Sunday, March 29, 2009

Sejarah: 15 calon rebut Bkt Selambau!

dari Malaysiakini...

Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

bukit selambau by election nomination day crowd shots 290309 07Kerusi DUN ini kosong susulan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V Arumugam, yang juga exco kerajaan Kedah.

Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.

Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.

LAPORAN DARI BUKIT GANTANG PADA HARI PENAMAAN CALON

8.45 PAGI : Calon PAS, DS Ir Nizar Jamaludin tiba di pusat penamaan calon diiringi TG Haji Hadi Awang dan pimpinan lain. Dianggarkan penyokong PR seramai hampir 100ribu orang.

8.00 PAGI : Penyokong PR dari pelbagai kaum sudah mula memenuhi tempat berkumpul. Dianggarkan 50ribu orang sudah berkumpul. Masih ramai lagi yang belum dapat masuk.

6.50 PAGI : Penyokong PR mula membanjiri Padang Esplanade, Taiping (lokasi berkumpul penyokong PR.

6.30 PAGI : Penyokong PR memenuhi perkarangan masjid Bandar Taiping.

6.00 PAGI : Polis sudah mula membuat kawalan di sepanjang jalan menuju ke Taiping.

//laporan dibawakan oleh Sdr Khairul Anwar yang berada di lokasi.

Tuesday, March 24, 2009

AMK BATU MELANCARKAN GERAKAN JUALAN SUARA KEADILAN




AMK Batu melancarkan gerakan jualan Suara Keadilan edisi 24Mac - 31Mac 2009 kepada pengundi, penyokong dan orang awam di sekitar parlimen Batu.

Jualan diadakan walau Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan Suara Keadilan digantung selama 3 bulan.

Ini adalah sebagai usaha AMK Batu menunjukkan protes terhadap arahan double standard kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang terus takut dan terdesak oleh tekanan rakyat yang mahukan perubahan.

Jualan bermula pada jam 11.30 malam, 24 Mac 2009. Dan berhasil menjual sebanyak 100 naskhah.

Sesi ini disertai oleh Sdr Rozan Azen(Ketua AMK Batu), Sdr Akmal Hisyam(Setiausaha), Sdr Sidek (Naib Ketua 1), Sdr Khairul Anwar(Naib Ketua 2) dan Sdr Noor Shamsul (Biro Keahlian).

Perhimpunan Bantah Pengharaman SK & Harakah esok (25 Mac)

Sebaran Media
24 Mac 2009


Saudara Ketua Pengarang,

Perhimpunan Bantah Pengharaman SK & Harakah esok (25 Mac)

Pimpinan KEADILAN dan PAS akan menghantar memorandum bantahan terhadap pengharaman Suara Keadilan dan Harakah kepada Suhakam pada jam 2 petang esok (25 Mac).

Delegasi tersebut akan diketuai oleh Ketua Penerangan KEADILAN Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub.

Sekian, terima kasih.



BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar

Siaran Media
24 Mac 209

Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar

Pergantungan dua akhbar politik yang digeruni oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukan kerajaan Barisan Nasional takut dengan pengaruh besar akhbar ini.

Jelas Ketua Penerangan Tian Chua, pengantungan ini seperti menghalang sesuatu maklumat yang sangat digeruni BN disebarkan kepada rakyat melalui dua akhbar ini.

“Ini mungkin arahan dari pemimpin yang lebih tertinggi, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat,” jelasnya di Parlimen pagi ini.

Perkara ini, menurut Tian pernah berlaku ketika di zaman pemerintah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pergantungan dua akhbar ini seperti mengulangi peristiwa berkenaan.

“Kerajaan sekali lagi mengunakan kuasa mereka untuk menindas media,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan BN mengantung permit kedua akhbar ini menandakan satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat.

Jelasnya ianya menunjukan kedua akhbar ini sangat berpengaruh sehingga berjaya mengubah minda rakyat dan seterusnya membuatkan ianya digeruni oleh Barisan Nasional.

“Pergantungan ini adalah pengitarafan akhbar sangat berpengaruh dalam mengubah minda rakyat, walaupun BN mempunyai pelbagai media, namun kami lihat pegantungan ini memberi lonjakan lebih besar kepada pakatan rakyat,” katanya lagi

Mahfuz juga menegaskan bahawa syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.

Tindakan pengantungan Suara Keadilan dan Harakah ini, tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut,” tegas Mahfuz.


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT





--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

BN Masih Tidak Berubah Sikap

Siaran Media
24 Mac 2009

BN Masih Tidak Berubah Sikap

Barisan Nasional (BN) masih tidak berubah sikap zalimnya sepertimana yang disaksikan dengan cara pihak polis menangani ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani semalam (23 Mac).

Demikian dikatakan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ahmad Kassim mengenai tindakan keras pihak polis menembak meriam kimia terhadap orang awam secara rambang sehingga mengancam keselamatan kanak-kanak, wanita dan orang tua semalam.

“Mereka yang datang mendengar ucapan Ketua Pembangkang tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi telah dilayan seperti penjenayah.”

Ahli parlimen Kuala Kedah itu dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan, kebiasaannya meriam air bertekanan tinggi digunakan bagi menyuraikan orang awam dan bukan meriam kimia yang mungkin mengakibatkan kematian.

“Apakah pihak polis bertindak profesional dalam perkara ini jikalau benar-benar ingin menyuraikan orang ramai? Ataupun pihak polis berpihak kepada BN untuk menindas mereka yang menyokong Pakatan Rakyat?”

Ahmad juga menjelaskan bahawa pihak polis tidak mempunyai sebab untuk menghalang ceramah tersebut kerana tempat ceramah terletak di lokasi lapang dan bebas dari gangguan trafik.

“Pihak polis tidak wajar menggunakan alasan tiada permit ini untuk menyekat aktiviti Pakatan Rakyat khasnya menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau.”

“Kami berharap agar pengundi-pengundi Bukit Selambau tidak menyokong BN selepas kejadian ini kerana cukup kecewa dengan BN yang masih tidak berubah.” (tamat)



BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

PKR lawan KDN, terus terbit akhbar

Abdul Rahim Sabri | Mar 24, 09 11:04am
Malaysiakini

PKR akan terus menerbitkan akhbarnya Suara Keadilan walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permitnya serta-merta semalam selama tiga bulan.

"Kita akan teruskan walaupun tanpa permit," kata ketua penerangannya Tian Chua kepada Malaysiakini.

"Kita tidak nampak tindakan (KDN) yang lebih keras daripada menggantung (permit akhbar) kita."

Ditanya sebab KDN bertindak sedemikian terhadap akhbar parti itu dan organ PAS Harakah serentak dan secara mengejut, beliau berkata:

"Saya tidak boleh pastikan alasan (KDN) yang munasabah.

"Tetapi dalam konteks sekarang, ada pemilihan (Umno), pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat."

Tian berkata tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini "hanya permulaan" untuk kawalan yang ketat terhadap media.

Misalnya, katanya lagi, beberapa pengguna Internet dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dakwaan menghina Sultan Perak.

Tambahnya, tindakan PKR seterusnya akan diputuskan selepas ini.

Sementara itu PAS belum lagi memutuskan tindakan lanjut berhubung penggantungan tersebut.

Ahli lembaga pengarah Harakah dijangka mengadakan satu mesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut, kata pengerusi akhbar itu Datuk Mustafa Ali.

Diminta mengulas senario politik yang mendorong penggantungan tersebut, beliau tidak dapat menjelaskan sebab-sebab tindakan mendadak KDN itu.

"Saya harap kawan-kawan ahli parlimen (PAS) jumpa menteri (dalam negeri), bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.

Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini dilaporkan berkata KDN tidak senang dengan laporan yang dimainkan oleh kedua-dua akhbar itu yang didakwa "salah, sensasi dan sensitif."

Tambahnya, kementerian bertegas dengan berita-berita yang mengelirukan dan menyemarakkan kemarahan orang ramai.

Pemuda PKR lancar kempen bantah Najib jadi PM



KETUA Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin akan melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Najib Sebagai PM atau “Say No To Najib” pada jam 10, esok di Dewan Sivik MBPJ.

Pada masa yang sama, Shamsul akan turut menyertai Rapat Anak Muda AMK Selangor & W.Persekutuan 2009 yang akan diadakan di lokasi yang sama.

Rapat Anak Muda ini akan dihadiri oleh Kepimpinan AMK bahagian-bahagian dari seluruh Selangor & Wilayah Persekutuan yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden KeADILan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Program ini adalah platform khusus untuk pemimpin AMK akar umbi untuk membedah dan membahas Ucapan Dasar Ketua AMK Malaysia didalam Kongres Nasional AMK 2008 yang bertajuk “Memimpin Harapan Rakyat”. Atucara RAM adalah dilampirkan.

PEJABAT KETUA AMK MALAYSIA

Biodata Calon P059 Bukit Gantang



BIODATA CALON


YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)

Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
- Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
- Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin

Education :
- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.

University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.

Professional Career :
- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant

Politics :
- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)

Community Activity :
- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak) - NGO
- Coordinator of BERSIH Perak
- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak) - NGO

Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic

State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008

Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”

Polis Didesak Tangkap Semua Pimpinan Pakatan Rakyat

Anwar Azidin

20 ditahan selepas ceramah Anwar digempur polis di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani.

Aku sangat setuju dengan tindakan polis ini.
Tangkap lagi. Biar ramai - ramai. Biar penuh sesak dalam lokap.
Tangkap IR Nizar. Tangkap Hadi Awang. Anwar Ibrahim takkan nak biar kot, tangkap sekali.
Siapa lagi? Tangkap semua pemimpin PR. Lagi cool, tangkap dan sumbat dalam ISA.
Harakah dan Suara Keadilan dah haram. Banyak lagi akhbar alternatif. Haramkan semua. Ni blogger - blogger penyokong PR ni takkan nak biar mereka senang lenang? Haramkan blog mereka. Tangkap mereka sekali. Humbankan dalam ISA jugak. Masa dalam lokap, tumbuk mata mereka. Terajang perut mereka. Baru cool.

Tak sabar aku nak tunggu semua ni kena tangkap. Rakyat akan bertambah benci dengan UMNO. Mudah sikit urusan PR nak menang PRU13 nanti. Mudah nak selamatkan Malaysia dari kerakusan UMNO / BN.

Polis tembak gas pemedih mata lerai ceramah Anwar

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Menurut laporan Harakahdaily, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon Keadilan Bukit Selambau kepada hadirin.

Berikutan itu, lapor Harakahdaily, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani, terpaksa dibatalkan.

Difahamkan empat orang ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.

Sekatan Terhadap Harakah Dan Suara Keadilan Sebagai Motivasi

Anwar Azidin

Terima kasih KDN. Terima kasih Syed Hamid. Terima kasih Kerajaan Malaysia.
Terima kasih kerana menggantung akhbar rasmi PAS dan PKR iaitu Harakah dan Suara Keadilan.
Kasihan dengan para pengedar yang bergantung dengan akhbar - akhbar ini. Rezeki disekat di tengah - tengah keinginan rakyat untuk mendapatkan maklumat alternatif yang lebih adil. Disaat jualan akhbar arus perdana - Utusan Melayu dan Berita Harian merosot, Harakah dan Suara Keadilan pula disekat.

Dalam keadaan persiapan menjelang pilihanraya kecil di tiga kawasan ini, ketiadaan akhbar - akhbar ini sedikit memberikan kesan. Tetapi, ia sebenarnya memberikan semangat dan motivasi tambahan buat para petugas parti untuk memberikan komitmen 500 peratus dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat. Sekatan terhadap Harakah dan Suara Keadilan tidak dapat menyekat kebangkitan suara rakyat yang lebih besar. Ini jelas. Kerajaan BN tidak pernah belajar dari pengalaman. Bagaimana sebaran maklumat tidak dapat disekat sebagaimana yang diakui oleh Pak Lah selepas PRU 12 yang lalu. Malangnya berkerajaankan kerajaan yang kononnya demokrasi ini.

Wahai rakyat, ayuh. Bangkitlah menentang penindasan ini.

Katakan TIDAK kepada Najib.

KDN gantung permit Suara Keadilan, Harakah 3 bulan

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

harakah newspaper pak lah abdullah with michelle yeoh photo coverDifahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta,” surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Nizar Calon PAS Bukit Gantang

YB IR NIZAR JAMALUDIN - calon PRK P059 Parlimen Bukit Gantang.
Diumumkan oleh TG Hadi Awang pada jam 10:45 malam.

Thursday, March 19, 2009

Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ Ke seluruh Malaysia

Perlancaran Bilik Gerakan AMK di Bukit Gantang

Perlancaran Bilik Gerakan AMK di Bukit Gantang

http://buletinonline.net

Bukit Gantang – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan melancarkan kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ (Say No To Najib) ke seluruh negara bermula 21 dan 22 Mac depan.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kempen itu perlu diadakan memandangkan Najib akan mendapat ‘political score’ dengan menerajui ke tiga-tiga kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Kita merasakan, sebab dalam pilihanraya kecil di tiga tempat ini sudah pasti Najib akan mengetuai jentera pilihanraya, dan yang akan dapat ‘political score’ adalah Najib,

“beliau (Najib) akan menggunakan ‘political score’ itu untuk menekan, supaya dipercepatkan transisi itu (peralihan kuasa) dipercepatkan,”katanya kepada Buletinonline selepas menutup program latihan pilihanraya kepada petugas AMK disini kelmarin.

