa Rosmah tidak berani mendakwa di mahkamah kerana ada perkara yang hendak disembunyikan.

6. Bala menghilangkan diri
Akuan bersumpah Bala tidak mendapat perhatian mahkamah. Lapuran tidak diambil endah tetapi Bala sekeluarga hilang begitu sahaja. Kehilangan Bala sekeluarga telah menjadi sebuah misteri.
"Saya diberitahu bahawa isteri Najib menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta. Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya." Begitulah dakwaan blogger.
7. Tiada siasatan pertukaran mesej SMS Najib dengan Peguam
Pertukaran mesej SMS antara Najib dengan seorang peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah berhubung pendakwaan terhadap Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya sekitar November 2006 telah didedahkan, namun tiada sebarang siasatan dijalankan.
Komunikasi SMS jelas memperlihatkan penyalahgunakan kuasa seorang Timbalan Menteri Perdana dengan mencampurtangan dalam kes pendakwaan terhadap Abdul Razak.

8. Ketua Hakim membebaskan Razak Baginda
Razak Baginda yang merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya telah dibebaskan dua hari selepas Bekas Penasihat Undang-undang Umno Zaki Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuh Altantuya memperlihatkan keputusan mahkamah ke atas kes yang mengaitkan pimpinan tertinggi negara ini adalah tidak adil bagi Altantuya dan keluarganya, malah tidak bebas daripada kuasa politik.

Friday, February 19, 2010

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA PARLIMEN BATU

RUMAH TERBUKA SEMPENA TAHUN BARU CINA PARLIMEN BATU

Tarikh: 21/02/10 (Ahad)
Masa: 11am-1pm
Tempat: Depan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu, Jalan Sentul (Simpang Lampu Isyarat Ke Taman Dato' Senu)

Anjuran Bersama: PUSAT KHIMAT MASYARAKAT AHLI PARLIMEN BATU & Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

KENYATAAN MEDIA KETUA AMK PUSAT

Demonstrasi Pemuda UMNO: Bukti Malaysia tidak peduli tuntutan masyarakat dunia

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menganggap adalah sia-sia tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk membantah dan mengecam tuntutan ahli-ahli Parlimen Australia yang menuntut agar perbicaraan konspirasi jahat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihentikan.

Tuduhan dan perbicaraan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu usaha terdesak oleh sebuah rejim yang terus berusaha untuk menggenggam kuasa sedangkan rakyat sudah tidak lagi memberikan sokongan kepadanya. Justeru Dato’ Seri Najib Razak dan Barisan Nasional terpaksa mengharapkan kepada fitnah dan konspirasi.

Keterangan-keterangan yang tidak masuk akal yang dilemparkan dan usaha menghalang tertuduh mendapatkan bukti dan senarai saksi menyebabkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah masyarakat dunia, melihat perbicaraan itu sebagai perbicaraan sandiwara atau sham trial. Justeru khalayak dunia yang berpegang kepada nilai keadilan akan terus mengecam kezaliman ini dan menuntut ia dihentikan. Ulama terkenal telah mengkritik perbicaraan fitnah ini. Ahli-ahli Parlimen Australia menuntut ia dihentikan. Pengerusi Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat menuntut agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberikan keadilan.

Selepas ini akan lebih ramai pemimpin dari lebih banyak negara yang akan menyuarakan pendirian mereka terhadap usaha terdesak BN untuk mengekalkan cengkaman kuasa mereka. Tindakan tidak peduli terhadap tuntutan masyarakat dunia ini dan malah usaha untuk membantahnya akan hanya menjejaskan kedudukan Malaysia di mata dunia. Tuntutan agar negara lain tidak peduli dengan segala kezaliman yang berlaku di dalam negara akan hanya mengasingkan Malaysia daripada komuniti demokratik dunia. Risikonya ialah Malaysia mungkin akan tergolong sebagai negara pariah yang terpinggir dan dipulaukan.

Perjalanan kangaroo court yang membicarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini akan menjejaskan dengan teruk kredibiliti sistem kehakiman Malaysia. Syarikat-syarikat asing tidak akan mempunyai keyakinan untuk melabur dan berurusan dengan Malaysia sekiranya mereka tidak mempunyai keyakinan akan dilindungi undang-undang dan mahkamah yang adil. Perbicaraan-perbicaraan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan skandal perlantikan hakim dalam kes VK Lingam membina keyakinan bahawa mahkamah di Malaysia boleh dimanipulasi dan diperkudakan untuk mengikut telunjuk pemerintah.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia dengan ini menggesa semua pihak menghentikan usaha sia-sia membantah tuntutan masyarakat dunia untuk keadilan ini. Sebaliknya Malaysia perlu memberikan tumpuan dan berusaha untuk memastikan negara ini mampu menjadi sebahagian warga dunia yang bertanggungjawab di mana keadilan ditegakkan dan mahkamah tidak diperalatkan.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA PKR



JEMPUTAN RUMAH TERBUKA KEADILAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010

Saudara-saudari dijemput hadir ke majlis Rumah Terbuka sempena meraikan Tahun Baru Cina 2010.

Majlis akan diadakan pada:


Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 11 pagi - 1 tengahari
Tempat: Dewan MBPJ BU 3, Jalan BU 3/1, Petaling Jaya


Diharap saudara/saudari dapat hadir bagi memeriahkan majlis.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdr. Lee Khai Loon (tel. 012 2558607, emel: kllee78@gmail.com).
Sekian, terima kasih.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan

TAHNIAH!! DATUK KALAKAU UNTOL


Tahniah diucapkan kepada Datuk Kalakau Untol yang telah menyedarkan diri beliau keluar dari Barisan Nasional dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa Barisan Nasional yang memerintah lebih 50 tahun tidak membuat sesuatu kepada rakyat Sabah. Negeri yang kaya dengan hasil balak itu dikaut keuntungan oleh orang-orang yang tamak dan rakyat Sabah terus dihimpit dengan kemiskinan. Biarlah pemimpin-pemimpin yang gila akan kuasa dan harta pergi meninggalkan Pakatan Rakyat tetapi seorang yang pergi pasti seribu orang pengantinnya. AMK Batu menggucapkan tahniah kepada Datuk Kalau Untol. AMK Batu berharap ada lagi pemimpin-pemimpin yang ada di Sabah dan Sarawak supaya sedar perjuangan Barisan Nasional bukan untuk rakyat tetapi untuk kroni-kroni, buktinya apa yang Sabah dan Sarawak ada selama 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional.

Petikan dari http://www.malaysiakini.com/news/124576

Bekas timbalan menteri keluar BN, sokong Pakatan
Feb 18, 10 2:45pm

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN). Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di Tamparuli.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu(Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985. Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihanraya umum ke-13.

Kalakau menjelaskan walaupun pemimpin-pemimpin dari Sabah dari dulu sehingga sekarang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, namun pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan nampaknya tidak begitu serius dan komited dengan saranan dan tuntutan-tuntutan para wakil rakyat dari Sabah dan pihak kerajaan negeri Sabah sendiri.

"Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama yang diadakan tahun lalu, di mana mereka bersetuju menyemak semula kepentingan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak, seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.

"Perkara dan agenda ini hanya akan dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin (Pati), perkara ini yang telah berlarutan sekian lama tidak akan dapat diatasi oleh pemerintahan kerajaan BN," tambah beliau.

"Pakatan Rakyat pada konvensyen tersebut mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jadi saya bertekad membantu Pakatan Rakyat memberi penjelasan ke seluruh negeri," tambah beliau Menjawab satu soalan, Kalakau bagaimanapun berkata beliau belum menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.
Kalakau, yang juga merupakan presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda), juga pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Dis 2005.

Thursday, February 18, 2010

TPM SILALAH MARAH NEGERI-NEGERI INI!!!!

TPM yang kita sayangi telah marah dengan kepimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan tidak mahu mengadakan perarakan Maulidur Rasul tetapi dengan ketentuan Allah, mengikut laporan berita dari Malaysiakini, negeri Pahang, Perlis dan negeri kelahiran TPM iaitu Johor tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul jadi kena adillah, marah juga mereka, jangan pilih kasih antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Barisan Nasional.

Petikan dari http://www.malaysiakini.com/news/124594

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis
Salhan K Ahmad
Feb 18, 10
5:14pm

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.

TOK Guru Yang Berani!!!


Beginilah sikap seorang pemimpin, beliau lebih menghargai nyawa orang lain daripada nyawa beliau sendiri. Kejadian berlaku di Pantai Rusila, apabila Tok Guru Haji Hadi Awang memancing bersama-sama dua anak beliau. Apabila terdengar jeritan meminta tolong, lantas beliau dan anak beliau terjun ke laut untuk menyelamatkan seseorang yang lemas. AMK Batu memuji sikap berani Tok Guru dan tidak mengendahkan keselamatan beliau sendiri. Kesanggupan Tok Guru patut dicontohi pemimpin-pemimpin yang lain, beliau tidak mengarahkan orang lain untuk menyelamat tetapi beliau sendiri bersabung nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Kebanyakan ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat tahu akan tahap kesihatan Tok Guru dan umur Tok Guru yang mencecah 63 tahun tetapi itu bukan menjadi sebab untuk menunaikan kewajipan sebagai orang Islam.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.

Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya.

Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.


"Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban," kata Herman ketika dihubungi.

Salah sebuah foto berkenaan (kiri) menunjukkan Hadi - berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.

Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.

Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.

Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.

"Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.

"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa," kata Herman dalam tulisannya.

Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.

"Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.

"Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau," katanya.

ORANG UMNO TAK RETI EJA KAH???


Sedih sangatlah melihat pemuda-pemuda UMNO mengeja nama Saiful Bukhari, dah jadi Bukhairi, kami tahulah Khairy yang jadi ketua perarakan. Itulah kami semua nak hapuskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, salah satu sebabnya, Bahasa Melayu tidak di eja dengan betul. Teringat dulu, Khairy inilah yang terpekik mengatakan orang berdemontrasi ini adalah BERUK, jadinya adakah beliau kini mahu tergolong di kalangan BERUK juga?

Petikan dari http://www.malaysiakini.com/news/124579

DAP: 'Pemuda Umno jahil demokrasi berparlimen'
Feb 18, 10 3:00pm

DAP Selangor menyifatkan Pemuda Umno dan pertubuhan lain yang menyertai demonstrasi di pejabat Pesuruhjaya Tertinggi Australia semalam, sebagai “jahil fungsi sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara komanwel, termasuk Malaysia dan Australia”.

Demonstrasi itu diadakan kira-kira seminggu selepas lebih 50 ahli parlimen Australia membuat desakan supaya digugurkan tertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat desakan itu kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Canberra, Salman Ahmad.

Selain itu, pengerusi jawatankuasa hubungan luar senat Amerika Syarikat, John Kerry pula mahu perbicaraan Anwar dijalankan dengan adil dan saksama.

Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San menjelaskan, dalam sistem demokrasi berparlimen, jawatankuasa kecil atau jawatankuasa parlimen ditubuhkan oleh parlimen dan dianggotai ahli parlimen sendiri yang tidak memegang apa-apa portfolio dan jawatan dalam pentadbiran kerajaan atau eksekutif.

Selalunya, jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan isu atau portfolio pentadbiran sesebuah kerajaan itu dan berfungsi sebagai satu cabang untuk memantau dasar dan pelaksanaan dasar oleh eksekutif, selaras dengan semangat pengasingan kuasa antara legislatif (parlimen), eksekutif (pentadbiran) dan judisiari (kehakiman).

“Malahan dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab meneliti sesuatu akta yang dibentangkan oleh eksekutif sebelum ianya diluluskan oleh Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, beliau yang juga ADUN Kampung Tunku berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, adalah tidak ganjil jika parlimennya mempunyai berpuluh-puluh jawatankuasa sebegini.

“Maka berdasarkan prinsip ini juga, jawatankuasa pilihan tentang hal ehwal luar negara juga ditubuhkan oleh Parlimen.

“Tugas mereka termasuk menilai dan menegur dasar-dasar luar negeri yang diamalkan oleh kerajaan.

“Apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen dari Australia dan Amerika ini merupakan tugas mereka sebagai ahli dan pengerusi kepada jawatankuasa pilihan khas /kecil parlimen mereka tentang hal ehwal luar negeri,” tambahnya.

Malangnya, kata Lau, walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan mewarisi tradisi parlimen ala-Westminster, tetapi ia jarang-jarang menubuhkan jawatankuasa pilihan khas untuk memantau hal ehwal pentadbiran kerajaan.

“Apa yang pernah dilakukan oleh Parlimen Malaysia yang berkaitan dengan hal ehawal luar negeri ialah penubuhan kokus parlimen Malaysia terhadap Myanmar dengan tujuannya untuk mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di Myanmar.

“Maka adalah tidak tepat jikalau hendak dikatakan bahawa Malaysia mengamalkan dasar tidak campur tangan di mana dalam kes Myanmar ini, terbukti bahawa Malaysia pernah melakukan sesuatu di peringkat Parlimen terhadap Myanmar.

“Adakah ini dituduh sebagai mencampuri hal ehwal sesebuah negara berdaulat? Jika ya, maka Malaysia juga pernah melakukannya dan tindakan Malaysia menubuhkan kokus parlimen Malaysia terhadap Myanmar adalah betul kerana keadaan Myanmar yang tidak stabil telah mengugat kestabilan politik serta ekonomi serantau.

“Justeru itu, saya menyeru Pemuda Umno dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menyertai demonstrasi di pejabat pesuruhjaya tertinggi Australia ke Malaysia, untuk meneliti fakta-fakta sejarah yang saya terangkan di atas agar tidak tertembak (diri) sendiri,” katanya.

KENYATAAN MEDIA TENTANG ZULKIFLI NORDIN

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA


Tarikh: 18 Februari 2010
KES DISIPLIN YB ZULKIFLI NORDIN

Malam tadi (17 Februari 2010) Biro Politik KEADILAN mengadakan mesyuarat mingguan biasanya. Biro membincangkan beberapa perkara termasuk kes-kes disiplin.

Berhubung kes Zulkifli Nordin, Biro menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan dan menyampaikannya kepada Parti dengan seberapa segera. Lembaga diminta oleh Biro Politik untuk mengambil kira semua kenyataan melalui media yang telah dibuat oleh Zulkifli selepas surat tunjuk sebab dihantar kepadanya.

Biro Politik mengambil perhatian bahawa Lembaga Disiplin telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Zulkifli pada 08 Februari 2010 melalui faks, emel dan surat berdaftar. Beliau diminta menjawab sebelum 12 Februari 2010 dan memberitahu sebelum 15 Februari 2010, pilihan beliau untuk tarikh pendengaran kes yang dicadangkan oleh Lembaga, iaitu 18 atau 23 Februari 2010.

Lembaga Disiplin tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Zulkifli apabila kedua-dua tarikh 12 dan 15 Februari luput. Pada 16 Februari 2010 Zulkifli memberitahu melalui media beliau tidak dapat hadir kerana ke Korea dan kenyataan beliau kemudian disalinkan kepada Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution.

Zulkifli pergi ke Korea atas urusan sendiri dan bukan dihantar oleh Parti. Parti tidak tahu-menahu tentang pemergian beliau. Beliau tidak pernah memberitahu Lembaga Disiplin mengenainya. Beliau juga tidak pernah mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran.

Ini nampaknya menjadi cara biasa Zulkifli. Dalam kes yang lalu beliau memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur juga untuk mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin ketika itu.

Zulkifli memilih untuk lebih mementingkan urusan pribadinya ke Korea daripada hadir di hadapan Lembaga Disiplin untuk penyiasatan dan membela diri. Beliau tidak harus menyalahkan mana-mana pihak.

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
###

dari pejabat KETUA AMK BATU

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 18 February 2010
YB ZULKIFLI NORDIN’S DISCIPLINARY CASE

Last night (17 February 2010) KEADILAN's Political Bureau held its normal weekly meeting. The Bureau discussed several matters including disciplinary cases.

Regarding Zulkifli Nordin’s case, the Political Bureau leaves it to the Disciplinary Board to make a decision and convey it to the Party as soon as possible. The Bureau requests the Board to take into account all statements made by Zulkifli through the media after the show cause letter was sent to him.

The Political Bureau took note that the Disciplinary Board had sent the show cause letter to Zulkifli by fax, email and registered post on 08 February 2010. He was requested to reply before 12 February 2010 and to indicate before 15 February 2010 his choice of date when he could meet the Board. The Board suggested either the 18 or 23 February 2010 for hearing his case.

The Disciplinary Board did not receive any reply from Zulkifli when both 12th and 15th February expired. On 16 February 2010 Zulkifli informed the media that he was unable to attend the hearing as he was going to Korea and he later sent his statement to the Secretary-General, Saifuddin Nasution.

Zulkifli went to Korea on his personal arrangement and he was not sent by the Party. The Party had no knowledge of his trip. He never informed the Disciplinary Board about it. He also never suggested an alternative date for hearing.

It appears that this is Zulkifli’s normal ploy. In a previous case he also gave the excuse that he was away from Kuala Lumpur, presumably to avoid a meeting the Disciplinary Committee then on the date fixed.

Zulkifli has decided to give priority to his personal programme in Korea over attending the hearing by the Disciplinary Board for investigation and to defend himself. He should not blame anybody.

DR SYED HUSIN ALI
Deputy President, KEADILAN
###
Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail:
komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

from the office KETUA AMK BATU