Tuesday, May 25, 2010

KENYATAAN MEDIA YB TIAN CHUA - KDN RAMPAS AKHBAR KABAR BERMOTIF POLITIK

KENYATAAN AKHBAR

25HB MEI 2010, SELASA

KDN RAMPAS AKHBAR KABAR ERA PAKATAN BERMOTIF POLITIK
MENYEKAT KEBEBASAN MEDIA


Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini dalam melakukan operasi merampas akhbar KABAR ERA PAKATAN dibeberapa lokasi pengedar utama dan kedai-kedai penjual terutamanya di Wilayah Persekutuan amat dikesali. Dapat dirumuskan bahawa rampasan lebih 6,000 ribu naskhah yang membabitkan dua (2) buah edisi berasingan akhbar ini adalah bermotifkan politik semata-mata. Malah ramai dikalangan para pembaca dan pemerhati menyakini ianya disebabkan oleh paparan beberapa berita serta ulasan berkaitan kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak yang menjadi tajuk utama.

Sepertimana telah diketahui tindakan merampas akhbar tanpa sebarang pemberitahuan notis awal dan siasatan ini berlaku di sekitar Ipoh dan Taiping di negeri Perak dan sekitar Gombak serta Sentul di Wilayah Persekutuan. Adalah jelas pihak KDN tidak mengikut tatacara kerja dan prosedur profesionalisme dalam melakukan rampasan tersebut. Sebaliknya mengundang banyak pertanyaan, dan juga membayangkan ianya adalah bagi menakut-nakutkan para penjual dipremis perniagaan yang mempunyai jumlah tinggi pembeli-pembaca akhbar berkenaan.

Ramai yang mengecam rampasan berkenaan sebagai penghalang kebebasan media dalam melakukan laporan maklumat dan sekali lagi bukti nyata BN menyalahgunakan kuasa dalam mengekang akses media kepada para pembaca. Disifatkan tindakan beberapa pegawai KDN dan penguatkuasa berkenaan berkemungkinan besar dilakukan semata-mata bagi penghalang pengedaran dan huraian berita yang mengaitkan hubungan Najib Razak bersama Razak Baginda menerima komisen pembelian kapal selam Scorpene yang membawa kepada misteri tragedi pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Malah dikatakan juga punca utama rampasan disebabkan pendedahan bukti-bukti lanjutan oleh Pakatan Rakyat semasa permulaan sesi perbahasan Dewan Rakyat lalu yang berkisar tentang peniruan konsep 1Malaysia daripada 1Israel atas nasihat para perunding imej APCO Worldwide.

Sehingga kini, tiada butiran penjelasan yang meyakinkan oleh pihak KDN kepada pengendali akhbar mahupun hujah kukuh bagi menerangkan tindakan terburu-buru dan tidak profesional itu. Pihak KDN hanya tampil memaklumkan dalam surat bertulis bahawa dikatakan akhbar KABAR ERA PAKATAN tiada permit dimana hakikatnya adalah sebaliknya. Adalah diharapkan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamuddin Hussein segera tampil memberi sebab penjelasan rampasan yang lebih munasabah.

Insiden ini telah memperlihatkan Kerajaan BN berterusan cuba menyekat pengaruh media dalam situasi politik yang kini tidak memihak kepada BN-UMNO. Ini boleh dinilai melalui insiden penarikan balik penyiaran rancangan dokumentasi Sembilan (9) bahagian mengenai Empangan Bakun di RTM 2 dan campurtangan Jabatan Perdana Menteri melalui isteri Perdana Menteri yang melarang pengendalian program khas menganalisis Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor di ntv7. Kedua-dua kes kekangan maklumat media ini telah menyebabkan penerbit penyiaran terlibat masing-masing menerima surat tamat khidmat serta protes berhenti kerja.

Campurtangan politik dalam media sebegini semakin ketara kembali sepertimana era pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan sekatan melalui pelbagai peraturan drakonian semata-mata mengawal berita-berita sensitif yang boleh menjejaskan kredibiliti pentadbiran lemah BN.

Oleh itu episod seperti rampasan akhbar atau penafian permit telah dijangka terutamanya dibawah teraju Najib Razak yang berhadapan dengan pelbagai isu skandal politik, permasalahan ekonomi, keselamatan dan imej peribadi seperti PKFZ, bantahan lesen judi sukan kepada Syarikat Ascot Sport milik Berjaya Corporation Berhad, integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), keengganan menubuhkan IPCMC bagi tujuan memantau kes-kes kecuaian dan salahguna kuasa polis, kontroversi kehilangan dua (2) sumber ekonomi telaga minyak kepada Brunei sekadar menyebut beberapa contoh.

Tian Chua selaku Ahli Parlimen Batu dan Pengarah Biro Strategi PKR, mengutuk tindakan Kerajaan BN semakin rakus menyalahgunakan kuasa tanpa tanggunjawab selain dilihat jelas takut kepada pengaruh media terutamanya selepas kekalahan di PRK Sibu.


YB TIAN CHUA

Sunday, May 23, 2010

KOMPLOT UNTUK MELEMAHKAN KEADILAN

KOMPLOT UNTUK MELEMAHKAN KEADILAN

YB. Yunus, Ketua AMK Perak

1. Ada komplot terancang ketika ini untuk mewujudkan gelombang secara berterusan sindrom lompat @ keluar parti khususnya melibatkan Keadilan Perak.

2. Komplot ini bertujuan untuk melemahkan dan menyemai persepsi negatif kepada umum bahawa Keadilan Perak dirundung masalah yang serius tetapi realitinya hanyalah sekadar “ribut di dalam cawan sahaja”

3. Selain itu ia dirancang untuk menghalang dan menganggu kemaraan Pakatan Rakyat daripada kembali berkuasa di Negeri Perak dalam pilihanraya umum yang akan datang.

4. Serangan ditumpukan khas terhadap Keadilan dan DSAI kerana ia dilihat sebagai elemen penyatuan dalam Pakatan Rakyat dalam usaha menggabungkan seluruh kekuatan rakyat menghadapi rejim zalim UMNO dan Barisan Nasional.

5. Konspirasi ini dipercayai didalangi oleh kumpulan serpihan yang merupakan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang telah melompat atau keluar parti akibat dari sifat tamak haloba, kerendahan akhlak, dendam peribadi dan mementingkan diri sendiri.

6. Kita percaya pihak UMNO terlibat secara langsung di dalam komplot jahat ini dan ada beberapa nama telah dikaitkan. Kita yakin ada unsur rasuah dan sogokan wang yang melibatkan ratusan ribu bagi memujuk dan mengumpan supaya ada ahli parti terpengaruh dan terperangkap dengan permainan kotor mereka.

7. Pihak AMK Negeri Perak tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak polis dan juga SPRM setelah kita berjaya mengumpulkan segala bukti dan saksi-saksi.

8. Kita juga akan mendedahkan kepada media dalang-dalang yang terlibat supaya rakyat tahu bahawa mereka yang keluar parti ini sebenarnya telah terjebak dengan jenayah rasuah.

9. Kita menyeru supaya mereka menghentikan segala tindakan yang bodoh dan sia-sia ini. Rakyat sudah bijak menilai mana pemimpin yang bersih dan mana pemimpin yang khianat dan rasuah.

10. Tindakan sabotaj dari dalam tidak mampu untuk melemahkan Keadilan sebaliknya kita melihat ia adalah satu proses pembersihan dan penyucian terhadap parti yang masih muda dan sedang berkembang.

11. Walau bagaimanapun kita tidak dapat menghalang mana-mana individu yang bermasalah untuk keluar atau melompat parti kerana sekarang ini adalah mungkin waktu terbaik untuk mereka membuat bisnes bagi mengejar kekayaan secara tidak bermaruah.

12. Adalah amat malang disaat rakyat semua kaum semakin berani menolak UMNO @ BN, kumpulan ini memilih untuk mengundur kebelakang dengan bersekongkol dan menjadi alat kepada UMNO @ BN bagi mengekalkan kuasa yang semakin terhakis akibat dari kezaliman, salahguna kuasa, rasuah dan jenayah selama ini.


Jumaat, 21 Mei 2010

KOMPLOT UNTUK MELEMAHKAN KEADILAN

KOMPLOT UNTUK MELEMAHKAN KEADILAN

YB. Yunus, Ketua AMK Perak

1. Ada komplot terancang ketika ini untuk mewujudkan gelombang secara berterusan sindrom lompat @ keluar parti khususnya melibatkan Keadilan Perak.

2. Komplot ini bertujuan untuk melemahkan dan menyemai persepsi negatif kepada umum bahawa Keadilan Perak dirundung masalah yang serius tetapi realitinya hanyalah sekadar “ribut di dalam cawan sahaja”

3. Selain itu ia dirancang untuk menghalang dan menganggu kemaraan Pakatan Rakyat daripada kembali berkuasa di Negeri Perak dalam pilihanraya umum yang akan datang.

4. Serangan ditumpukan khas terhadap Keadilan dan DSAI kerana ia dilihat sebagai elemen penyatuan dalam Pakatan Rakyat dalam usaha menggabungkan seluruh kekuatan rakyat menghadapi rejim zalim UMNO dan Barisan Nasional.

5. Konspirasi ini dipercayai didalangi oleh kumpulan serpihan yang merupakan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang telah melompat atau keluar parti akibat dari sifat tamak haloba, kerendahan akhlak, dendam peribadi dan mementingkan diri sendiri.

6. Kita percaya pihak UMNO terlibat secara langsung di dalam komplot jahat ini dan ada beberapa nama telah dikaitkan. Kita yakin ada unsur rasuah dan sogokan wang yang melibatkan ratusan ribu bagi memujuk dan mengumpan supaya ada ahli parti terpengaruh dan terperangkap dengan permainan kotor mereka.

7. Pihak AMK Negeri Perak tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak polis dan juga SPRM setelah kita berjaya mengumpulkan segala bukti dan saksi-saksi.

8. Kita juga akan mendedahkan kepada media dalang-dalang yang terlibat supaya rakyat tahu bahawa mereka yang keluar parti ini sebenarnya telah terjebak dengan jenayah rasuah.

9. Kita menyeru supaya mereka menghentikan segala tindakan yang bodoh dan sia-sia ini. Rakyat sudah bijak menilai mana pemimpin yang bersih dan mana pemimpin yang khianat dan rasuah.

10. Tindakan sabotaj dari dalam tidak mampu untuk melemahkan Keadilan sebaliknya kita melihat ia adalah satu proses pembersihan dan penyucian terhadap parti yang masih muda dan sedang berkembang.

11. Walau bagaimanapun kita tidak dapat menghalang mana-mana individu yang bermasalah untuk keluar atau melompat parti kerana sekarang ini adalah mungkin waktu terbaik untuk mereka membuat bisnes bagi mengejar kekayaan secara tidak bermaruah.

12. Adalah amat malang disaat rakyat semua kaum semakin berani menolak UMNO @ BN, kumpulan ini memilih untuk mengundur kebelakang dengan bersekongkol dan menjadi alat kepada UMNO @ BN bagi mengekalkan kuasa yang semakin terhakis akibat dari kezaliman, salahguna kuasa, rasuah dan jenayah selama ini.


Jumaat, 21 Mei 2010

KOMPLOT UNTUK MELEMAHKAN KEADILAN

KOMPLOT UNTUK MELEMAHKAN KEADILAN

YB. Yunus, Ketua AMK Perak

1. Ada komplot terancang ketika ini untuk mewujudkan gelombang secara berterusan sindrom lompat @ keluar parti khususnya melibatkan Keadilan Perak.

2. Komplot ini bertujuan untuk melemahkan dan menyemai persepsi negatif kepada umum bahawa Keadilan Perak dirundung masalah yang serius tetapi realitinya hanyalah sekadar “ribut di dalam cawan sahaja”

3. Selain itu ia dirancang untuk menghalang dan menganggu kemaraan Pakatan Rakyat daripada kembali berkuasa di Negeri Perak dalam pilihanraya umum yang akan datang.

4. Serangan ditumpukan khas terhadap Keadilan dan DSAI kerana ia dilihat sebagai elemen penyatuan dalam Pakatan Rakyat dalam usaha menggabungkan seluruh kekuatan rakyat menghadapi rejim zalim UMNO dan Barisan Nasional.

5. Konspirasi ini dipercayai didalangi oleh kumpulan serpihan yang merupakan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang telah melompat atau keluar parti akibat dari sifat tamak haloba, kerendahan akhlak, dendam peribadi dan mementingkan diri sendiri.

6. Kita percaya pihak UMNO terlibat secara langsung di dalam komplot jahat ini dan ada beberapa nama telah dikaitkan. Kita yakin ada unsur rasuah dan sogokan wang yang melibatkan ratusan ribu bagi memujuk dan mengumpan supaya ada ahli parti terpengaruh dan terperangkap dengan permainan kotor mereka.

7. Pihak AMK Negeri Perak tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak polis dan juga SPRM setelah kita berjaya mengumpulkan segala bukti dan saksi-saksi.

8. Kita juga akan mendedahkan kepada media dalang-dalang yang terlibat supaya rakyat tahu bahawa mereka yang keluar parti ini sebenarnya telah terjebak dengan jenayah rasuah.

9. Kita menyeru supaya mereka menghentikan segala tindakan yang bodoh dan sia-sia ini. Rakyat sudah bijak menilai mana pemimpin yang bersih dan mana pemimpin yang khianat dan rasuah.

10. Tindakan sabotaj dari dalam tidak mampu untuk melemahkan Keadilan sebaliknya kita melihat ia adalah satu proses pembersihan dan penyucian terhadap parti yang masih muda dan sedang berkembang.

11. Walau bagaimanapun kita tidak dapat menghalang mana-mana individu yang bermasalah untuk keluar atau melompat parti kerana sekarang ini adalah mungkin waktu terbaik untuk mereka membuat bisnes bagi mengejar kekayaan secara tidak bermaruah.

12. Adalah amat malang disaat rakyat semua kaum semakin berani menolak UMNO @ BN, kumpulan ini memilih untuk mengundur kebelakang dengan bersekongkol dan menjadi alat kepada UMNO @ BN bagi mengekalkan kuasa yang semakin terhakis akibat dari kezaliman, salahguna kuasa, rasuah dan jenayah selama ini.


Jumaat, 21 Mei 2010

Friday, May 21, 2010

PEMBUKAAN KAUNTER KHIDMAT DAFTAR PENGUNDI SPR , SKIM MESRA USIA EMAS DLL Oleh PEJABAT PUSAT KHIDMAT PARLIMEN BATU

kepada semua warga rakyat Parlimen Batu -
1) Sabtu 22/5 jam 8am-11am Tmpt pasar Batu 5 Jalan Ipoh
2) Ahad 23/5 jam 9.30am-1.00pm Pasar Sentul, Jln Sentul

Tuesday, May 18, 2010

SIAPA PENIPU SEBENARNYA .....

Oleh Dzukarnain Taib

SIBU 17 Mei - Ketua Undi Pos pilihan raya kecil Sibu bagi Pakatan Rakyat, Zaidi Ahmad menyanggah tuduhan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengatakan ajen parti itu yang menyebabkan kelambatan pengumuman keputusan undi pos semalam.
Malah Zaidi berkata pegawai SPR termasuk beberapa pengarah SPR negeri dan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar yang sebenarnya menghalang tugas agen sah yang dilantik calon DAP, Wong Ho Leng untuk memantau dan meneliti undi pos.
"Timbalan Pengerusi SPR, Pengarah SPR Pahang, Pengarah SPR Wilayah Persektuan Kuala Lumpur memberi tekanan dan seolah-olah memaksa petugas kami yang menjaga peti undi pos supaya mengenepikan peraturan yang SPR buat sendiri dan memaksa petugas kami mempercepatkan proses pengunian.

"Sebenarnya SPR yang melanggar undang-undang mereka sendiri dalam keinginan untuk memenangkan calon Barisan Nasional," kata Zaidi ketika dihubungi Suara Keadilan.
Zaidi menjelaskan terdapat 2,808 undi pos yang mana setiap pengundi pos akan diberikan Sampul Keutamaan yang mengandungi tiga item iaitu Sampul A, Sampul B dan Borang 2.

Sampul A pula mengandungi kertas undi sementara Borang 2 adalah borang identiti pengundi pos.

Setelah pengundi pos memangkah kertas undi serta menandatanganinya ia dimasukkan semula kedalam Sampul A dan begitu juga Borang 2 yang telah ditandatangan.
"Berbanding undi biasa, undi pos amat teknikal sifatnya, sebab itu kami mengambil masa berjam-jam untuk meneliti dan memeriksa setiap undi pos supaya tidak berlaku penipuan. Kita mesti ingat peraturan SPR membenarkan pengundi pos membawa balik kertas undi pos dan timbul kemungkinan kertas undi tersebut dipangkah oleh pihak lain dan bukan pengundi pos tersebut. Kita mestu buat bantahan dan tolak mana-mana undi yang cacat dan disyakki undi hantu. Kita membuat kerja dalam kerangka peraturan dan undang-undang yang SPR buat bukan diluar peraturan. Jadi SPR kena hormat undang-undangnya sendiri dan tidak menuduh pihak lain tidak bertanggungjawab.

"Yang melambatkan ialah SPR kerana untuk membuat perjumlahan setiap peti undi pos mereka mengambil masa dua jam walhal ianya boleh dilakukan dalam masa 5 ke 10 minit sahaja. Mungkin kita perlu adakan kelas matematik asas untuk pegawai SPR yang bertugas semasa pilihan raya," kata Zaidi sinis.

Beliau juga membidas sikap SPR berusaha untuk menjadi rakan BN daripada menjadi sebuah badan yang bebas, telus dan adil.

"Kami ada hak sebagai sebuah parti yang bertanding di dalam pilihan raya kecil ini. Kalau SPR nak kerja 'cincai' lebih baik bagi saja semua undi pos itu kepada BN dan sememangnya sejak dulu hingga kini 98 peratus undi pos memihak kepada BN.

"Setiap peti undi ada seorang petugas kami yang jaga dibandingkan BN yang hanya hantar seorang agen untuk memantau 11 peti undi pos. Tetapi apabila keadaan sudah gawat bagi BN dan mereka melihat undi pos akan menentukan hidup mati mereka dalam PRK ini berduyun-duyun mereka hantar wakil yang hanya memakai pas agen yang difotokopi dan bukan pas yang sah tetapi SPR buat tak tahu," tegas beliau.

Pada PRK Sibu semalam Wong menang dengan majoriti 398 undi dengan mendapat 18,845 undi berbanding calon BN, Robert Lau Hui Yew yang memperolehi 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi. Jumlah undi rosak ialah 395.
BN menang undi pos dengan mendapat 2,323 undi manakala Wong mendapat 70 undi dan calon Bebas pula 36 undi.

suara-keadilan

Monday, May 17, 2010

Keputusan Rasmi : DAP Berjaya Rampas Parlimen Sibu

DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.

Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.- Malaysiakini

Sunday, May 16, 2010

ADAKAH SIBU PENGANTI HULU SELANGOR DI PARLIMEN??

Tak rasmi: DAP terus dahului dengan 3,944 undi

LAPORAN LANGSUNG

Proses pengundian akan berlangsung daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang ini. Keputusannya dijangka diketahui pada jam 9 malam ini.

8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

Terkini

ada khabar kata BN nak mintak kira semula? what the frak?

8:58 pm:

DAP - 18,570
BN - 15,980
Ind - 201

Majority - 2,590


Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.

Thursday, May 13, 2010

Kenyataan Media
(bersempena HARI GURU 16 MEI 2010)



KERAJAAN PERLU LEBIH SERIUS KEBAJIKAN GURU


Bersempena dengan Hari Guru pada 16 Mei 2010, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar yang bergelar guru di semua institusi sekolah diperingkat Menengah dan Rendah, terutamanya di dalam kawasan Parlimen Batu.

Rakaman penghargaan dan tahniah ditujukan kepada para guru sekalian diatas kesungguhan dedikasi yang selama ini telah curahkan dengan penuh kesabaran dan keprihatinan dalam usaha membentuk kecemerlangan akademik dan keperibadian sahsiah anak murid sekolah masing-masing. Bersesuaian dengan tema tahun ini ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, diharapkan semua guru budiman berterusan gigih meningkatkan khidmat pengajaran dan pendidikan yang telah dibuktikan berkualiti serta berjaya dengan ribuan murid lepasan sekolah menjadi warga Malaysia cerdik dan berakhlak.

Sebagai tanda sokongan moral atas jasa dan budi kepada guru-guru, saya berbesar hati sudi dan sedia mendengar pandangan para guru sekalian sekiranya ada sebarang permasalahan yang boleh diusahakan berkaitan dalam membantu menaikkan taraf keperluan martabat dan kebajikan para guru mahupun prestasi pembelajaran anak murid sekolah.

Berhubung dengan pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa akan diumumkan sebuah dasar baru yang dikatakan komprehensif untuk para guru sempena hari guru di Pahang nanti, diharapkan ianya secara telus akan membela kebajikan para guru dan kakitangan institusi sekolah yang selama ini dilihat diabaikan. Adalah mengecewakan sekiranya dasar tersebut diumumkan semata-mata menarik undi dengan berlangsungnya kempen pilihanraya kecil kerusi Parlimen Sibu ketika ini. Masyarakat juga berharap dasar yang akan menyentuh skim kenaikan pangkat, elaun dan manfaat yang berkaitan adalah setimpal dengan dedikasi tugasan para guru terutamanya dengan bebanan kos sara hidup yang telah meningkat drastik.


Kerajaan terutamanya pihak Menteri Pelajaran tidak boleh menutup sebelah mata terhadap permasalahan keselesaan pengajaran para guru dan pembelajaran murid sekolah yang masih lagi belum diselesaikan. Sepertimana yang diumumkan oleh Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, keberhasilan pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea. Malahan pendidikan asas seperti pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) bermula Januari 2010 yang sepatutnya dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta juga belum memperlihatkan implementasi yang serius dan teratur.


Sekian,terima kasih.


SELAMAT HARI GURU !

Y.B. Tian Chua
Ahli Parlimen Batu

Monday, May 10, 2010

Dato’ Azhar Cetus Ketegangan Kaum!

Bangkitkan 13 Mei:

Dato’ Azhar Cetus Ketegangan Kaum!

7 MEI 2010

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) pada hari ini akan membuat laporan polis untuk menyiasat kenyataan berbaur hasutan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, YB Dato’ Azhar Ibrahim dalam Sidang DUN semalam.

Beliau yang mendapat peluang mencelah untuk membahas Ucapan Penggulungan Ketua Menteri telah dengan penuh tidak bertanggungjawab, membangkitkan sentimen perkauman dengan memberi amaran kepada rakyat, 13 Mei akan berlaku jika rakyat menafikan peranan polis. Beliau juga seakan mengugut rakyat Pulau Pinang ini agar menerima tentera menjaga keselamatan mereka jika rakyat sudah tidak mahukan polis lagi, dan yang paling mengecewakan, beliau kata adalah lebih senang suasana Mageran diwujudkan kembali.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) pada hari ini juga mahu pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak ke atas kenyataan YB Dato’ Azhar Ibrahim yang berbaur hasutan dan jelas sekali, ketua pembangkang itu telah melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan yang berunsur hasutan dan memberontak serta bermusuhan antara kaum.

Walaupun beliau telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan di atas sikapnya itu, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP), tetap mahukan beliau disiasat dan dibawa ke muka pengadilan, kerana sidang DUN ini telah diikuti secara langsung oleh seluruh rakyat Pulau Pinang dan tindakan beliau ini dikhuatiri bakal menimbulkan ketegangan kaum.

Bagi Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP), kami tetap menghargai akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pihak Polis dalam menjaga keselamatan rakyat, namun dalam masa yang sama, mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan beliau, atas siri-siri kegagalan beliau dalam mengurustadbir pasukan polis dan menangani jenayah di negara ini.

Kami Yang Membawa Amanah Rakyat;

Sunday, May 9, 2010

UMNO DAN PERKASA TOLONG JAWAB!!!!

Siapa yang luluskan lesen perjudian selama ini? Perdana Menteri Malaysia Semuanya Orang Islam? Judi Itu Haram Di Sisi Agama Islam, dan percaya agama lain yang dianuti oleh orang lain pun tetap mengatakan judi itu haram jadi Mengapa Kerajaan Di Bawah Najib menghalalkan JUDI apabila meluluskan lesen perjudian Bola Sepak Piala Dunia dek kerana tidak mahu ada perjudian haram. Ada lesen atau tidak, JUDI TETAP HARAM DI SISI AGAMA ISLAM jadi SIAPA AKAN JAWAB DI DEPAN ALLAH S.W.T nanti .......

IKUTI ULASAN DR ASRI.

Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram
|
SHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

“Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?” katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

“Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

“Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

“Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah,” katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

“Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat,” katanya.

Sumber: TVSelangor

Tuesday, May 4, 2010

Malaysia Ditangga Corot Indeks Kebebasan Media

SUARA-KEADILAN - SHAH ALAM 3 Mei – Media di Malaysia masih lagi tidak bergerak bebas dan berada dalam cengkaman kerajaan Umno-Barisan Nasional seperti mana yang terbukti oleh kajian Freedom House yang meletakkan Malaysia pada tangga ke-141 dari 196 buah negara.
Kedudukan Malaysia itu di bawah kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas dalam menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat.

Menurut kajian tersebut, Malaysia berkongsi tempat dengan dua negara Afrika, Algeria dan Zambia.

Di rantau Asia Pasifik pula kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang negara terdekat seperti Filipina pada berada pada tangga ke-97, Indonesia – 107, Thailand – 124 dan Kemboja – 134.

Filipina, Indonesia dan Thailand diletakkan sebagai negara yang mengamalkan media sebahagian bebas.

Ketika mengulas kedudukan Malaysia yang menghampakan ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata selain kajian mengenai kebebasan media di negara ini ia juga menjadi kayu pengukur kepada pentadbiran sistem demokrasi.

“Kedudukan yang lemah ini membuktikan kegagalan kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem demokrasi sihat walaupun berkokok kepada dunia luar bahawa negara ini bebas, telus dan adil.

“Kalau dibandingkan era pentadbiran Pak Lah dan Najib, pentadbiran najib diloihat lebih mencengkam kebebasan media dam amalan demokrasi negara. Setiap pengamal terpaksa menurut telunjuk kerajaan dan agensi kerajaan juga terikat dengan arahan yang bersifat ‘draconian’,” kata Yusmadi.

Yusmadi berkata kerajaan perlu sedar dan mengambil langkah yang sesuai bagi memperbaiki imej serta persepsi buruk masyarakat antarabangsa terhadap kebebasan media di negara ini.

Manakala sepuluh negara yang mengamalkan media paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.

Sempena Hari kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei, Freedom House yang merupakan pejuang kebebasan demokrasi antarbangsa telah mengeluarkan senarai kedudukan negara bagi mengenalpasti negara yang mengamalkan kebebasan bermedia.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Memorandum Pemuda Pakatan Rakyat Kepada SUHAKAM Berhubung Kes Tembakan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Memorandum ini adalah merupakan keputusan dan persefahaman bersama di antara Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan juga Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) di bawah naungan Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda Pakatan) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

3. Pemuda Pakatan memandang serius akan insiden yang menimpa Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, seorang remaja berusia 15 tahun yang maut ditembak di bahagian kepala pada 26 April 2010 yang lepas. Pihak polis dalam kenyataan awal mendakwa Aminul Rasyid terlibat dalam kes samun dan jenayah sehingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Polis juga mendakwa menjumpai sebilah parang dalam kenderaan tersebut.

4. Berlaku percanggahan fakta hasil beberapa laporan media sebelum ini, di mana mengikut seorang saksi utama kejadian, apa yang berlaku ialah saksi mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju, yang mana kemudiannya mereka dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

5. Saksi mendedahkan tembakan telah mengenai kepala mangsa sehingga mangsa terkulai layu, membuatkan saksi mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang. Saksi juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

6. Kes ini nyata memberikan impak negatif kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara, rentetan beberapa kes tembakan seumpama ini dicatitkan berlaku beberapa tahun kebelakangan ini. Antara kes yang melibatkan tembakan polis ialah : Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis).

7. Lebih menjelekkan, apabila Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminul Rasyid Amzah beberapa hari lepas memberikan kenyataan berikut;

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja. Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen."

8. Kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, malah lebih malang ianya keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

9. Pemuda Pakatan meragui beberapa perkara yang berlaku di sebalik insiden ini, yang mana seharusnya menjadi asas kepada SUHAKAM untuk meneliti kes ini secara menyeluruh;

(a) apakah tembakan boleh dilepaskan sewenangnya oleh pihak polis, hanya dengan alasan "mempertahankan diri", sedangkan dalam beberapa perakuan saksi utama menunjukkan bahawa tidak ada sebarang tindak balas diambil oleh mangsa melainkan cuma melarikan diri berikutan panik?

(b) apakah Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara memberikan justifikasi yang longgar kepada mana-mana anggota polis samada beruniform ataupun preman untuk melepaskan tembakan sewenangnya tanpa sebarang amaran diberikan terlebih dahulu?

10. Pemuda Pakatan menyifatkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan panel khas siasatan adalah sesuatu yang tidak memadai, memandangkan wujud "clash of interest" yang ketara dalam keadaan PDRM adalah merupakan sebuah agensi di bawah KDN. Lagipun, panel khas tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa, hanya bertindak sebagai pemantau dan hanya melaporkan balik kepada KDN, bukan kepada rakyat secara terbuka.

11. Pemuda Pakatan mendokong sepenuhnya saranan Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) melalui Presidennya yang juga mantan Pesuruhjaya SUHAKAM, Prof. Datuk Mohd. Hamdan Adnan, di mana beliau menyarankan SUHAKAM sebagai badan yang bebas harus menyiasat kes itu sebagai pihak ketiga kerana ia tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu itu bagi memastikan siasatan yang dijalankan telus.

03 Mei 2010

ORANG UMNO PUN TAK MAHU EZAM JADI SENATOR

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong mahu pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Senator dikaji semula.

Ketuanya, Norizan Ali (gambar) berkata pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.

“Mengapa orang yang cukup banyak memburukkan kerajaan boleh diberi tempat yang cukup istimewa sedang ramai lagi yang bermati-matian berjuang untuk parti tidak langsung diangkat?” katanya.

Menurut Norizan, jika begitulah realitinya maka selepas ramai ini yang akan keluar UMNO kemudian masuk ke dalam parti semula dan jasanya individu seperti itu akan lebih dikenang.

“Orang-orang yang pernah bersekongkol dengan parti pembangkang dan kuat menentang kerajaan tidak perlu diberi tempat dan keistimewaan,” katanya.

Menurutnya, ini cukup mengambarkan bahawa ketidak adilan telah berlaku malah menimbulkan ketidakpuasan hati dan perasaan kecewa dikalangan pemimpin dan ahli UMNO yang lain.

“Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan kerana ahli tidak nampak keperluan kerajaan untuk melantik bekas Ketua AMK itu sebagai Senator,” katanya. Sinar Harian

Salah tu...bukan kera tetapi katak di hutan disusukan...anak kera dipinggirkan...

Sementara itu Penarik Beca dalam blog beliau berkata bahawa Ezam Mat Nor telah memohon kawasan balak di Kelantan beberapa banyak kali.

Penarik Beca berkata:

"Yang saya nak tanya kepada Ezam, siapa yang berkali-kali merayu-rayu agar diberikan kawasan balak di Kelantan tetapi tak dapat-dapat? Nasib baik tak dapat. Kalau dapat, buat sendiri atau suruh taukeh buat? Kalau dapat, adakah hanya kutip komisyen sahaja?"

Maklumat yang saya dapat ialah Husam disalahkan oleh Ezam kerana tidak meluluskan kawasan-kawasan balak tersebut. Apa yang saya tahu, kalau Husam Musa meluluskan permohonan-permohonan balak seperti ini, maka akan jatuh berdentumlah Kerajaan Tok Guru Nik Aziz.

Kita bernasib baik ada Husam Musa di dalam kerajaan Negeri Kelantan. Kerana sikap beliau yang tegas di dalam meluluskan permohonan balak menjadikan UMNO ketiadaan isu di dalam menyerang PAS. Hasilnya, PAS berjaya mempertahankan kerajaan negeri Kelantan secara jayanya pada PRU 2008.

Sebenarnya, isu balak inilah yang menyebabkan Husam Musa teruk difitnah. Saudara pembaca boleh membaca pendedahan yang dilakukan oleh saudara Penarik Beca dalam blog beliau satu masa dahulu.

Tapi, sekiranya Husam Musa mengikut kerenah dan tidak menapis permohonan-permohonan ini, nescaya akan jatuh tergolek kerajaan negeri Kelantan PRU 2008

Tulang Besi

Kes Saiful jasa besar Ezam pada Najib

Ramai yang menghubungi saya bertanya berkaitan pandangan tentang perlantikan Ezam Mohd Nor sebagai Senator.

Sebagai sahabat, saya ucapkan tahniah kepada beliau. Semoga agenda Integriti dan Anti Rasuah mampu dibawa dengan baik termasuk mengambil tindakan terhadap Pak Menteri UMNO/BN yang korup. Ini saya tunggu keberanian Ezam jika dia benar mahu membawa agenda ini.

Namun persoalannya, apakah 'jasa' besar Ezam terhadap Najib? Apakah ini ada kaitan dengan tuduhan liwat kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim? Ezam dan Najib ada jawapannya.

Jarang sekali seseorang dilantik menjadi Senator tanpa ada jasa baiknya. Ada juga kalangan pembesar PR dan UMNO yang juga bersetuju bahawa 'jasa' besar Ezam kepada Najib itu adalah mungkin termasuk dalam kes tuduhan fitnah liwat kedua ini.

Perlantikan Ezam ke jawatan Senator Dewan Negara ini tidak mengejutkan saya kerana sejak tahun lepas 2009 bahkan dipermulaan kemasukan Ezam menyertai UMNO pada Mei 2008juga, saya telahpun diberikan signal berkaitan peluang Ezam ini yang akan diberikan oleh Najib Tun Razak.

Rupanya perkara besar yang dinyatakan oleh orang kuat Ezam kepada saya tatkala memberi kata dua kepada saya agar tidak menyertai PKR adalah berkenaan perlantikan Senator Ezam.

Mereka mahu saya membantu Ezam dalam UMNO. Saya menolak tawaran itu. Ada lagi beberapa jawatan lain Ezam yang akan bakal menyusul kemudian selepas dilantik Senator. Inilah mungkin harga yang dibayar oleh Perdana Menteri Najib kepada Ezam.