Beliau berpendapat peralihan kuasa kepada Najib belum tentu akan berlaku dan beliau tidak yakin ia aakan berlaku.

“Pendirian AMK tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri,”katanya yang menegaskan banyak perkara dakwaan berkaitan penyelwengan dan salah laku tidak dijawab oleh Najib.

Beliau berkata dalam soal rasuah pembelian Eurocopter, AMK telah memfailkan kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia sebelum ini.

Namun katanya, tidak ada apa-apa penafian atau pengakuan yang dibuat oleh Najib berkenaan dakwaan rasuah itu.

“Transaksi pembelian Eurocopter telah selesai, pelantikan kontraktor pembekalan telah selesai, pembelian Eurocopter hanya ditangguhkan, bukan dihentikan,”ujarnya.

Selain kes itu, Shamsul berkata, dakwaan terbaru akhbar Perancis ‘Liberation’ menambahkan lagi keyakinan AMK bahawa Najib terbabit dengan skandal pembelian kapal selam.

“Kita telah membuat pihak polis, dan polis berjanji mereka, akan membuat penyiasatan terhadap perkara itu, kerana ia adalah penemuan baru,”katanya.

Beliau berkata Najib juga tidak membuat penafian atau pengakuan terhadap kenyataan bersumpah Fauzi Muda yang membaitkan Najib dengan cubaan membeli (ADUN) dengan nilai RM50 juta.

“Sebab itu kita mengatakan, kita tidak boleh terima, pertama kali dalam sejarah, kita ada seorang bakal perdana menteri yang rosak akhlak dan moralnya,

“kalau orang yang didakwa bersih ‘Mr. Clean’ Abdullah Ahmad Badawi, tidak begitu (not very clean) dan ditolak oleh rakyat, apa jaminan terhadap Najib (yang dituduh melakukan penyelewengan),”tegasnya.

Pejabat Ketua AMK

Kambing Dikambingkan Kambing



Mereka bergolak lagi. Sesama sendiri. Tiada campur tangan dari Pakatan Rakyat. Mereka bersama mereka. Antara Ali dan Lembaga Disiplin. Antara Ali dan lain - lain. Antara mereka dan mereka. Kesian Ali. Kambing hitam mungkin istilah sesuai. Ali dikambingkan kerana menyelamatkan kambing biri - biri yang lain. Kambing biri - biri yang lain senyap memerhati dibalik kandang. Menikus. Ketua kambing sekali - sekala memberi komen. Timbalan kambing asyik menjawab. Timbalan kambing juga sedang menghitung hari untuk menjadi Ketua kambing. Kambing - kambing lain juga kelam kabut. Kambing nak bersiap untuk Himpunan Keluarga Kambing minggu depan lagi kemudian nak lawan harimau dalam pilihanraya kecil lagi. Keluarga kambing semakin berpecah. Ada juga wira kambing nak bawa Keluarga Kambing ke mahkamah. Entahlah kambing - kambing sekalian. Kita lihatlah apa akan jadi beberapa hari lagi menjelang Himpunan Keluarga Kambing.

Wednesday, March 18, 2009

Sdr Samsuri menangi jawatan Ketua AMK Bahagian Bandar Tun Razak.

Bandar Tun Razak, 16 Mac 2009 : Mesyuarat khas pemilihan AMK bahagian Bandar Tun Razak yang diadakan di Dewan Desa Baiduri semalam menyaksikan jawatan Ketua AMK bahagian telah dimenangi oleh Sdr Samsuri.

Ketua AMKWP, sdr Hj Md Zaman Md Tasi mengesahkan kemenangan sdr Samsuri setelah selesai proses pengundian dijalankan. Mesyuarat khas ini berjalan lancar dengan kehadiran ahli AMK bahagian menunaikan tanggungjawab memilih pentadbiran baru. Proses pengundian turut dibantu dengan penglibatan AMKWP sebagai urusetia mesyuarat khas tersebut.

Monday, March 16, 2009

YB Gobind Singh Deo Digantung Setahun Kaitkan Najib Dengan Pembunuhan Altantuya.



Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun selepas mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda membantah.

Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Pembentangan usul tersebut dibantah keras oleh pembangkang, sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.Pandikar hanya dapat mengawal keadaan pada kira-kira 12.30 tengahari dan membenarkan ahli-ahli parlimen membahaskan usul tersebut.

Usul terhadap ahli parlimen Puchong kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.Minggu lepas, anak lelaki Pengerusi DAP Karpal Singh itu digantung tugas sehari kerana kenyataannya tersebut.

Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkatJawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telahmengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimenkawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimenkawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dankemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.
By Malaysiakini

Bunyi Bising Ganggu Penduduk Jalan Khalsa


image013 image017 image019 image020 image021

Penduduk di sepanjang Jalan Khalsa telah membuat satu kenyataan akhbar berhubung masalah banjir dan gangguan yang dialami oleh mereka. Pada 13 Mac lalu, kawasan perumahan mereka telah dinaiki air akibat masalah saliran yang tidak dikawal oleh pihak kontrantor yang menjalan kerja-kerja pembinaan. Selain itu, bunyi bising dari kerja-kerja pembinaan sepanjang malam turut menjejaskan kehidupan mereka. Ahli Parlimen Batu mengambil langkah segera dengan melawat tapak pembinaan sekitar jam 11.45 malam bagi mendengar dan mengalami sendiri rintihan penduduk. Banyak aduan juga telah diadukan kepada pihak DBKL, DUKE Highway serta pihak KTMB sebagai pihak berwajib yang diharap dapat menangani masalah mereka. Untuk gambaran lebih lanjut boleh melayari blog salah seorang penduduk yang turut membuat aduan.

Friday, March 13, 2009

22 Pejuang Bahasa pula ingin ditangkap !

Dari Blog Shamsul Iskandar Mat Akin


Semalam saya menerima pelbagai panggilan telefon dan juga sms daripada rakan-rakan. Mereka ingin memaklumkan bahawa nama saya termasuk di dalam nama-nama yang dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Apakah kesalahannya ?

Memperjuangkan bahasa Melayu !

Ribuan rakyat rentas kaum dan fahaman politik berhimpun pada 7 Mac 2009 yang lalu untuk menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung mendesak supaya pelajaran Matematik dan Sains diajarkan semula di bahasa Melayu. Umum mengetahui bahawa perhimpunan itu telah disuraikan dengan cara yang ganas oleh pihak Polis walaupun perhimpunan diadakan secara aman dan turut dihadiri oleh kaum wanita serta para pelajar.

Yang diperjuangkan ialah Bahasa Melayu. Dan kita sanggup untuk menghadapi risiko yang besar di dalam perjuangan ini. Akibatnya kita pula diugut dengan pelbagai undang-udang yang tentunya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat. Apabila saya nilai semua ini, teringat pula kepada pejuang-pejuang Kemerdekaan dahulu yang diserang dengan pelbagai tuduhan dan dikenakan dengan tindakan undang-undang yang zalim. Apakah salah mereka pada ketika itu ?

Memperjuangkan Kemerdekaan !

Menghidangkan kedua-dua suasana di atas pada hemat saya, tidak keterlaluan kalau disimpulkan bahawa UMNO/BN diibaratkan sebagai penjajah. Yang hendak dipaksakan rakyat ini ialah untuk terus menggunakan bahasa Penjajah di tempat yang salah !

Ayuh saudara-saudaraku, mari kita lawan mereka habis-habisan tanpa gerun dan gentar. Mengungkapkan semula bait-bait kata Sasterawan Negara A Samad Said, kita akan hukum mereka nanti di peti undi. Yang terdekat ialah 3 pilihanraya kecil.

Oh ya, selain daripada Datuk Dr Hasan Ahmad nama-nama pejuang lain yang ingin ditangkap oleh “sekutu penjajah” ialah :

1. Datuk A. Samad Said
2. Prof Shaharir Mohd Zain
3. Ainon Simo@Mohd@Somo
4. Mohammad Faizal Abd Aziz
5. Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang
6. Abdullah Hasan
7. Shamsul Iskandar Mohd Akin
8. Saifuddin Nasution Ismail
9. Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
10. Rozan Azen Mat Rasip
11. Mohamad Sabu
12. Salahuddin Ayob
13. Datuk Mahfuz Omar
14. Nasaruddin Mat Isa
15. Idris Ahmad
16. Hasni Abas
17. Suhaizan Kaiat
18. Kamarulzaman Mohamad
19. Che Shamsudin Othman
20. Aizad Mohd Saleh
21. Muhammad Haafizuddin Abirerah

Ketua AMK Batu dipanggil polis

Semalam telah diwar - warkan bahawa semua orang kuat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan dipanggil oleh pihak polis bagi menjalani siasatan. Mereka yang disebut namanya untuk dipanggil ialah :

1 - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
2 - Sasterawan Negara Dato' A Samad Said
3 - Pengerusi GMP Datuk Dr Hasan Ahmad
4 - Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa
5 - Naib Presiden PAS Mohamad Sabu
6 - Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar
7 - Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayob
8 - Naib Presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail
9 - Jawatankuasa GMP Prof Shaharir Mohd Zain
10 - Jawatankuasa GMP Hasni Abas
11 - Jawatankuasa GMP Prof Abdullah Hasan
12 - Penulis dan Penyair Che Shamsudin Othman (Dinsman)
13 - Pemimpin Pelajar Mohd Faizal Abdul Aziz
14 - Pemimpin Pelajar Muhammad Haafizudin Abirerah
15 - Ketua Pemuda PAS WPKL Kamarulzaman Mohamad
16 - Ketua AMK Malaysia Shamsul Iskandar Mat Akin
17 - Pemuda PAS Suhaizan Kaiat
18 - Jawatankuasa GMP Puan Ainon Mohd
19 - Naib Ketua AMK Malaysia Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah)
20 - Pemuda PAS Ustaz Idris Ahmad
21 - Ketua AMK Batu Rozan Azen Mat Rasip


Puan Ainon dalam blog beliau menyarankan bahawa :

Tip Apabila Dipanggil Polis

Apabila seseorang peserta perhimpunan 'haram' dipanggil supaya pergi ke balai polis bagi 'membantu siasatan', tunggu sehingga polis mengeluarkan surat, baru pergi.

Arahan-arahan yang disiarkan dalam berita media massa adalah tidak 'valid'.



::Malam ini Angkatan Muda Keadilan Batu akan bermesyuarat bagi menentukan tindakan seterusnya.

Wednesday, March 11, 2009

WACANA EKONOMI UMMAH 2009 (WEU ’09)


1.YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

Menteri Besar Selangor Darul Ehsan

Ucapan dan Perasmian

2. YB DATO’ SERI ANWAR BIN DATO’ IBRAHIM

UCAPTAMA

KRISIS EKONOMI SEJAGAT : CABARAN DAN HALUAN

3.YANG BERBAHAGIA TAN SRI DATO’ MUHAMAD ALI BIN HJ HASHIM

Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Ketua Eksekutif Johor Corporation

KERTAS KERJA I:

PENGUASAAN 65 % EKONOMI UMMAH, MELALUI WAQAF & JIHAD BISNES

4. YANG BERBAHAGIA PROF DR HJ ANUAR BIN AHMAD

Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Industri Selangor (UNISEL)

KERTAS KERJA II:

BUDAYA BISNES & PEMBUDAYAAN BISNES; STRATEGI PENGUKUHAN

EKONOMI

5. YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI NIK YUSOF BIN NIK ISMAIL

Pengerusi Biro Pembangunan Insan DPIM Selangor

Ringkasan Eksekutif Wacana Ekonomi Ummah 2009

TARIKH : 28 hb Mac 2009 / 1 Rabiulakhir 1430 (SABTU )

MASA : 8.30 Pagi – 1.00 tengahari

LOKASI : Universiti Industri Selangor (UNISEL), Seksyen 7, Shah Alam , Selangor D.E.

Disertakan Yuran penyertaan berjumlah ;

- RM 100 .00 Untuk 5 peserta

- RM 200.00 Untuk 10 peserta

Bank Draft/Cek No : ..................... di atas nama ”DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA SELANGOR”

Nama Organisasi ,Alamat , Tel , Email ; :

24-3-2, Tingkat 3, Jalan 4/50, Diamond Square Off Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur

Tel : 03- 4023 5155 Fax : 03 - 40234155

Laman web:http://wacana ekonomi ummah.blogspot.com

http://www.dpimselangor.org.my

Email : weu2009@yahoo.com

AMK Batu di Himpunan Bantah PPSMI

Ketua AMK Batu - Kiri sekali
Rozan Azen Mat Rasip
Naib Ketua AMK Batu - Keempat dari hadapan
Muhamad Khairul Anwar Mat Azidin

Saturday, March 7, 2009

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik

Dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong. Image

"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN. Image

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka Image

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat. Image

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama. -azm _

Polis tembak gas pemedih mata

Dari Harakahdaily

Azamin Amin | Foto Nasir Sudin
Sat | Mar 07, 09 | 3:03:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said dikasari sebelum diiringi ke hadapan pintu utama Istana Negara.

FRU kini katanya telah melancarkan tembakan gas pemedih mata kepada para peserta himpunan dan dalam masa yang sama pasukan anggota polis kelihatan mengejar beberapa para peserta di lokasi berdekatan stesen Keretapi KTM berdekatan Istana Negara.

Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.

"Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. Image

Dilaporkan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan PAS termasuk para pejuang bahasa yang lain turut berada di sekitar kawasan istana negara.

Sebelum mereka berarak kira-kira jam 2.10 petang tadi, kelihatan ketua Persatuan Penulis Nasional (Pena) Dato' Baha Zain dan Naib presiden PAS Mohamad Sabu di Masjid sejak sebelum solat zohor, kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Kira-kira jam 3.15 petang Lutfi memaklumkan bahawa ribuan orang ramai sudah mula berundur dari Istana Negara ke Masjid Negara kerana 'asakan' dan serangan Imageyang dilakukan oleh pihak FRU dan para peserta di minta berkumpul ke sana.

Pada 3.40 petang, Lutfi menjelaskan bahawa terdapat sedikit percanggahan maklumat bahawa A. Samad Said ditangkap berikutan suasana kelam-kabut di pekarangan sekitar Istana Negara sedangkan beliau sebenarnya diiringi pihak polis memasuki kawasan tersebut.

Namun dikatakan bahawa cara 'penahanan' untuk mengiringi Sasterawan itu dilihat agak kasar. Image

Sementara itu, kata Lutfi pihak polis sudah melepaskan berdas-das tembakan gas pemedih mata kepada orang ramai yang berkumpul di dalam Masjid Negara sehingga salah sebuah jam di masjid tersebut pecah di samping menyebabkan suasana menjadi tegang.

Kini Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Dato' Ustaz Abu Bakar Chik sedang berunding dengan pihak polis manakala ribuan orang ramai masih memenuhi pekarangan dan juga di dalam masjid

Mutakhir kira-kira jam 4.45 petang tadi, Lutfi melaporkan ribuan orang ramai yang berada di Masjid Negara telah bersurai secara beransur-ansur dan difahamkan memo bantahan dan mansuhkan PPSMI berjaya diserahkan kepada pihak istana - azm_

PPSMI Gegar Kuala Lumpur


Gambar - gambar diambil dari pelbagai laman blog. Harap diizinkan.



Laporan dari blogger Topeng & Gas Pemedih Mata, mengkiaskan Himpunan PPSMI yang berlangsung siang tadi seumpama berada di Gaza, Israel di Malaysia ? di bawah dipaparkan kandungan foto tanpa suntingan, untuk paparan blog ABO.







Yang tentunya media arus perdana sekali lagi tidak berani menyiarkan berita penuh bergambar tentang perhimpunan membantah PPSMI hari ini.

Friday, March 6, 2009

Himpunan Mansuhkan PPSMI - ESOK

Saya memohon jasa baik tuan / puan untuk bersama - sama berhimpun menyatakan sokongan terhadap pemansuhan PPSMI yang jelas akan memadamkan identiti Melayu itu. Saya akan berada di salah satu lokasi tempat bermulanya perarakan seawal jam 12 tengahari. Saya juga menyeru untuk turut membawa kaum keluarga dan jiran tetangga menyertai perhimpunan ini. Sila turun awal ke lokasi kerana dijangka jalan - jalan disekitar Kuala Lumpur akan dimeriahkan dengan sekatan jalan raya oleh Polis Raja Di Malaysia. Sekiranya anda ditahan oleh Polis, sila hubungi penganjur untuk tindakan lanjut. Pihak penganjur telahpun menyediakan peguam. Ingat, sekiranya ditahan jangan melayan provokasi polis. Anda ada hak untuk menunggu peguam tiba. Jangan gentar, ini mungkin pengalaman yang baru dan menarik untuk anda.

Khairul Anwar Mat Azidin
Naib Ketua
AMK Bahagian Batu


Himpunan 100 ribu rakyat membantah PPSMI.

Tarikh : 7 Mac 2009 (Sabtu) - *Esok
Masa : 2 petang
Tema Warna : Putih

Tiga tempat lokasi berkumpul adalah:

(i) Masjid Negara - 7 orang wakil pejuang bahasa yang membawa memorandum akan berada di sini. Tepat jam 2 petang mereka mula berjalan menuju Istana negara.

(ii) Di depan kompleks SOGO. Kebanyakan peserta muda suka berkumpul di sini. Mereka akan mula bergerak menuju Masjid Negara jam 1.30 petang.

(iii) Central Market. Peserta muda juga suka berkumpul di sini. Ikut arahan Unit Amal tentang jalan yang akan digunakan bagi menuju Istana Negara.

Wednesday, March 4, 2009

Wanita kontroversi PKNS bersara esok - Malaysiakini

Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI
Sabtu - 7 Mac 2009
2 petang - Hadapan Istana Negara.
Datang beramai - ramai.

Datin Paduka Low Siew Moi - yang menjadi tumpuan umum apabila dilantik sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selama tiga bulan mulai November lalu - akan bersara esok.

Kerajaan Selangor melantik Low (foto) memangku kerusi nombor satu perbadanan itu selepas persaraan Datuk Harun Salim pada akhir Oktober lalu.

khalid ibrahim low siew moi othman omar new pkns selangor chief khalid ibrahim pc 231208 07Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, Low dilantik memangku jawatan tersebut selama setahun sehingga ada pengganti yang sesuai untuk memimpin PKNS.

Bagaimanapun pelantikan Low - yang juga timbalan pengurus besar (bahagian korporat dan akaun) PKNS - mendapat bantahan meluas, termasuk daripada PAS dan Umno, dengan alasan jawatan tersebut selama ini disandang oleh tokoh bumiputera.

Ekoran itu, kerajaan negeri mempercepatkan proses pemilihan pengganti Harun dan pada 1 Februari lalu, Othman Omar dilantik sebagai pengurus besar baru PKNS.

Low telah berkhidmat dengan PKNS selama 35 tahun sejak 1973.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS Mohd Wazir Abdul Ghani berkata, satu majlis meraikan persaraan Low akan diadakan di ibu pejabat PKNS pada jam 4 petang esok.

Menurutnya lagi, majlis tersebut akan dihadiri oleh Othman dan kakitangan agensi kerajaan tersebut.

Jika Diatas Pokok Pun Ia Sah : Dr Mohammad Agus Yusoff.

Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI
Sabtu - 7 Mac 2009
2 petang - Hadapan Istana Negara.
Datang beramai - ramai.


"Jika di atas pokok pun ia sah", itu pandangannya ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi ini.

Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

"Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.

"Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan," tambah beliau.

Khidmat Masyarakat AMKWP : Adik Nurul Aysha Bt Shamsulrizal.

Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI
Sabtu - 7 Mac 2009
2 petang - Hadapan Istana Negara.
Datang beramai - ramai.


Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/Salam sejahtera ,

Penulis memanjangkan maklumat mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal(4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom).

Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing,generator
untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan maklumat ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hulurkan bantuan anda kepada :-

Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)
Maybank Acc : 162 106 168 490

Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua'lam....

Ketua AMK Dalam Forum PPSMI Di UIAM , 4 Mac 2009.



Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI
Sabtu - 7 Mac 2009
2 petang - Hadapan Istana Negara.
Datang beramai - ramai.



FORUM PPSMI: MEMBINA ATAU MEROSAKKAN NEGARA.

Mahallah As-Siddiq Representative Commitee dengan kerjasama Mahallah Uthman Representative Commitee dan Islamic revealed Knowledge Student's Society akan menganjurkan satu forum bertajuk PPSMI: MEMBINA ATAU MEROSAKKAN NEGARA.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 4 Mac 2009 (Rabu)
Masa: 8 malam
Lokasi: Auditorium Utama, UIAM
Ahli Panel:-

- Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK Malaysia
- YB Salahuddin Hj Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS
- Datuk Dr. Hassan Ahmad
Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
- YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Ahli Parlimen UMNO Pasir Salak
- Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal
Koordinator Kampus, Teras Pengupayaan Melayu

Semoga kehadiran saudara/saudari akan memeriahkan lagi majlis tersebut.


Forum PPSMI

Tuesday, March 3, 2009

Mansuhkan PPSMI

Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI
Sabtu - 7 Mac 2009
2 petang - Hadapan Istana Negara.
Datang beramai - ramai.

UMNO-REFORM - Terkini : Injuksi Perhimpunan Agung dan Pembubaran DUN Perak

Written by Webmaster
Monday, 02 March 2009

TERKINI Adakah benar DUN Perak akan di perkenanan Sultan Perak untuk dibubarkan. www.umno-reform.com di maklumkan bahawa esok SPR akan bermesyuarat untuk membincangkan hal tersebut. Dimaklumkan kepada kami bahawa pilihan raya serentak dengan pilihan raya DUN yang akan diadakan pada 7hb April 2009. Sungguhpun begitu ini adalah mesej yang kami terima dan kesahihannya belum dapat kami sahkan lagi

TERGEMPAR 6.17 pm: Esok jam 1.00pm sidang media untuk injuksi bagi menangguhkan pemilihan Agung UMNO akan di adakan di One World Hotel Bandar Utama PJ. Makluman ini di terima sebentar tadi