Sunday, May 18, 2008

Penduduk Kampung Puah bantah pembinaan jejantas 19 Mei ini - dipetik dari Suara Keadilan

Penduduk Kampung Puah bantah pembinaan jejantas 19 Mei ini

Jumaat, 16 Mei 2008 • Kategori: Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 18 Mei (SK)- Penduduk di Kampung Puah di Sentul akan mengadakan perhimpunan aman bagi membantah pembinaan jejantas pejalan kaki tanpa laluan sikal 19 Mei ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda Wangsa Maju, Hamdi Mohd Said pembinaan jambatan berkenaan tanpa laluan dan menyusahkan penduduk kampung kerana terpaksa melalui laluan yang jauh.

“Terdapat satu pembinaan lebuh raya yang telah menutup laluan masuk ke kampung berkenaan, dan hanya pembinaan laluan pejalan kaki sahaja dibina di kawasan berkenaan ke kampung berkenaan. Penduduk mahukan laluan sikal di jambatan berkenaan,” Katanya.

Jelasnya penduduk yang menggunakan basikal atau motosikal terpaksa melalui jalan yang begitu jauh untuk masuk ke kampung berkenaan.

Hamdi berkata, dalam perhimpunan yang akan diadakan pada jam 10 pagi ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong akan turut serta dalam bantahan berkenaan.

No comments: