Tuesday, April 22, 2008

Mesej Dari Biro Keahlian & Kaderisasi AMK Batu

Nampaknya Parti Keadilan Rakyat dan parti - parti yang bersama - sama dalam Pakatan Rakyat semakin mendapat sambutan. Borang permohonan untuk menjadi ahli, laris umpama "Pisang Goreng Panas". Sambutan yang diterima di Bahagian Batu juga amat hebat. Semua lapisan rakyat berpusu - pusu untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, Biro Keahlian & Kaderisasi, Angkatan Muda Keadilan Bahagian BATU mengalu - alukan minat dan usaha anda yang ingin menyertai kami. Sekiranya anda berada di kawasan Parlimen Batu, anda dijemput untuk ke Pejabat Keadilan Bahagian Batu bagi mengisi borang keahlian.

Kami juga turut mencari Angkatan Muda Keadilan dari kalangan perempuan / wanita dari semua kaum. Sesiapa sahaja yang berminat, bolehla berhubung dengan Pejabat Bahagian untuk proses menjadi ahli.

Selamat Berjuang.

Komited - Tulus - Perkasa

Muhamad Karim
Biro Keahlian & Kaderisasi
AMK Bahagian BATU

No comments: