Thursday, June 12, 2008

SIRI INFO PROTES MINYAK I

Motif di sebalik kenaikan harga minyak

Dilulus terbit pada Friday, June 06 @ 18:29:39 MYT
oleh reformis Oleh Melaka1511

"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan
subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda,
Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra
adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah.
Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. Bayangkan
duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg
dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket
sebagai komisen wang pos.

Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap
kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20
komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20
X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun. Itu
tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan
Nelayan, juga menggunakan wang pos.

" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi
setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang
berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif
kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram
hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel
perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam
negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskan
pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran
tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang
diluluskan," kata Abdullah." Figure2 di atas tidak
termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi
simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos
Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan
yang didepositkan ke tempat lain."

No comments: