Tuesday, February 9, 2010

AMK BATU RAVI - JALANI PEMBEDAHAN

Salam kepada semua barisan pimpinan & teman AMK Parlimen BATU.
Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Cabang, Sdr. Kamil sekitar jam 1.00 tengahari tadi, Sdr. Ravi (Koordinator Masyarakat) telah dimasukkan ke ICU Hospital Selayang. Beliau dilaporkan menjalani pembedahan buah pinggang dan kini berehat.
Selaku Ketua AMK BATU, saya telah bergegas melawat beliau pada jam 2.30 petang tadi selepas memaklumkan kepada Ketua Cabang & Ahli Parlimen BATU YB Tian Chua. Ketika itu beliau telah dipindahkan ke Tingkat 7.
Walaupun begitu saya hanya dibenarkan sekadar melawat / berdiri di pintu dan membalas lambaian "OK/GOOD" Sdr. Ravi dari jauh ( jururawat memaklumkan dikhuatiri beliau akan mendapat jangkitan kerana keadaan sistem imuniti yang masih lemah).
Harap beliau cepat sembuh dan terus berjuang.

(Salah seorang AMK Batu iaitu saudara Ravi telah dimasukkan ke Hospital Selayang, Wad ICU di tingkat 5, beliau telah selamat menjalani pembedahan buah pinggang. AMK Batu berharap agar beliau akan kembali sihat seperti dahulu)
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP

No comments: