Monday, June 30, 2008

Writ Saman Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Atas Saiful Bukhari

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN SIVIL)
GUAMAN NO : 2008
ANTARA
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM … PLAINTIF
DAN

MOHD SAIFUL BUKHARI B. AZLAN … DEFENDAN

WRIT SAMAN

“YANG AMAT ARIF TAN SRI DATO’ ALAUDDIN BIN DATO’ MOHD SHERIFF, P.S.M., D.P.M.J., D.S.D.K., S.M.J., P.I.S., HAKIM BESAR MALAYA ATAS NAMA DAN BAGI PIHAK SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG”.

Kepada:-

MOHD SAIFUL BUKHARI B. AZLAN
No. 48, Jalan BU 7/6
Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Selangor


Kami perintahkan kamu MOHD SAIFUL BUKHARI B. AZLAN dalam tempoh dua belas (12) hari selepas penyampaian Writ ini ke atas kamu termasuklah hari penyampaian itu, kamu hendaklah menyebabkan kehadiran dimasukkan untuk diri kamu dalam kausa atas guaman DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM, Plaintif yang dinamakan di atas dan ambil perhatian bahawa, jika kamu ingkar berbuat demikian, Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan penghakiman dan pelaksanaan.

DISAKSIKAN oleh , Timbalan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada haribulan , 2008.


..................................................... ...................................................
Peguamcara Plaintif Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur



MEMORANDUM YANG HENDAK DITURUNKAN PADA WRIT

Writ ini tidak boleh disampaikan lebih daripada enam (6) bulan kalendar selepas tarikh di atas melainkan jika diperbaharui melalui Perintah Mahkamah.

Defendan (atau Defendan-defendan) boleh hadir bersama dengan memasukkan kehadiran (atau kehadiran-kehadiran) samada sendiri atau melalui peguamcara di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi.

Defendan yang hadir sendiri boleh, jika dikehendakinya, memasukkan kehadirannya melalui pos, dan borang-borang yang tertentu bolehlah didapati dengan menghantar Kiriman Pos berharga RM10.00 berserta sampul surat beralamat sendiri kepada Pendaftar, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.



PENGINDORSAN TUNTUTAN

Tuntutan Plaintif adalah :-


1. Plaintif:

1.1 pada kesemua masa material adalah dan dahulu, penasihat dan Ketua Umum kepada satu parti politik di Malaysia yang dikenali sebagai “Parti Keadilan Rakyat” (“PKR”).

1.2 pada kesemua masa material adalah dan dahulu, berpegang sebagai penasihat dan pemimpin de facto pakatan pembangkang di Malaysia yang dikenali sebagai “Pakatan Rakyat”.

1.3 adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia terdahulu.

1.4 pada kesemua masa material, adalah dan dahulu, mengamalkan agama Islam.

1.5 setelah April 2008 boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen di Malaysia.

2. Defendan adalah pada kesemua masa yang material digaji sebagai seorang pembantu kepada Plaintif.

3. Pada atau kira-kira 28.6.2008, Defendan telah membuat satu laporan polis mendakwa inter alia bahawa dia telah diliwat oleh Plaintif pada 26.6.2008 (“Laporan Polis tersebut”),

4. Plaintif menegas bahawa Defendan telah bertindak dengan niat jahat dan membuat Laporan Polis tersebut dengan dakwaan liwat untuk satu sebab yang tersembunyi dan sampingan untuk memburukkan Plaintif dan merosakkan Plaintif dari segi politik.

5. Berkenaan dengan ini, Plaintif menegaskan bahawa:

5.1 Defendan berpengetahuan bahawa Laporan Polis berkenaan dengan dakwaan liwat terhadap Plaintif akan menerima liputan media tempatan dan antarabangsa yang luas, di mana ia telah berlaku;

5.2 Defendan berpengatahuan bahawa ia secara fakta tidak ada pengliwatan yang berlaku di antaranya dengan Plaintif dan dakwaan liwat tersebut adalah palsu namun demikian dia juga telah membuat Laporan Polis tersebut.

5.3 Defendan berpengetahuan bahawa Plaintif mempunyai niat untuk dalam masa yang akan datang yang berdekatan untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya sebagai seorang Ahli Parlimen di Malaysia.

6. Selanjutnya dan/atau secara alternatif, dalam Laporan Polis tersebut, Defendan telah menulis dan menerbitkan inter alia perkataan-perkataan yang berikut yang memfitnahkan Plaintif:

“Saya Mohd Saiful Bukhari b. Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26.6.08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, Kuala Lumpur”.

7. Perkataan-perkataan yang dirujuk adalah difahami untuk merujuk kepada Plaintif.

BUTIR-BUTIR

(a) Pada kesemua masa yang material, Defendan adalah pembantu kepada Plaintif.

(b) Plaintif mengulangi perenggan-perenggan 4 hingga 5.3 di atas.


8. Dalam maksud biasa dan asli (ordinary and natural), perkataan-perkataan itu bermakna dan difahamkan sebagai inter alia bahawa:

8.1 Plaintif melibatkan diri dalam kelakuan seks yang luar tabii.

8.2 Plaintif adalah seorang homoseksual.

8.3 Plaintif telah melakukan satu perbuatan jenayah berkenaan dengan seksyen 377A dan 377C Kanun Keseksaan 1976

8.4 Plaintif telah melakukan satu kesalahan teruk yang bertentangan dengan prinsip agama Islam.

9. Akibatnya, reputasi Plaintif telah dicederakan dengan serius dan Plaintif telah mengalami penderitaan dan malu yang teramat sangat.

10. Selanjutnya dan/atau secara alternatif, perkataan-perkataan yang dikenalpasti dalam perenggan 6 adalah palsu dan diterbitkan secara niat jahat.

BUTIR-BUTIR KEPALSUAN

(a) Plaintif tidak dan tidak pernah melibatkan diri dalam pengliwatan dengan Defendan.


BUTIR-BUTIR NIAT JAHAT


(a) Plaintif mengulangi perenggan-perenggan 4 hingga 5.3 di atas.

11. Akibatnya, Plaintif telah mengalami kerugian dan kerosakan.

12. Sekiranya tidak dihalang oleh Mahakmah yang Mulia ini, Defendan akan selanjutnya menerbitkan atau menyebabkan untuk diterbitkan perkataan-perkataan tersebut atau yang sama terhadap Plaintif.

13. Oleh yang demikian, Plaintif menuntut:

(i) Gantirugi untuk penyalahan dan menyusahkan (vexatious) kegunaan proses;

(ii) Gantirugi untuk yang kepalsuan yang berniat jahat;

(iii) Gantirugi untuk libel;

(iv) Gantirugi Teruk;

(v) Gantirugi Teladan;

(vi) Kos; dan

(vii) Relif selanjutnya yang Mahkamah yang Mulia ini anggap wajar dan patut diberikan.

Bertarikh pada 30 haribulan Jun 2008



…………………………
Peguamcara Plaintif






PENGINDORSAN TENTANG PEGUAMCARA DAN ALAMAT


WRIT SAMAN ini dikeluarkan oleh TETUAN RANJIT OOI & ROBERT LOW yang beralamat di No. 53, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, peguamcara bagi pihak Plaintif yang dinamakan di atas.
(Ruj: RS.YCK.LCH.DSAI)
Tel : 22820820 Faks : 22827026








PENGINDORSAN TENTANG PENYAMPAIAN


Writ ini telah disampaikan oleh dengan cara penyampaian ke diri (atau sebagaimana yang berkenaan) nyatakan cara penyampaian atau mengikut terma-terma suatu perintah untuk penyampaian ganti) kepada Defendan yang saya kenali / yang telah ditunjukkan kepada saya oleh/yang telah mengaku kepada saya bahawa dia telah di pada haribulan 2008.

Diindorskan pada haribulan 2008




………………………
Penghantar Writ

No comments: