Tuesday, April 15, 2008

BLACK 14 - Dari Kacamata Timbalan AMK Batu

KG. BARU (14 April 2008) : Lebih daripada 20,000 rakyat daripada pelbagai latar belakang bergerak dan berhimpun di kawasan Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam dengan dikelilingi ratusan peniaga kecil-kecilan dan beratus unit keselamatan PDRM dan RELA.

Keadaan tenang dan teratur sehingga ke akhir dan rakyat berdisiplin dan ceria sepanjang malam biarpun ditemani kawasan padang yang basah.

Majlis diadakan di perkarangan Kelab Sultan Sulaiman milik kerajaan Negeri Selangor yang dimana Presiden Kelab tersebut adalah Menteri Besar Selangor.

Majlis dikelolakan oleh Cikgu Badrul Hisham Shaharin dan rakyat berpeluang mendengar bingkisan sajak WS Rendra daripada Tan Sri Khalid Ibrahim, MP Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Selangor Darul Ehsan; YB Azmin Mohd Ali, MP Gombak merangkap Naib Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah selaku MP Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Sebermulanya majlis rakyat masih lagi mencurah masuk dan kehadiran akhir dianggarkan lebih kurang 30,000.

DSAI menggegarkan bumi KSS pada malam itu dan mengisytiharkan dengan jelas bahawa 'Ketuanan Rakyat' akan menjadi tunjang perjuangan Pakatan Rakyat (PR). Tiada lagi habuan untuk pemimpin politik termasuk daripada kalangan PR.

DSAI menyelar BN dan UMNO di atas kemerosotan tahap pendidikan dan pencapaian dan penghayatan Bahasa Melayu dikalangan rakyat dan pembesar sambil mempersoalkan mengapa Utusan Malaysia masih lagi tidak sedar Pilihanraya Umum telah berakhir.

Berkenaan penternakan babi di Selangor DSAI mendedahkan bahawa terdapat seorang ahli Melayu/Islam UMNO yang mendapat manfaat daripada projek penternakan babi yang dirancang oleh Kerajaan Selangor dibawah Khir Toyo. Sistem tersebut dikatakan menggunapakai teknologi Jerman dan orang Islam tersebut bakal mendapat habuan yang banyak.

Guru Utama Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia menghadiahkan DSAI dua buah momento sebagai menghargai peranan DSAI.

Dalam pada itu dan dalam keadaan aman pihak PDRM pula mengacau. Dua orang wakil Polis bergasak hendak berjumpa dengan DSAI dan memohon agar perhimpunan dihentikan disyaki kerana tiada permit. Sikap ini nyata berbeza dengan sikap acuh-tak-acuh mereka sewaktu perhimpunan UMNO/BN di Pulau Pinang yang dengan sengaja menimbulkan ketegangan kaum.

DSAI bersetuju untuk beredar ke dewan KSS untuk sidang media dan rakyat dengan penuh disiplin akur. Mereka menyanyikan lagu PKR dan Negaraku sebelum bersurai. Kedengaran pelbagai reaksi geram dan perli kepada PDRM.

Penulis tidak dapat memahami mengapa PDRM begitu 'double-standard' dan tidak memberikan laluan kepada Majlis sedangkan mereka mengakui tiada hal-hal yang menyebabkan masalah ataupun yang menimbulkan ketegangan.

Penulis berpendapat sekiranya PDRM mahu berpolitik mereka perlu mendaftarkan diri mereka secepat mungkin. Berkenaan pegawai PDRM yang menghalang Majlis tersebut Penulis berpendapat pegawai tersebut semakin cerah peluangnya untuk menjadi Ketua Polis Negara yang baru bi bawah Kerajaan BN/UMNO.

Amir Hamzah bin Amha
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan
Bahagian BATU

No comments: