Thursday, April 17, 2008

Kempen Bebaskan Tahanan ISA

Letter Signing Campaign sempena Kempen Bebaskan 6 Tahun Tahanan ISA


Pada bulan April 2008, Gerakan Mansuhkan ISA akan melancarkan ”Letter Signing Campaign” bertujuan membebaskan tahanan ISA yang telah ditahan hampir 6 tahun bersama-sama seratus Tahanan ISA lain dari pelbagai bangsa dan ugama yang masih menghuni Kem Kamunting.

Setiap rakyat Malaysia yang menyertai kempen ini di andaikan telah memberikan suara mereka menyokong supaya semua tahanan ISA, segera dibebaskan.

Bagaimana perlaksanaan ”Letter Signing” ini?

Kempen ”Letter signing” ini adalah unjuran dari kempen pek Islamic Human Rights Commission (IHRC) berpengkalan di London. Kempen ini disusun berdasarkan profail tahanan ISA Mat Sah Bin Mohd Satray yang telah ditahan hampir 6 tahun.

Caranya mudah saja. GMI telah menyediakan dua keping surat, satu dialamatkan kepada Menteri dalam Negeri dan yang lain dialamatkan kepada sebuah pertubuhan Hak Asasi di peringkat antarabangsa, berpengkalan di Switzerland.

Anda perlu ikuti langkah di bawah:

  1. Cetak dua keping surat yang dilampirkan di bawah
  2. Buat salinan.
  3. Cari orang untuk menandatangani surat itu.
  4. Poskan surat tersebut mengikut nama dan alamat yang ada di kedua-dua surat itu secara berasingan.

Di akhir bulan April, GMI mensasarkan sebanyak 300,000 surat telah diposkan oleh rakyat Malaysia pada dua institusi tersebut sebagai satu mesej utama pada Menteri Dalam Negeri dan Pertubuhan Hak Asasi di Switzerland bahawa penahanan tanpa bicara, samada yang baru ditahan atau yang hampir 6 tahun, semuanya adalah merupakan pencabulan hak asasi manusia yang amat serius dan perlukan perhatian segera.

GMI berharap, semua badan bukan kerajaan dan Parti Politik di Malaysia akan bersedia mengambil peranan memastikan kempen ini dapat disampaikan kepada semua lapisan rakyat di negara ini.

Bebaskan Tahanan ISA, Mansuhkan ISA, Tutup Kem Kamunting.

Yang benar,

Norlaila Othman,
Pusat Sokongan Keluarga (PSK) GMI &
Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan 6 tahun ISA


Surat Kepada Menteri Dalam Negeri


Surat Kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu

No comments: