KOMPLOT UNTUK MELEMAHKAN KEADILAN
YB. Yunus, Ketua AMK Perak
1. Ada komplot terancang ketika ini untuk mewujudkan gelombang secara berterusan sindrom lompat @ keluar parti khususnya melibatkan Keadilan Perak.
2. Komplot ini bertujuan untuk melemahkan dan menyemai persepsi negatif kepada umum bahawa Keadilan Perak dirundung masalah yang serius tetapi realitinya hanyalah sekadar “ribut di dalam cawan sahaja”
3. Selain itu ia dirancang untuk menghalang dan menganggu kemaraan Pakatan Rakyat daripada kembali berkuasa di Negeri Perak dalam pilihanraya umum yang akan datang.
4. Serangan ditumpukan khas terhadap Keadilan dan DSAI kerana ia dilihat sebagai elemen penyatuan dalam Pakatan Rakyat dalam usaha menggabungkan seluruh kekuatan rakyat menghadapi rejim zalim UMNO dan Barisan Nasional.
5. Konspirasi ini dipercayai didalangi oleh kumpulan serpihan yang merupakan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang telah melompat atau keluar parti akibat dari sifat tamak haloba, kerendahan akhlak, dendam peribadi dan mementingkan diri sendiri.
6. Kita percaya pihak UMNO terlibat secara langsung di dalam komplot jahat ini dan ada beberapa nama telah dikaitkan. Kita yakin ada unsur rasuah dan sogokan wang yang melibatkan ratusan ribu bagi memujuk dan mengumpan supaya ada ahli parti terpengaruh dan terperangkap dengan permainan kotor mereka.
7. Pihak AMK Negeri Perak tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak polis dan juga SPRM setelah kita berjaya mengumpulkan segala bukti dan saksi-saksi.
8. Kita juga akan mendedahkan kepada media dalang-dalang yang terlibat supaya rakyat tahu bahawa mereka yang keluar parti ini sebenarnya telah terjebak dengan jenayah rasuah.
9. Kita menyeru supaya mereka menghentikan segala tindakan yang bodoh dan sia-sia ini. Rakyat sudah bijak menilai mana pemimpin yang bersih dan mana pemimpin yang khianat dan rasuah.
10. Tindakan sabotaj dari dalam tidak mampu untuk melemahkan Keadilan sebaliknya kita melihat ia adalah satu proses pembersihan dan penyucian terhadap parti yang masih muda dan sedang berkembang.
11. Walau bagaimanapun kita tidak dapat menghalang mana-mana individu yang bermasalah untuk keluar atau melompat parti kerana sekarang ini adalah mungkin waktu terbaik untuk mereka membuat bisnes bagi mengejar kekayaan secara tidak bermaruah.
12. Adalah amat malang disaat rakyat semua kaum semakin berani menolak UMNO @ BN, kumpulan ini memilih untuk mengundur kebelakang dengan bersekongkol dan menjadi alat kepada UMNO @ BN bagi mengekalkan kuasa yang semakin terhakis akibat dari kezaliman, salahguna kuasa, rasuah dan jenayah selama ini.
Jumaat, 21 Mei 2010
No comments:
Post a Comment