Ketua AMKWP , Md Zaman Md Tasi menegaskan bahawa AMKWP tetap berdiri teguh dan mempertahankan ketua umum PKR yang di aibkan dengan laporan Polis oleh pembantunya sendiri .
Md Zaman menyifatkan ianya tidak lebih dari satu lagi konspirasi politik terancang untuk membunuh karier politik DSAI. Beliau menyeru ahli AMKWP supaya bertenang serta memberikan sokongan moral secukupnya semasa mengulas kehadiran para penyokong di hadapan bangunan ibu pejabat keadilan malam semalam.
Walaupun di beritahu DSAI tidak dapat hadir namun orang ramai tetap bersabar dan menanti dengan penuh harapan untuk menunjukkan sokongan moral terhadap DSAI.
Kehadiran ahli AMKWP ke setiap tempat menceritakan kesungguhan AMKWP untuk membantu Anwar menegakkan keadilan.
Penerangan Oleh Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin .
REFORMASI !!
No comments:
Post a Comment