Thursday, June 26, 2008

OPS : MANSUHKAN ISA

­­Antara jahil dan keliru

dengan rasa gentar dan bisik waspada

mereka kini lari dari gelora massa

dikejar bayang silam penuh dosa,

dimomok hukum balas obses kuasa.


Antara amarah dan kesal

dengan nadi berani dan kalis undur

rakyat bangkit dalam satu suara

lantang ke depan menuntut hak asasi,

laung membawa gema gelombang bukan kepalang.


Mari bersama sahut seru keadilan

mari bersama sambut salam kebenaran

kita tiupkan semarak juang panas membara

kita tusukkan sengat lawan pedih membisa.


Aturkan gerak teguh

maju melawan dalang-dalang

dengan laungan slogan perubahan

dengan pegangan penuh keyakinan

kita tuntut saban siang saban malam

biar segenap ruang dikejutkan -

Penindasan Harus! Segera! DiTumpaskan !


Aturkan jejak jitu

mantap melangkah sepanjang lorong dan jalan

keluarkan gulungan rentang rintihan

kita suarakan tanpa penat tanpa henti

biar serata dunia diberitakan -

bangsa Malaysia bangkit membela diri !


Ayuh! Teman segera lancar gerakan teguh

hayati semangat pantang patah arah

atau cepat serah kalah,

mainkan peranan perjuangan sekalian rakyat

inilah masa bertindak pada yang zalim, pada yang kejam

agar berakhir penindasan rakus

agar tamat penyeksaan dayus

dibebaskan mangsa aniaya

selama mana atau sampai bila- bila


maka mulakan dengan satu kalimat keramat

dan marilah mara, mara dan terus mara

Bersatu kita teguh, Bersama kita rempuh

HAPUSKAN ISA !!!


REFORMASI !!!


ROZAN AZEN MAT RASIP

Angkatan Muda KeADILan, Bahagian Batu, PKR

UIAM, Gombak

14 - 24 Mei 2001


(puisi ini dideklamasikan kesekian kali di program Ceramah Umum anjuran

AMK Bahagian BATU di PPR, Taman Batu Muda, Ampat Tin pada 21 Jun 2008)



1 comment:

Anonymous said...

Inilah puisi yang terbaik yang pernah didengar, bersama dengan penyajak yang begitu hensem dan berkarisma dan ada sifat-sifat seniman ..... hahahaha

Bersama-sama berjuang sehingga akta ISA ini dihapuskan.

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru