Tuesday, May 4, 2010

ORANG UMNO PUN TAK MAHU EZAM JADI SENATOR

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong mahu pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Senator dikaji semula.

Ketuanya, Norizan Ali (gambar) berkata pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.

“Mengapa orang yang cukup banyak memburukkan kerajaan boleh diberi tempat yang cukup istimewa sedang ramai lagi yang bermati-matian berjuang untuk parti tidak langsung diangkat?” katanya.

Menurut Norizan, jika begitulah realitinya maka selepas ramai ini yang akan keluar UMNO kemudian masuk ke dalam parti semula dan jasanya individu seperti itu akan lebih dikenang.

“Orang-orang yang pernah bersekongkol dengan parti pembangkang dan kuat menentang kerajaan tidak perlu diberi tempat dan keistimewaan,” katanya.

Menurutnya, ini cukup mengambarkan bahawa ketidak adilan telah berlaku malah menimbulkan ketidakpuasan hati dan perasaan kecewa dikalangan pemimpin dan ahli UMNO yang lain.

“Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan kerana ahli tidak nampak keperluan kerajaan untuk melantik bekas Ketua AMK itu sebagai Senator,” katanya. Sinar Harian

Salah tu...bukan kera tetapi katak di hutan disusukan...anak kera dipinggirkan...

Sementara itu Penarik Beca dalam blog beliau berkata bahawa Ezam Mat Nor telah memohon kawasan balak di Kelantan beberapa banyak kali.

Penarik Beca berkata:

"Yang saya nak tanya kepada Ezam, siapa yang berkali-kali merayu-rayu agar diberikan kawasan balak di Kelantan tetapi tak dapat-dapat? Nasib baik tak dapat. Kalau dapat, buat sendiri atau suruh taukeh buat? Kalau dapat, adakah hanya kutip komisyen sahaja?"

Maklumat yang saya dapat ialah Husam disalahkan oleh Ezam kerana tidak meluluskan kawasan-kawasan balak tersebut. Apa yang saya tahu, kalau Husam Musa meluluskan permohonan-permohonan balak seperti ini, maka akan jatuh berdentumlah Kerajaan Tok Guru Nik Aziz.

Kita bernasib baik ada Husam Musa di dalam kerajaan Negeri Kelantan. Kerana sikap beliau yang tegas di dalam meluluskan permohonan balak menjadikan UMNO ketiadaan isu di dalam menyerang PAS. Hasilnya, PAS berjaya mempertahankan kerajaan negeri Kelantan secara jayanya pada PRU 2008.

Sebenarnya, isu balak inilah yang menyebabkan Husam Musa teruk difitnah. Saudara pembaca boleh membaca pendedahan yang dilakukan oleh saudara Penarik Beca dalam blog beliau satu masa dahulu.

Tapi, sekiranya Husam Musa mengikut kerenah dan tidak menapis permohonan-permohonan ini, nescaya akan jatuh tergolek kerajaan negeri Kelantan PRU 2008

Tulang Besi

No comments: