Wednesday, May 28, 2008

Ezam Mohd Noor kembali ke pangkuan UMNO


Dipetik dari KLpos.com


SAH.. bekas Ketua Pemuda Keadilan Ezam Mohd Nor akan temui Perdana Menteri di bangunan Parlimen jam 3 petang ini. Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agenda News sebentar tadi semasa pertemuan itu Ezam akan umum kembali kepada UMNO.


KL: Ezam telah bertemu dengan Abdullah selama 45 minit di bangunan parlimen sebentar tadi. Menurut Abdullah yang juga presiden Umno, Ezam diterima semula kepangkuan Umno tanpa sebarang syarat. Abdullah memberitahu media dengan kembalinya Ezam ke pangkuan Umno akan menambah lagi kekuatan parti Melayu itu. Seramai 54 wartawan dalam dan luar negara membuat liputan di bangunan parlimen sebentar tadi. Menurut sumber KLpos.com juga mengatakan Ezam akan ditemubual secara langsung oleh TV3 malam ini untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

2.45pm: Ezam disambut Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin di Parlimen. Turut kelihatan ialah Datuk Azim Zabidi, Datuk Rezal Merican dan Datuk Alwi.

2.25pm: Pengerusi GERAK Mohamad Ezam Mohd Nor dilihat memasuki pagar Parlimen diiringi oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid. Ezam dijangka menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jam 3.00 petang ini. Pertemuan dijangka untuk mengumumkan penyertaan kembali Ezam kedalam Umno.


p/s: Secara peribadinya, saya mengucapkan Terima Kasih kepada Ezam kerana menjadi sebahagian tenaga penting dalam perjuangan reformasi dan tidak dapat tidak untuk menafikan bahawa hasil sedikit sebanyak sumbangan Ezam sebelum ini memberi kesedaran kepada rakyat untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU12 baru - baru ini. Dan Semoga Berjaya dalam perjuangan yang beliau pernah ludahnya dahulu.

Ezam juga dikhabar anginkan akan menentang DS Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya yang DS Anwar akan tandingi nanti. Kita lihat pertarungan Mentor dan Mentee ini nanti jika ia menjadi kenyataan.

Tugas PR sekarang adalah memastikan bahawa Ezam akan bersama Pak lah di barisan pembangkang Malaysia tidak lama lagi. (Khairul Anwar Mat Azidin)

No comments: