Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Bahagian Batu
Angkatan Muda KeADILan Bahagian Batu
Pusat Khidmat Masyarakat KeADILan Parlimen Batu
1090-1, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur
Tel : 03-4044 0063 Faks : 03-4044 1063
Website: www.keadilanrakyat.org http://amkbatu.blogspot.com
Email: amkbatu@gmail.com
Ruj. Kami : 0021/08
Tarikh : 19 September 2008
Yang Dihormati Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK), BAHAGIAN BATU 2007/2008
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak AMK Bahagian Batu akan mengadakan satu
Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2007/2008 seperti butiran berikut:
Tarikh / Hari | : | 12 Oktober 2008 (Ahad) | |
Masa | : | 10.00 pagi – 4.00 petang | |
Tempat | : | Pusat Khidmat Masyarakat KeADILan Parlimen Batu, Jalan Sentul, K.Lumpur | |
3. Sehubungan dengan itu, Yang Dihormati Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri
Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2007/2008 tersebut.
4. Segala kerjasama dan perhatian baik untuk memenuhi undangan pihak Exco AMK BATU
dari pihak Tuan/Puan adalah amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
5. Semoga kehadiran Tuan/Puan memeriahkan majlis dan merapatkan lagi interaksi dan
persefahaman dalam memperjuangkan manifesto Parti KeADILan Rakyat serta menambah kekuatan Angkatan Muda KeADILan Bahagian BATU.
6. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2007/2008
untuk perhatian Yang Dihormati Tuan/Puan.
7. Kehadiran Yang Dihormati Tuan/Puan perlu disahkan bagi tujuan persediaan tempat dan
jamuan bilangan hadirin/hadirat. Oleh itu sila sahkan kehadiran Yang Dihormati Tuan/Puan kepada yang berikut selewat – lewatnya 6 Oktober 2008 (Isnin) :
Saudara Rozan Azen Mat Rasip – 012 657 7878
Saudara Sharizal – 014 6466396
Saudara Sidek – 0193435028
Saudara Akmal – 012 2951431
Saudara Helmy – 017 2774019
Saudara Khairil – 017 2036049
Saudara Harris – 012 3468727
Saudara Chua – 016 6221908
Saudara Ravi – 012 6965259
Sekian, harap maklum.
Komited - Tulus - Perkasa
Saya yang menurut perintah,
…………………………..
(MOHD. AKMAL HISYAM)
Timbalan Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Parti KeADILan Rakyat (PKR)
Bahagian Batu
s.k. Chua Tian Chang (Tian Chua)
Ahli Parlimen Batu (P. 115)
merangkap Ketua Bahagian Batu PKR
Wan Samsudin Wan Mat Isa
Setiausaha Agung Bahagian Batu PKR
Rozan Azen Mat Rasip
Ketua Angkatan Muda Bahagian Batu
Naib Ketua AMK Wilayah Persekutuan
Zulfikar Ali Ariffin
Setiausaha Agung
Angkatan Muda KeADILan
Parti KeADILan Rakyat
Md. Zaman Mat Tasi
Ketua Angkatan Muda
Negeri Wilayah Persekutuan
Angkatan Muda KeADILan
Parti KeADILan Rakyat
Mohd Fadzlie Hassan
Pemangku Setiausaha Agung
Negeri Wilayah Persekutuan
Angkatan Muda KeADILan
Parti KeADILan Rakyat
|
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK),
PARTI KEADILAN RAKYAT
BAHAGIAN BATU
Tarikh / Hari | : | 12 Oktober 2008 / Ahad |
Masa | : | 10.00 pagi – 4.00 petang |
Tempat | : | Pusat Khidmat Masyarakat KeADILan Parlimen Batu, Jalan Sentul, K.Lumpur |
| | |
Masa / Aturcara | : | |
| | |
10.00 – 10.30 a.m. | : | Pendaftaran Ahli Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2008 |
10.30 – 11.00 a.m. | : | Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan & Bacaan Do’a |
11.00 – 11.30 a.m. | : | Ucapan Ketua AMK Bahagian BATU EN. ROZAN AZEN MAT RASIP |
11.30 – 12.15 tgh. | : | Ucapan Perasmian Y.B. CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA) Ahli Parlimen Batu (P. 115) merangkap Ketua Bahagian Batu PKR Ucapan Aluan oleh Tetamu AMK PUSAT EN. ZULFIKAR ALI ARIFFIN Setiausaha Agung, Angkatan Muda KeADILan Ucapan Aluan oleh Tetamu AMK NEGERI EN. MD. ZAMAN MAT TASI Ketua Angkatan Muda, Negeri Wilayah Persekutuan Angkatan Muda KeADILan |
12.15 – 12.30 p.m. | : | Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2007 |
12.30 – 1.30 p.m. | : | Membentang dan meluluskan Penyata/ Laporan AMK Bahagian BATU EN. MOHD. AKMAL HISYAM Timbalan Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR, Bahagian Batu |
1.30 – 2.30 p.m. | : | Rehat |
2.30 – 3.00 p.m. | : | Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan AMK Bahagian BATU PEMANGKU BENDAHARI |
3.00 – 3.15 p.m. | : | Sesi pemilihan Kongres Nasional Tahunan PKR 2008 |
3.15 – 3.45 p.m. | : | Perbahasan Usul (jika ada) |
| | |
3.45 – 4.00 p.m. | : | Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan AMK BATU 2007/2008 |
| | |
1 comment:
Sekadar bertanya....
Nama jawatan Timbalan Setiausha Agung untuk Bahagian adakah sudah dipastikan betul? Rasanya mcm besar sangat bunyinya. Kalau betul, itu menandakan saya salah.
Sekian, terima kasih
Post a Comment