Monday, September 29, 2008

Notis Panggilan Mesyuarat Agong AMK Batu


Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Bahagian Batu

Angkatan Muda KeADILan Bahagian Batu

Pusat Khidmat Masyarakat KeADILan Parlimen Batu

1090-1, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur

Tel : 03-4044 0063 Faks : 03-4044 1063

Website: www.keadilanrakyat.org http://amkbatu.blogspot.com

Email: amkbatu@gmail.com

Ruj. Kami : 0021/08

Tarikh : 19 September 2008

Yang Dihormati Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK), BAHAGIAN BATU 2007/2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak AMK Bahagian Batu akan mengadakan satu

Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2007/2008 seperti butiran berikut:

Tarikh / Hari

:

12 Oktober 2008 (Ahad)


Masa

:

10.00 pagi – 4.00 petang


Tempat

:

Pusat Khidmat Masyarakat KeADILan Parlimen Batu, Jalan Sentul, K.Lumpur


3. Sehubungan dengan itu, Yang Dihormati Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri

Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2007/2008 tersebut.

4. Segala kerjasama dan perhatian baik untuk memenuhi undangan pihak Exco AMK BATU

dari pihak Tuan/Puan adalah amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

5. Semoga kehadiran Tuan/Puan memeriahkan majlis dan merapatkan lagi interaksi dan

persefahaman dalam memperjuangkan manifesto Parti KeADILan Rakyat serta menambah kekuatan Angkatan Muda KeADILan Bahagian BATU.

6. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2007/2008

untuk perhatian Yang Dihormati Tuan/Puan.

7. Kehadiran Yang Dihormati Tuan/Puan perlu disahkan bagi tujuan persediaan tempat dan

jamuan bilangan hadirin/hadirat. Oleh itu sila sahkan kehadiran Yang Dihormati Tuan/Puan kepada yang berikut selewat – lewatnya 6 Oktober 2008 (Isnin) :

Saudara Rozan Azen Mat Rasip – 012 657 7878

Saudara Sharizal – 014 6466396

Saudara Sidek – 0193435028

Saudara Akmal – 012 2951431

Saudara Helmy – 017 2774019

Saudara Khairil – 017 2036049

Saudara Harris – 012 3468727

Saudara Chua – 016 6221908

Saudara Ravi – 012 6965259

Sekian, harap maklum.

Komited - Tulus - Perkasa

Saya yang menurut perintah,

…………………………..

(MOHD. AKMAL HISYAM)

Timbalan Setiausaha

Angkatan Muda Keadilan (AMK)

Parti KeADILan Rakyat (PKR)

Bahagian Batu


s.k. Chua Tian Chang (Tian Chua)

Ahli Parlimen Batu (P. 115)

merangkap Ketua Bahagian Batu PKR


Wan Samsudin Wan Mat Isa

Setiausaha Agung Bahagian Batu PKR


Rozan Azen Mat Rasip

Ketua Angkatan Muda Bahagian Batu

Naib Ketua AMK Wilayah Persekutuan


Zulfikar Ali Ariffin

Setiausaha Agung

Angkatan Muda KeADILan Malaysia

Parti KeADILan Rakyat


Md. Zaman Mat Tasi

Ketua Angkatan Muda

Negeri Wilayah Persekutuan

Angkatan Muda KeADILan Malaysia

Parti KeADILan Rakyat


Mohd Fadzlie Hassan

Pemangku Setiausaha Agung

Negeri Wilayah Persekutuan

Angkatan Muda KeADILan Malaysia

Parti KeADILan Rakyat






AGENDA - ATURCARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2008

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK),

PARTI KEADILAN RAKYAT

BAHAGIAN BATU

Tarikh / Hari

:

12 Oktober 2008 / Ahad

Masa

:

10.00 pagi – 4.00 petang

Tempat

:

Pusat Khidmat Masyarakat KeADILan Parlimen Batu, Jalan Sentul, K.Lumpur




Masa / Aturcara

:





10.00 – 10.30 a.m.

:

Pendaftaran Ahli Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2008

10.30 – 11.00 a.m.

:

Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan & Bacaan Do’a

11.00 – 11.30 a.m.

:

Ucapan Ketua AMK Bahagian BATU

EN. ROZAN AZEN MAT RASIP

11.30 – 12.15 tgh.

:

Ucapan Perasmian

Y.B. CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA)

Ahli Parlimen Batu (P. 115)

merangkap Ketua Bahagian Batu PKR

Ucapan Aluan oleh Tetamu AMK PUSAT

EN. ZULFIKAR ALI ARIFFIN

Setiausaha Agung, Angkatan Muda KeADILan Malaysia

Ucapan Aluan oleh Tetamu AMK NEGERI

EN. MD. ZAMAN MAT TASI

Ketua Angkatan Muda, Negeri Wilayah Persekutuan

Angkatan Muda KeADILan Malaysia

12.15 – 12.30 p.m.

:

Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2007

12.30 – 1.30 p.m.

:

Membentang dan meluluskan Penyata/ Laporan

AMK Bahagian BATU

EN. MOHD. AKMAL HISYAM

Timbalan Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan (AMK),

PKR, Bahagian Batu

1.30 – 2.30 p.m.

:

Rehat

2.30 – 3.00 p.m.

:

Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan

AMK Bahagian BATU

PEMANGKU BENDAHARI

3.00 – 3.15 p.m.

:

Sesi pemilihan Lima (5) orang perwakilan ke

Kongres Nasional Tahunan PKR 2008

3.15 – 3.45 p.m.

:

Perbahasan Usul (jika ada)




3.45 – 4.00 p.m.

:

Ucapan Penangguhan

Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2007/2008




Sunday, September 28, 2008

Program Meriahkan Syawal Menjelang Aidil Fitri AMKWP 2008


Untuk makluman Semua ,

AMKWP akan mengadakan program meriahkan syawal menjelang aidil fitri 2008. Keterangan Seperti berikut :

Tarikh : 28 September 2008
Masa : 4.45 Petang
Tempat : Hentian Bas Jalan Duta , Kuala Lumpur.
Aturcara :
- Mengagihkan sampul ' duit raya ' serta kurma kepada warga kota yang akan pulang ke kampung .
- Berbuka puasa.

Pimpinan AMKWP mengharapkan agar ahli yang berkesempatan dapat hadir sama memeriahkan majlis .

ANGKATAN MUDA KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Perutusan Aidilfitri Oleh Ketua AMK Batu

Mewakili suara sepakat gengsi Exco ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) PARLIMEN BATU, saya ingin mengambil kesempatan dalam kesibukan melipatgandakan amalan mengejar pahala bulan Ramadhan serta perayaan Eid Fitri, juga keprihatinan yang berterusan dalam merealisasikan perjuangan HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT, AMK PARLIMEN BATU dengan asli dan tulus mengucapkan kepada semua kenalan-penyokong-ahli SELAMAT HARI RAYA EID FITRI.

Diharapkan semua amalan diterima, diharapkan kedatangan bulan Syawal disambut dalam perasaan LEBIH gembira, keadaan senang dan penuh peringatan sebagai insan yang menghayati Ihsan.

Segala salah-silap yang dilakukan, dituturkan dalam keadaan sedar atau tidak sengaja sepanjang memegang amanah-kepercayaan sebagai Exco AMK PARLIMEN BATU, dimaafkan dan sebaliknya.

Sesungguhnya itu adalah kelemahan iman kami sebagai insan.
Teruskan setia dengan visi perjuangan kerajaan baru PAKATAN RAKYAT.

Insya’Allah (God’s will).

komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
KETUA AMK PARLIMEN BATU

Friday, September 26, 2008

Kalau Kau (Najib) Jadi PM!

Fudzail
Fri | Sep 26, 08 | 11:06:38 am MYT

Kalau kau jadi perdana menteri
apakah sekadar sebagai proksi
kepada big mama the 1st lady
yang tentu seronok sekali
semakin tembam kembang berseri

Jangan pula angkat sumpah
dalam teruja dan meriah
tersasul menyebut Altantuya
merah padam muka big mama
boleh gempa bumi di Putrajaya

Tidak perlu lagi bersumpah-sumpah
dari masjid ke pasar malam
tentang C4 dan komisen kapal selam
dan hantar saja Anwar sekeluarga
sebagai duta sambilan ke Mongolia

Kabinet baru tentu dipenuhi
rakan sejati yang setia mengabdi
pada big mama the first lady
mesti terajang semua orang Paklah
bersama legasi hadhari bidaah

Barangkali ada gentleman agreement
dari peralihan kuasa terkejut
untuk menjaga nasib anak menantu
tetapi itu sekadar janji politik
hantar saja mereka ke batu putih

Tidak lupa para blogger
guna ISA, akta hasutan atau apa saja
buang mereka ke Kemunting
ramai-ramai untuk temani RPK
sebagai bukti kebebasan bersuara

Kalau kau jadi perdana menteri
bershopping sakan big mama seantero dunia
biar sahaja negara tinggal tulang
rakyat makan limpahan sisa-sisa kroni
demi hidup Melayu, ketuanan dan DEB!

