Jadi dipaparkan ucapan alu - aluan daripada Ketua AMK Batu sempena kewujudan BLOG AMK Batu ini.
Assalamualaikum w.r.t. w.b.t dan Salam Reformasi.
Kelahiran blog AMK BATU ini merupakan salah satu bukti bagaimana hasil inisiatif tekun dan gabungan sumbang saran minda sekumpulan anak muda menzahirkan ruang manifestasi berkongsi maklumat berpaksikan ilmu dalam usaha menyampaikan mesej perjuangan. Sebuah wahana yang muncul laju kewujudannya bagi para ahli AMK PARLIMEN BATU agar terus melatih keberanian untuk berdepan dengan sebarang cambahan idea serta perkembangan politik.
Bertitik tolak dari kejayaan peti undi serta sokongan mandat kepercayaan para pengundi tempoh hari, AMK Parlimen BATU terus sibuk dalam pelbagai perancangan yang diatur dengan kemas saban minggu. Sejak PRU 12 semua giat berusaha untuk mendekatkan diri sebagai agen perubahan ideal.
Maka diharapkan blog ini dapat dijadikan saluran maklumat nan tepat dan seronok buat para pengunjung budiman untuk turut sama bertukar pandangan dalam sesebuah isu semasa secara konstruktif, berkongsi pendapat dan pengalaman seterusnya menyelesaikan segala lontaran permasalahan dengan penuh kreativiti. Sebuah blog yang bertindak sebagai wahana pintas meningkatkan kefahaman lebih mendalam terhadap sesuatu persoalan atau sebarang perkembangan, mengenal sasaran halatuju dan dasar ampuh AMK Parlimen BATU khususnya, Parti KeADILan Rakyat (PKR) umumnya dan pelbagai lagi.
Semoga para pengunjung blog berpuas hati dan memanfaatkan sepenuhnya segala bahan dan berita, baik yang deskriptif mahupun yang kreatif.
Sekian.
Komited-Tulus-Perkasa.
ROZAN AZEN MAT RASIP
KETUA AMK PARTI KEADILAN RAKYAT
PARLIMEN BATU
No comments:
Post a Comment