Namun bagi saya, secara prinsipnya jawatan bukanlah yang pertama. Perjuangan berasaskan prinsip itu adalah keutamaannya.

Kita harus berada dilandasan kebenaran berasaskan fakta dan petunjuk Al-Quran As-Sunnah. Sebab itu saya menolak sanggahan pihak terbabit yang mahu agar saya tidak menyertai PKR/PR.

Saya mengambil keputusan untuk tidak sama sekali bersama Ezam Mohd Nor di dalam UMNO/BN kerana saya tidak melihat besarnya nilai integriti melalui landasan itu. Jika yang kita cari adalah persoalan integriti, amanah dan tanggungjawab, maka itu ada pada Pakatan Rakyat & PKR.

Ayuh anak muda kita gembleng tenaga, kita bina kerajaan beramanah dan berkebajikan untuk rakyat!

Nazree Yunus

ADAKAH PEMERINTAH MENDERHAKA LAGI???

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.
“Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.

“Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,” ujarnya pada sidang media di lobi Dewan Negara, tengah hari ini.

Turut serta ialah Senator Mohd Yusof Husin dan Senator Mumtaz Mohd Nawi.

Menurut beliau, Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan.

Perkara 2 juga, menurut Mahfuz, membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.

Mengambil kes persempadanan semula Wilayah Persekutuan Putrajaya, beliau berkata, kerajaan Pusat akhirnya akur dengan mendapatkan persetujuan Dun Selangor dan Sultan Selangor, walaupun pada awalnya kerajaan Pusat terus masyhurkan suatu kawasan dalam negeri Selangor sebagai ‘Persekutuan’.

Disebabkan itu, dengan merujuk pada pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjelaskan bahawa penyerahan dua telaga minyak tersebut diluluskan oleh kabinet, beliau menggesa kerajaan Pusat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh Kuala Lumpur ketika memeterai perjanjian persefahaman dengan Bandar Seri Begawan.

Tambahnya lagi, walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menjadi Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib selaku ketua kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri serta menganggap bahawa isu terbabit adalah isu terpencil yang melibatkan Abdullah semata-mata.

Dari segi yang lain, Mahfuz turut mempersoal tindak-tanduk kerajaan membatalkan perjanjian persefahaman dengan Murphy Oil, iaitu syarikat perdagangan minyak antarabangsa demi memastikan hasrat menyerahkan kedua-dua telaga minyak tersebut kepada Brunei.

Menurut beliau, dengan pembatalan sedemikian, sekaligus mencalar reputasi Petronas, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam industri petroleum di peringkat dunia.

“(Dengan) pembatalan ini, bukan sahaja integriti kerajaan dilihat musnah, malah Petronas selaku GLC yang bergiat di peringkat antarabangsa pun turut dipersoal apabila mereka berurusan dengan negara-negara pengeluar minyak.

“Dunia akan tanya Patronas, sekiranya perjanjian dengan Murphy Oil pun kerajaan boleh batalkan, apakah jaminan Petronas sekiranya ia (Petronas) dilantik untuk membangunkan industri minyak di negara-negara yang dia berurusan,” beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau bercadang untuk mengetengahkan perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebelum membuat usul supaya suatu sidang Dewan Rakyat tergempar diadakan demi membincangkan isu penderhakaan tersebut.

Monday, May 3, 2010

PEMUDA PR HANTAR MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM BERKAITAN INSIDEN KEMATIAN ADIK AMINUL RASYID AKIBAT DITEMBAK POLIS

Angkatan Muda Keadilan

2 May 2010

PEMUDA PR HANTAR MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM BERKAITAN INSIDEN KEMATIAN ADIK AMINUL RASYID AKIBAT DITEMBAK POLIS

Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

Pemuda Pakatan Rakyat diwakili Shamsul Iskandar Mohd Akin, Nasrudin Tantawi dan YB Anthony Loke bersama-sama beberapa wakil rakyat muda Pakatan Rakyat akan membuat menghantar satu memorandum kepada SUHAKAM berkaitan insiden kematian Adik Aminul Rasyid akibat ditembak polis.

Laporan tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 May 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Lokasi: Pejabat SUHAKAM, Tkt 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut


Orang awam dan wakil media KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

Harap maklum
--
Hasmuzair Hassan
Setiausaha Kerja
Angkatan Muda Keadilan
014-8422155

Sunday, May 2, 2010

Perlantikan Ezam Pecahbelahkan Pemuda UMNO - Shamsul Iskandar

Perlantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor sebagai senator tidak menggugat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya diyakini akan menyebabkan pepecahan dalam UMNO terutama di kalangan Pemuda UMNO.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau yakin sebahagian besar pemimpin UMNO tidak bersetuju dan berpuas hati dengan pelantikan Ezam yang baru dua tahun menyertai UMNO dilantik sebagai senator.

“Dalam kalangan pemimpin UMNO juga ramai yang tidak begitu senang dengan kehadiran Ezam dalam parti apatah lagi dengan layanan hebat Perdana Menteri dengan melantiknya sebagai senator.

“PKR begitu simpati dengan pemimpin UMNO yang lain yang lebih layak diberi ruang. Apa yang berlaku ini ibarat pepatah “kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas persepsi penganalisis politik yang membayangkan kehadiran Ezam dalam Dewan Negara akan menggugat kestabilan PKR dan memberi kesan kepada Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai pelantikan Ezam sebagai senator, Shamsul menyifatkannya sebagai ‘habuan politik’ setelah berjasa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Nampaknya UMNO juga ketandusan pemimpin muda dengan melantik pemimpin ‘kitar semula’ yang dahulunya musuh ketatnya mewakili parti di Dewan Negara,” katanya.

Ezam adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selain Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Pengerusi Eksekutif Rahim & Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Isnin ini. -SK

Saturday, May 1, 2010

[AMK Malaysia] Kenyataan Media Ketua AMK Malaysia : Kenyataan Musa Hassan Melampau, PM Najib Digesa Pecat KPN

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

30 April 2010

Kenyataan Musa Hassan Melampau, PM Najib Digesa Pecat KPN

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminulrasyid Amzah beberapa hari lepas.

Kenyataan beliau, sebagaimana yang dipapar di beberapa media internet semalam dilapor seperti berikut:

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja. Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen."

Kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, malah lebih memalangkan keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Kenyataan Musa ini menggambarkan seolah-olah rakyat dan media tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan sekelumitpun kerja polis, dan rakyat perlu menerima seluruhnya tugas polis, walaupun berlaku cacat cela dan penyelewengan, tanpa kompromi.

AMK percaya bahawa persepsi rakyat ke atas polis sekarang berada di tahap yang mendukacitakan, rentetan pelbagai salah laku dan salah tindakan yang diambil, sekecil kes rasuah jalanan sehinggalah sebesar penglibatan Asiasoft, sebuah syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv, Israel yang mempunyai akses ke dalam sistem maklumat PDRM.

Kes yang melibatkan A.Kugan (mati dalam lokap), A. Gnanapragasam (mati dalam lokap), Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis), A. Gnanapragasam (mati dalam lokap), Norizan Salleh (tersalah tembak), dan terbaru Aminulrasyid, menggambarkan berlaku kepincangan kepimpinan yang serius di dalam PDRM. Lebih mendukacitakan, kesemuanya berlaku di bawah kepimpinan Musa selaku Ketua Polis Negara. Dan kenyataan susulan
seperti di atas jelas menggambarkan bahawa beliau gagal menjulang aspirasi rakyat untuk dijamin keselamatan mereka sepenuhnya.

AMK menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambilserius akan kenyataan ini. Kenyataan tersebut sangat berat dan AMK yakin betapa wujud keperluan yang mendesak agar Musa dipecat ataupun digantung tugas bagi menjamin profesionalisme dalam siasatan lanjut ke atas beberapa kes lain yang bersabitan.

AMK percaya, sekiranya Perdana Menteri masih serius dengan Program Transformasi Kerajaan dan juga NKRA yang dilaung-laungkan di bawah slogan "rakyat didahulukan", maka langkah pertama untuk menjayakan NKRA mengurangkan kadar jenayah, ialah memperkemas pengurusan dan kepimpinan polis dengan memecat Musa.

Rakyat akan memerhati, dan terus memerhati, apakah slogan yang menelan belanja puluhan juta ringgit ini benar-benar satu pelaksanaan, ataupun sekadar retorika politik.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

[AMK Malaysia] Kenyataan Media Ketua AMK Malaysia 29 April 2010

Kenyataan Media

29 April 2010

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kesal dengan insiden yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid Amzah, pelajar berusia 15 tahun yang ditembak mati oleh polis pada 26 April 2010 yang lepas.

Insiden ini berlaku dalam keadaan kes yang melibatkan Norizan Salleh dan Allahyarham Tawfiq Noorzan masih gagal diselesaikan oleh pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri. Apa yang lebih mengecewakan ialah tindakan pihak polis yang kelihatan bermain tarik tali dengan insiden sebenar yang membelenggu tiap-tiap kes.

Alasan berterusan yang diberikan ialah mereka 'hanya menjalankan tanggungjawab' yang menjadikan nyawa manusia sebagai galang ganti kecuaian mereka. AMK melihat pihak polis seolah-olah tidak belajar daripada kesalahan yang lepas. Justifikasi yang memuaskan secara berterusan gagal diberikan.

AMK mempersoalkan mengenai etika pengendalian kes-kes yang memerlukan tembakan dibuat seperti yang terkandung di dalam Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara tidak diberi penekanan oleh anggota polis. Rentetan kes yang berlaku ini jelas menampakkan keperluan Kerajaan untuk menyegerakan kewujudan IPCMC sebagaimana yang didesak oleh Pakatan Rakyat sekian lama. Salahlaku polis semakin berleluasa, dan adalah sesuatu yang sangat malang sekiranya kes salahlaku polis juga disiasat oleh polis!

AMK, dengan solidariti Dewan Pemuda Pas Pusat serta Pemuda Sosialis DAP di bawah panji Pemuda Pakatan Rakyat dengan ini menggesa agar:

(i) Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, dan Ketua Polis Negeri Selangor meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah secara terbuka tanpa kompromi;

(ii) sebuah Suruhanjaya Bebas diwujudkan untuk menyiasat kes ini pada kadar segera; dan

(iii) Pemuda Umno-BN dan juga badan-badan pro-Melayu seperti Perkasa menyatakan ketetapan mereka mengenai kezaliman yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid ini,apakah mereka turut menentang atau bersetuju dengan pembunuhan beliau.

Sehubungan dengan itu, Pemuda Pakatan Rakyat dan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan lainnya akan mengemukakan kes ini ke perhatian Suhakam pada hari Isnin, 3/5/2010, jam 2.30 petang agar desakan berterusan ke atas salah laku polis ini dapat dijana dan diperkukuhkan melalui insiden malang ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

SELAMAT HARI PEKERJA




AMK Batu menggucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2010. Semoga para pekerja di seluruh Malaysia dapat meningkatkan kualiti dan semangat bekerja untuk membina satu negara yang kukuh. Di kala ini, kebanyakan barang-barang keperluan meningkat naik, begitu juga perkhidmatan yang disediakan di negara ini, selaras dengan itu AMK Batu menyeru pihak pemerintah supaya menyelaras semula gaji para kakitangan awam dan swasta supaya selari dengan ekonomi negara pada masakini. Menurut laporan MUTC, jutaan pekerja di Malaysia, gaji mereka dibawah paras kemiskinan. Kita tidak mahu rakyat terus tertindas dengan kemiskinan manakala negara ke arah kemajuan, ini menunjukkan tidak selari. SELAMAT HARI PEKERJA