Fudzail
http://1426.blogspot.com
Al Twar 3
Dubai.

SAJAK SIASAH

sebelum 16 september
semakin ramai saban hari bertanya
khabar realiti kerajaan pakatan rakyat mencabar gelisah atau mahu harapan baru?

ada apa di taiwan (pertanian atau lari takut)
ada apa dgn dr. mahathir (mantan menteri diktator atau mudah lupa)
ada apa pada sabah(kesetiaan logo bn atau kecoh akujanji)

apakah betul tarikh itu benar-benar penanda keramat
(bersama LAH tunggu sambil terus berdo'a).

rozan azen mat rasip
tmn koperasi polis
9 september 2008

-------------------------------------------------------------------------------------------------

selepas 16 september

semua turun mendadak
(tiba-tiba ada peruntukan,
walau tiada dalam bajet defisit).

semua diberi bonus dan hulur bantuan
(tiba-tiba prihatin melayan dan baik hati,
walau tak pergi janjitemu UN, arab saudi).

semua ngo, apparatus kerajaan agresif-hero
(tiba-tiba bersemangat berani, tonjol rajin
mahu main keris dengan azan demi keselamatan).

apakah benar wang boleh beli semua?
apakah benar melayu mudah lupa?

rozan azen mat rasip
damansara heights
25 september 2008

Wednesday, September 24, 2008

Raja Petra Ke Kem Tahanan Kamunting Jalani Tahanan ISA 2 Tahun



Menurut peguamnya, Raja Petra Kamaruddin akan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.
Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

Menurut peguamnya, pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pagi ini bahawa Raja Petra akan dibawa ke Kamunting.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar hari ini permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.

Habeas corpus adalah permohonan untuk membawa tahanan ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut dan menjadikannya tidak sah.Isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa KDN telah mengeluarkan perintah tahanan tersebut semalam.

Raja Petra, 58, yang ditahan bersama dua orang lagi minggu lalu, kini ditahan di lokasi yang tidak diketahui.Dua orang lagi - wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, 43 - telah dibebaskan.Tan dibebaskan 18 jam selepas dia ditahan, manakala Teresa dibebaskan tujuh hari kemudiannya.

Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam lamanwebnya yang mencemarkan kepimpinan negara dan menghina Islam.Beliau sebelum ini telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan fitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu

Monday, September 22, 2008

Dakwa Anwar Agen Amerika, Agenda Politik murahan Umno - AMK

KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER (SK) - Kenyataan Menteri Luar Negeri, Dr. Rais Yatim mengenai hubungkait Amerika Syarikat dengan Anwar Ibrahim dianggap sebagai biadap dalam usaha terdesak propaganda untuk mengucar-kacirkan sokongan rakyat.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tuduhan ini adalah kerana mereka telah gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara.

“AMK yakin dan percaya propaganda murah sebegini begitu terdesak direncanakan memandangkan mereka gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau mengulas kenyataan Rais baru-baru ini yang berkata beliau memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

“Kenyataan biadap ini dipercayai adalah satu usaha terdesak Umno-BN melalui propaganda murah Utusan Malaysia yang kelihatan mahu mengucar-kacirkan sokongan rakyat di sebalik kemelut kepimpinan negara yang dihadapi oleh Umno khususnya,” tambahnya lagi.

Menurut Shamsul lagi, propaganda murahan mengenai ‘Anwar Agen Amerika’ ini telah disebarluas sebegitu lama, paling hangat sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada bulan Ogos lepas.

“Tanpa mereka sedari, di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan,” ujarnya lagi.

Shamsul turut mengulas bahawa Kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008.

“Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Tambahnya lagi,”Malah, Umno sendiri pada tahun 2002 sanggup menggadai sebanyak RM4.6 juta wang rakyat hanya semata-mata mahu mengupah pelobi Yahudi, Jack A. Abramoff untuk mengatur pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan Presiden George Bush.”

AMK menurut Shamsul akan mendesak agar Rais Yatim memberikan justifikasi jelas mengenai tuduhan palsu beliau dengan kadar segera.

“AMK juga tidak teragak-agak untuk menyaman Utusan Malaysia kerana bertindak mengapi-apikan sentimen rakyat dengan nilai pemberitaan yang rendah dan jumud sekiranya mereka gagal menarik balik berita tersebut dalam tempoh 24 jam,”katanya lagi

Tuesday, September 16, 2008

AMKWP Sambut Baik " Sambutan Hari Malaysia " 16 September

Kelana Jaya;15 Sept 2008 : AMKWP menyambut baik sambutan hari Malaysia setiap 16 September oleh pakatan rakyat yang bermula semalam. Program sambutan semalam dihadiri oleh hampir kesemua pimpinan tertinggi pakatan rakyat.

Ketua AMKWP, Saudara Md Zaman Md Tasi berkata sambutan ini perlu di sambut dengan penuh kesedaran mengenai sejarah negara Malaysia yang tercinta. Penubuhan Malaysia perlu dihayati dan diingati oleh setiap golongan masyarakat terutamanya generasi muda.

Golongan muda perlu diterap dengan semangat cintakan negara dan tahu sejarah penubuhannya. Generasi muda tidak sepatutnya terus hanyut dengan arus pemodenan yang boleh menenggelamkan jati diri anak Malaysia.





Chinese Statement About Change Sky

From:
Chua Wei Kiat
Exco Angkatan Muda Keadilan Parlimen Batu


议员跳槽推动民主过程

(吉隆坡7日讯)人民公正党总财政兼士拉央区国会议员梁自坚律师指出,我国的选举制度是以个人选区为基础,因此,若议员是为了选区的利益和福利而跳槽,那才是一种对选民负责任的行为。

"同时,这也是推动民主的一个过程,而非不道德做法。"

梁自坚也是公正党总财政,他今日是针对,近期报章上有关国会议员跳槽是不廉正和不道德的言论,发表文告并做出回应。

他表示,我国议员首先是对选区负责,而非政党;议员的首要义务是对所属的选区及选民负责,至于议员对所属政党的责任,并非一种义务,甚至可以比喻为"课外活动"(It is something we assume as an extra curricular activity)。

他说,议员跳槽的争议是基于两个假设。第一,假设国会议员的席位是属于政党。第二,假设国会议员被选民选中是基于政党的政策。

"一旦了解议会宪政体制(parliamentary constitutional system)的基本原则,这两个假设都是不正确的,所以议员跳槽的争议也不成立。"

他发表说,在民主国家里有两个主要的选举制度:

1. 选区为基础的选举制度:当地的选民根据候选人的能力而作出选择,其中一位候选人将会得到大多数票而成为国会议员。一个政党拥有大多数的国会议员将会组成中央政府。在这个制度里,议员的席位不属于政党,这表示如果议员跳槽后,他可以保留着他的席位。
2. 比例代表制度:在这个制度低下,选区的范围相当大比如一个省或一个国家。一个省或一个国家的选民将投票给予政党。各政党将会根据投票的比例而委任国会议员。这些受委任的国会议员一旦跳槽后,将不能保留他们个人的席位,因为这席位是属于政党。

"马来西亚的选举制度是选区为基础的,此制度是提供个人成为候选人在大选时侯进行竞选而不是任何政党。这和自由人士在大选时侯进行竞选一样,自由人士不属于任何政党,但是他们可以出来竞选,所以当选的议员是完全以个人能力、个人政策以及个人承诺而取决。"

梁自坚也是一位资深的律师,他指出,根据宪法第43章(1),最高元首有权力委任首相,并且最高元首的委任必须得到大多数的国会议员赞同。第43章(4),如果大多数的国会议员投不信任票于首相,首相必须辞呈。

"根据宪法第43章(1)和第43章(4),选民已经赋予大多数的国会议员的权力去选择有能力的首相。如果首相没有执行工作、没有能力、无法有所表现、没有实行任何政策以及只会呆在办公室,大多数的国会议员可以投不信任票于首相,并遴选一位有能力而领导国家的首相。"

他强调,国会议员的跳槽更换政府是推动民主的一个过程,这将确保政府时常保持高度关心人民的需求。国会议员是被人民选出来,他们是属于人民的,他们不受政党的支配,所以国会议员的跳槽是完全符合民主的原则。

Selamat Menyambut Hari Malaysia

45 tahun lalu, enam tahun selepas mengecapi kemerdekaan, negara ini mulai dikenal sebagai Negara Malaysia. Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Pada hari tersebut 45 tahun lalu rakyat Malaysia seluruhnya, dari Perlis hingga ke Sabah, tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, bersetuju untuk hidup bersama.

Namun apa yang berlaku selepas 45 tahun Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO semakin rakus berkuasa. Semangat Pembentukan Persekutuan Malaysia dan Pengisytiharan Kemerdekaan diabaikan agar mereka dapat terus berkuasa. Penggunaan undang-undang kuku besi digunakan sewenang-wenangnya manakala retorik perkauman sering digunakan untuk melaga-lagakan rakyat yang berbilang kaum. Ini lah yang dikatakan penindasan ke atas manusia oleh manusia.

Ini semua harus berhenti. Kini sudah tiba masanya untuk kita melakukan perubahan. Perubahan yang memastikan kamu semua dan saya setara, perubahan yang memastikan kita semua dikenal sebagai Bangsa Malaysia. Perubahan yang akan menyaksikan ‘kepada pelampau tiada dokongan, kepada diskriminasi tiada sokongan.’

Bersempena sambutan Hari Malaysia yang ke 45 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya, saya menyingkap ringkas idealisme kebebasan Sun Yat Sen; dan memetik pidato presiden Sukarno yang menjanjikan kemerdekaan Indonesia “semua untuk semua” bukan sekadar melayani tuntutan kelompok kecil. Saya memetik ucapan ‘Tryst with Destiny’ yang disampaikan oleh Jawaharlal Nehru, “We have to build the noble mansion of free India where all her children may dwell. The appointed day has come-the day appointed by destiny-and India stands forth again, after long slumber and struggle, awake, vital, free and independent.”

Juga pidato Muhammad Ali Jinnah, pengasas negara Pakistan di Constituent Assembly 1947. Jinnah mengaggap kemerdekaan negaranya muncul dari gejolak rakyat, satu “cyclonic revolution” tetapi memberi amaran agar pasukan keselamatan bebas tidak terheret dengan politik dan pemimpin menghindari dari rasuah.

Malah dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957, YTM Almarhum Tunku ARahman menekankan soal kebebasan, keadilan dan hak semua rakyat.

Saya menyentuh semangat muafakat Pakatan Rakyat yang menerima peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Bahasa Melayu, kedudukan Islam dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputra di samping menjamin hak semua rakyat.

Saya percaya rangkuman dan adunan petikan ucapan yang telah saya sorot sebelumnya sangat jelas untuk menggambarkan harapan semua rakyat Malaysia yang kepingin untuk Malaysia kembali makmur dan perkasa.

Dirgahayu Malaysia!

ANWAR IBRAHIM

Catatan Perjalanan : 2 Pagi dari Stadium Kelana Jaya Bersama Bakal Perdana Menteri Malaysia

DAH KETENTUAN QADA' QADAR ILLAHI...

MULA-MULA SEMUA AAJAK PERGI JUGA STADIUM, TAPI TAK ADA TRANSPORT
TAPI HATI MACAM SURUH BALIK LAMBAT DAN BUKA PUASA DI SEKITAR IBUKOTA...
TIBA-TIBA TEMAN EXCO SAYA SDR. HELMY (KETUA BIRO AMK PARLIMEN BATU) AJAK KERANA ADA KERETA...

MAKA BERANGKATLAH KE STADIUM SETELAH BUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIH DI MASJID/KOMPLEKS TABUNG HAJI KELANA JAYA
TERUS JUMPA & LEPAK DGN TEMAN MEDIA-PENERBIT-AKTIVIS FAISAL MUSTAFFA
TERUS TELEFON TEMAN & SMS BALAS TEMAN AMPANG/BATU/ PERMATANG PAUH/UIA/PAKSI ETC.

TERUS SEMANGAT DGR UCAPAN PARA PEMIMPIN (SYED GMI, KETUA MENTERI LIM GUAN ENG, VETERAN LIM KIT SIANG, SEC. GEN. PAS DATO' KAMARUDDIN JAAFAR, MB DATO' ABDUL KHALID IBRAHIM & BAKAL PM DSAI) SERTA SORAKAN DAN LAMPABAIAN 15,000 - 30,000 RAKYAT-PENYOKONG YG MAHUKAN PERUBAHAN

BILA HABIS NAK BALIK ALHAMDULILLAH JUMPA TERSEREMPAK TEMAN- PEMIMPIN MTUC SYED SHAHRIR, TIMB. PRESIDEN PKR DR. SYED HUSIN ALI, BERSIH DR. HATTA RAMLI, PENULIS-PELAKON KEE THUAN CHYE, PENYAJAK-AKTIVIS RAHMAT HAROUN, MT PKR JOHARI ABDUL, TEMAN AMK W/P, SJI, UIAM DLL.

SEBELUM BALIK BERTOLAK SETELAH SESAK KENDERAAN REDA JAM 2 PAGI,
HANTAR SMS KPD SEMUA(DAN HARAP SEBARKAN KEMPEN)

HARI INI SELASA 16 SEPTEMBER -

SEJUTA BENDERA JALUR GEMILANG DIEDARKAN UTK DIKIBARKAN OLEH PAKATAN RAKYAT

RAKYAT PAKAI RED-BAND DI TANGAN MALAYSIA TANAHAIRKU

SURAT RASMI TANDATANGAN PAKATAN RAKYAT DAH DIBERI KPD PAK LAH UTK BUAT KEPUTUSAN HARI INI (TRANSISI PERALIHAN PENTADBIRAN KUASA PERLEMBAGAAN DAN MANDAT SOKONGAN MAJORITI MALAYSIA SECARA TERATUR DAN DAMAI BN-PR)

SAMA-SAMA TUNGGU :

1) ZAID TERUS TEGUH UTK LETAK JAWATAN (WALAU PAK LAH TAK BAGI HAK LETAK JAWATAN!!!)

2) ZAID MASUK PR

3) SELANGOR 'BANTAI' PENTADBIRAN SELANGOR KHIR TOYO YG SONGLAP LEBIH
RM 100JUTA DLM INDUSTRI NIAGA PASIR (KEMANA DUIT TU SELAMA NI)

4) EKONOMI BN YG TERUS TERUK-PARAH TANPA ARAH

5) DAN BILANGAN YG SEMAKIN MENINGKAT LEBIH 40 PARLIMEN BN LOMPAT-BERENANG KE PAKATAN RAKYAT




komited-tulus-perkasa
rozan azen mat rasip

Monday, September 15, 2008

MAJLIS BUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH BUDI







PROGRAM :

MAJLIS BUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH BUDI (TMN. BATU MUDA) (BERPUSAT DARI PUCHONG)

SEPULUH ANAK YATIM LELAKI DAN SEPULUH ANAK YATIM PEREMPUAN (BELASAN TAHUN / 13-15 TAHUN)


ANJURAN :

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)

PARTI KEADILAN RAKYAT PARLIMEN BATU


TARIKH/HARI/MASA:

13 SEPTEMBER 2008 / SABTU / 5 PETANG - 8 MALAM


TEMPAT:

PEJABAT KHIDMAT MASYARAKAT PKR, PARLIMEN BATU


KEHADIRAN TETAMU:

TIMB. KETUA BAHAGIAN BATU - SDR. MOHD NOOR KAMIL ABD. SAMAD

SETIAUSAHA AGUNG - WAN SHAMSUDIN

(KETUA BAHAGIAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN BATU YB. TIAN CHUA MENGETUAI ROMBONGAN KE TAIWAN / LAWATAN TIGA HARI)


SUMBANGAN IKHLAS TUNAI OLEH -

RAMLY BURGER / HJ. RAMLI

(AMK BATU MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH)


ATURCARA:

SESI PERKENALAN DGN PENJAGA ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK YATIM

SESI KUIZ DGN HADIAH STICKER DAN KALENDAR PKR - SOALAN2 BERBENTUK PENGETAHUAN AM DAN MAKLUMAT TERKINI(UTK MERANGSANG MINAT & MENDIDIK ILMU)

SESI BERGAMBAR

SESI BUKA PUASA

SESI SOLAT JEMA'AH MAGHRIB

SESI DERMA IKHLAS OLEH AMK, PKR DISAMPAIKAN OLEH

KETUA AMK BATU - SDR. ROZAN AZEN MAT RASIP & TIMB. KETUA BAHAGIAN BATU - SDR. MOHD NOOR KAMIL ABD. SAMAD

Sebelum 16 September

sebelum 16 september

semakin ramai saban hari bertanya

khabar realiti kerajaan pakatan rakyat

mencabar gelisah atau mahu harapan baru?

ada apa di taiwan

(pertanian atau lari takut)

ada apa dgn dr. mahathir

(mantan menteri diktator atau mudah lupa)

ada apa pada sabah

(kesetiaan logo bn atau kecoh akujanji)

apakah betul tarikh itu benar-benar

penanda keramat

(bersama LAH tunggu sambil terus berdo'a).

rozan azen mat rasip

tmn koperasi polis 2

9 september 2008


OPS : MANSUHKAN ISA

Antara jahil dan keliru

dengan rasa gentar dan bisik waspada

mereka kini lari dari gelora massa

dikejar bayang silam penuh dosa,

dimomok hukum balas obses kuasa.

Antara amarah dan kesal

dengan nadi berani dan kalis undur

rakyat bangkit dalam satu suara

lantang ke depan menuntut hak asasi,

laung membawa gema gelombang bukan kepalang.

Mari bersama sahut seru keadilan

mari bersama sambut salam kebenaran

kita tiupkan semarak juang panas membara

kita tusukkan sengat lawan pedih membisa.

Aturkan gerak teguh

maju melawan dalang-dalang

dengan laungan slogan perubahan

dengan pegangan penuh keyakinan

kita tuntut saban siang saban malam

biar segenap ruang dikejutkan -

Penindasan Harus! Segera! diTumpaskan!

Aturkan jejak jitu

mantap melangkah sepanjang lorong dan jalan

keluarkan gulungan rentang rintihan

kita suarakan tanpa penat tanpa henti

biar serata dunia diberitakan -

bangsa Malaysia bangkit membela diri!

Ayuh! Teman segera lancar gerakan teguh

hayati semangat pantang patah arah

atau cepat serah kalah,

mainkan peranan perjuangan sekalian rakyat

inilah masa bertindak pada yang zalim, pada yang kejam

agar berakhir penindasan rakus

agar tamat penyeksaan dayus

dibebaskan mangsa aniaya

selama mana atau sampai bila- bila

maka mulakan dengan satu kalimat keramat

dan marilah mara, mara dan terus mara

Bersatu kita teguh, Bersama kita rempuh

HAPUSKAN ISA !!!

REFORMASI !!!

ROZAN AZEN MAT RASIP

UIAM, Gombak

14 - 24 Mei 2001

(puisi ini dikarang dan dideklamasikan khas program GMMI /

GERAKAN MAHASISWA MANSUHKAN ISA di kampus UIAM, Gombak Mei 2001)


GEMA

(sempena ulangtahun kempen Gerakan Mansuhkan ISA peringkat kebangsaan)

Gerakan ini masih utuh

setia pada lafaz janji ikrar kelmarin

agar dicapai sasar natijah utama…

Mansuhkan ISA!

kini masa telah lepas berlalu,

mungkin sedekad bakal silih

dan terus menunggu adalah seribu lagi

duri keperitan harus disusuri

ranjau kepayahan perlu ditempuhi,

namun azam ini tetap tekad teguh berdiri

takkan luput diugut sebarang seksa mendatang berganti

Gerakan ini masih utuh

tidak pernah sesaat terbiar

lesu lalu rapuh

amarah Mei 2001 terus membara, terus menyala

pengorbanan kalian takkan tinggal dipersia-sia

segala sakit, segala susah

akan tetap kami kenang

akan terus kami juang

tiap duka ditanggung pasti dituntut

tiap luka dirasa akan dibela

kezaliman Mei 2001 takkan luput ditelan zaman

sebaliknya panduan mengenal

mana digelar lawan, mana dikenal kawan

masih segar ikrar gerakan

pedoman keramat pada seluruh tindakan

menjadi aspirasi sasaran

ISA mesti dihapuskan !

Gerakan ini masih utuh

gagah, berani dan lantang bersuara

sentiasa semangat, selalu sedia

sepertimana dulu, kini dan selamanya.

ROZAN AZEN MAT RASIP

UIAM, Gombak

31 Mei 2002