Tuesday, September 29, 2009
AMK BATU - PENGUMUMAN & PROGRAM oleh Ketua AMK BATU Sdr. ROZAN AZEN MAT RASIP
Program -
DIALOG AMK BATU BERSAMA TIMB. KETUA CABANG BATU (Sdr. Kamil)
Tarikh/Hari -
30 SEPTEMBER 2009 / Rabu
Masa -
8.30 p.m. – 9.30 p.m.
Tempat -
Pejabat Pusat Khidmat BATU
Peserta -
Semua Ahli AMK BATU
(termasuk kawan-kawan yg. Berminat)
Anjuran -
AMK BATU (Koordinasi Sdr. Rozan Azen Mat Rasip)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd. Ketua AMK
No. 2
Program -
Mesyuarat Ketua AMK BATU bersama ahli-ahli AMK
Agenda -
1) Pengesahan Senarai Pendek & taklimat Pilihanraya Raya Kecil Bagan Pinang ( N.31)
Jumaat 2 Oktober 8.00p.m. – Ahad 4 Oktober 12.00 tghari
2) Taklimat & Perlantikan Agen Jual Akhbar KONSEP ERA PAKATAN
( 1 Naskhah RM. 0.40 – Harga Pasaran RM 2.00 – Terbit 2kali sebulan)
3) Pembukaan Kaunter Keahlian & Usia Emas & Jualan Pelbagai Produk/Servis Kawasan BATU
4) Cadangan bentuk AJK & Program Lawatan YB Tian Chua Sekolah-Sekolah Parlimen BATU sempena PMR / SPM (Sesi Sumbangsaran/Brainstorm)
Tarikh/Hari -
30 SEPTEMBER 2009 / Rabu
Masa -
9.30 p.m. – 10.30 p.m.
Tempat -
Pejabat Pusat Khidmat BATU
Peserta -
Semua Ahli AMK BATU
Anjuran -
AMK BATU (Koordinasi Sdr. Rozan Azen Mat Rasip & Sdr. Sharizal)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd.
1) Ketua AMK
2) Sdr. Jasmin (Pejabat Khidmat Masyarakat BATU)
No. 3
Program -
LAWATAN KE PARLIMEN – HARI PERTAMA SESI BARU
Tarikh/Hari -
19 OKTOBER 2009 / Isnin
Masa -
8.00 a.m. – 6.00 p.m.
Tempat -
DEWAN PARLIMEN, Kuala Lumpur
Peserta -
Semua Ahli AMK BATU
(termasuk kawan-kawan yg. Berminat)
Anjuran -
AMK BATU (Koordinasi Sdr. Rozan Azen Mat Rasip & Sdr. Ravi)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd. Ketua AMK
TARIKH TUTUP 1 OKTOBER 2009
No. 4
Program -
SOKONGAN KEPADA YB TIAN CHUA
Kes Tuduhan Gigit Tangan Polis
Tarikh/Hari -
22 OKTOBER 2009 / Khamis
Masa -
10 a.m.
Tempat -
Mahkamah Jalan Duta, Bilik Jenayah 2, tingkat 4
Peserta -
AMK BATU
(termasuk kawan-kawan yg. Berminat)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd. Ketua AMK
No. 5
Program -
DIALOG & LAWATAN AMK BATU BERSAMA SAID ZAHARI
Tarikh/Hari -
23 OKTOBER 2009 / Jumaat
Masa -
8 p.m. – 11 p.m.
Tempat -
USJ, Selangor
Peserta -
AMK BATU & para Wartawan Konsep Era Pakatan
(termasuk kawan-kawan yg. Berminat)
Anjuran -
AMK BATU (Koordinasi Sdr. Najib Hashim)
STATUS -
Sila respon Tel . / SMS / Email segera kpd. Ketua AMK
(Kuota minimum 6 orang)
Harap maklum.
komited - tulus - perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU
Monday, September 21, 2009
Eid Mubarak
Tuesday, September 15, 2009
JEMPUTAN AMK KEPADA SEMUA
Dimaklumkan bahawa AMK akan mengadakan Majlis Iftar Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (MPP AMK) bersama Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub.
Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 16 September 2009 (Rabu)
Masa : 7.00 petang
Lokasi : Madrasah Nurul Iman, Kg Nurul Iman, Bt 11 3/4, Jalan Kuari Sg Long,
43100 Hulu Langat, Selangor
Seluruh umat Islam dijemput hadir ke majlis tersebut.
Dato' Seri Anwar Ibrahim akan turut hadir
Tentatif program
7.20 : Berbuka puasa, solat Maghrib dan zikir
8.00 : Makan malam dan ramah mesra
8.45 : Solat Tarawih
9.45 : Tazkirah esklusif bersama Tuan Guru.
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK Cabang BATU
b/p
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/
AMK BATU DIJEMPUT PROGRAM BERSAMA GPMS
Butiran -
16 September 2009 / Rabu
2.00 p.m. - 8.00 p.m.
Kolej Islam Antarabangsa, Tmn Batu Muda/Tmn. Koperasi Polis 2
Anjuran -
NGO Alliance For 1Malaysia (NGAM) dgn kerjasama
Tabung Amanah Muhibah (TAMU),
Majlis Belia Negeri (MBN) dan
GPMS.
Aturcara -
Forum 3.45 p.m.
Sesi Dialog 5.00 p.m.
Majlis Penutup 6.00 p.m. (Disempurnakan oleh Dato' Suhaimi Ibrahim)
dan
MAJLIS BERBUKA PUASA
(jemputan YDP GPMS Cawangan Khas KIA)
KEPADA MANA-MANA AMK ATAU INDIVIDU YG BERMINAT, SILA HUBUNGI
SDR. ROZAN AZEN MAT RASIP / 012 657 7878
Ketua AMK Cabang BATU
Saturday, September 12, 2009
PROGRAM KERJASAMA PEJABAT AHLI PARLIMEN BATU dan JIM dengan kerjasama Surau Al-KARAMIAH, Tmn Koperasi Polis Fasa 2
Makluman utk semua AMK BATU
Sekian, terima kasih.
ROZAN AZEN MAT RASIP - Ketua AMK BATU
‘MAJLIS IFTAR (BERBUKA PUASA) & HULUR BANTUAN KEPADA PERSATUAN SOKONGAN IBU DAN ANAK ORANG KURANG UPAYA (OKU) AZWAR (PSIAKU) SEMPENA BULAN PUASA RAMADHAN 1430H ANJURAN BERSAMA -
PEJABAT AHLI PARLIMEN BATU & JAMAAH ISLAM MALAYSIA (JIM) DENGAN KERJASAMA JEMAAH KARIAH SURAU AL-KARAMIAH PADA 17 SEPTEMBER 2009 (KHAMIS).
Pejabat Ahli Parlimen BATU dan Jamaah Islam Malaysia (JIM) Bahagian BATU dengan kerjasama Jawatankuasa / kariah Surau Al-Karamiah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur meraikan program berbuka puasa dan menghulur bantuan bersama pihak yang diraikan - Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Orang Kurang Upaya AZWAR Kuala Lumpur dan Selangor (PSIAKU) (beroperasi di kawasan Parlimen BATU, Kuala Lumpur).
Majlis ini adalah salah satu siri program berbentuk kemasyarakatan / maslahah Pejabat Ahli Parlimen BATU dengan pihak yang berminat dalam usaha prihatin membantu & membela kebajikan masyarakat di kawasan Parlimen BATU, Kuala Lumpur.
Program :
Majlis Iftar (Berbuka Puasa) & Hulur Bantuan Kepada Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Orang Kurang Upaya AZWAR Kuala Lumpur dan Selangor (PSIAKU) kawasan Parlimen BATU
Tarikh / Hari : 17 September 2009 / 27 Ramadhan 1430H (Khamis malam Jumaat)
Tempat Majlis : Surau Al-Karamiah
No. 1, Jalan 29/10 Taman Koperasi Polis Fasa 2,
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur
Anjuran : Pejabat Ahli Parlimen BATU bersama
Jamaah Islam Malaysia (JIM), Bahagian BATU dengan kerjasama Jawatankuasa / kariah
Surau Al-Karamiah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, K.L.
Peserta Diraikan :
Dua puluh lima (25) orang Kanak-kanak Kurang Upaya / OKU dari Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Orang Kurang Upaya Kuala Lumpur dan Selangor PSIAKU (Kawasan BATU).
&nb sp;
Tetamu / Bil. Hadirin: Seratus (100) Orang sahaja.
Agenda Aturcara (Masa) :
2.00 p.m. – 5.30 p.m. – Program Gotong-Royong Masak & Persediaan Majlis
5.30 p.m. – 6.00 p.m. - Ketibaan : -
1) Peserta Diraikan OKU / Wakil Persatuan PSIAKU
2) Y.B. Tian Chua (Ahli Parlimen BATU)
3) YDP & AJK Jamaah Islam Malaysia (JIM)
4) AJK / kariah Surau Al-Karamiah
5) Pihak Penaja / Penyumbang
6) Jemaah Surau Al-Karamiah
6.00 p.m. – 6.45 p.m. - Ucapan
1) Y.B. Tian Chua (Ahli Parlimen BATU)
2) YDP & AJK Jamaah Islam Malaysia (JIM)
3) Pengerusi / Wakil AJK Surau Al-Karamiah
4) Pihak Penaja / Penyumbang
5) Wakil Persatuan OKU PSIAKU
6.45 p.m. – 7.00 p.m. – Sesi Pemberian Sumbangan Wang Tunai / Stok Keperluan
dari Y.B. Tian Chua (Ahli Parlimen BATU) kepada
Wakil Persatuan OKU PSIAKU
7.00 p.m. – 8.00 p.m. – Sesi Ramah Mesra bersama peserta diraikan
Sesi Buka Puasa beramai - ramai
Sesi Solat Maghrib berjemaah
8.00 p.m - Majlis Tamat
Tuesday, September 8, 2009
BELANGSUNGKAWA
Selasa 8 September 2009
Kematian mantan Menteri Besar Kelantan - Tan Sri Mohammed Yaakub 6 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur akibat barah paru-paru.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK Cabang BATU
S/U AMK CABANG BATU - AKMAL DIMASUKKAN HOSPITAL & JALANI PEMBEDAHAN
Dimaklumkan Sdr. Akmal -Setiausaha AMK Cabang BATU telah mengalami kemalangan minggu lepas dan akan menjalani pembedahan (Masalah Urat Kaki).
Beliau kini ditempatkan di Hospital Ampang Puteri Tingkat 6B, Wad 665.
Waktu melawat adalah 12tghari - 3p.m. & 7p.m. - 10p.m.
Rombongan melawat akan dibuat oleh saya selaku Ketua AMK BATU pada lewat petang / malam ini.Sila hubungi jika ingin turut serta.
Sama-sama kita do'akan beliau selamat menjalani pembedahan & segera sembuh.
Sekian.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK Cabang BATU
Monday, September 7, 2009
Kekecohan dan keganasan yang mencemari majlis dialog berhubungan isu pemindahan kuil di Shah Alam amat menyedihkan.
Tujuan majlis dialog di Dewan Bankuet MBSA adalah untuk memberi penerangan dan mengumpul maklumbalas berhubungan cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Malangnya, sekumpulan hadirin tidak berminat untuk mencari penyelesaian kepada isu ini. Mereka hanya ingin mengajuk dan bertindak liar terhadap penduduk Seksyen 23 yang lain, dan juga panelis yang terdiri daripada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail. Gambar-gambar dan video kelakuan mereka sudah disebari luas melalui Internet dan tidak perlu saya mengulas lagi.
Tingkah laku kumpulan ini yang menyorak dan memprovokasi amat menghampakan, terutamanya memandangkan bulan Ramadhan yang suci ini.
Surah 49 Al Hujrat ayat 13 mengajar kami: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Parti Keadilan Rakyat mengutamakan keadilan untuk semua. Tindakan sekumpulan hadirin ke dialog semalam tidak akan menjejaskan usaha KEADILAN untuk mewujudkan Malaysia yang adil tidak mengira kaum atau agama.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
ISU KEPALA LEMBU
Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.
Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.
Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).
Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?
Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.
Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.
Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?
DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat
Setiausaha AMK Batu Di Hospital Ampang Puteri
Sesiapa yang berhajat untuk melawat beliau bolehlah berbuat demikian di :
Hospital Ampang Puteri
Tingkat 6B
Wad 665
Wednesday, September 2, 2009
Ayuh Anak Muda : Pertahankan kemerdekaan, Tolak Politik Perkauman !
Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.
Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.
Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.
Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).
Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.
Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.
Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.
Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.
Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.
Bersama kita lakukannya !
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia