Wednesday, July 9, 2008

AMUK PROTES… FIKIRLAH…. jangan terlampau….!!!

Artikel Oleh AZHRDDN
Tranungkite

Tulisan ini sekadar menyatakan keseluruhan kebarangkalian yang perlu kita fikirkan supaya budaya sempit dalam berfikir dan terover dalam tindakan dapat kita atasi. Apapun ia bukanlah cadangan terbaik Sekadar bahan mentah yang perlu tuan-tuan masak semula. Kalau tuan-tuan dah masak tapi masih mentah juga, mmm…salah siapa ya ?

Mengapa amuk ini berlaku?

- Tindakan ahli yang kurang tarbiah.

- Provokasi pihak musuh.

- Provokasi Penyanyi musang berbulu
biawak .

- Tidak mendengar nasihat pimpinan /
keputusan mesyuarat .

- Tidak mengotakan janji.

- Tidak disengajakan / di luar kawalan.



2.0 Apa yang musuh cari ?:

- Menyerang pemimpin berkaliber PKR Dr
Hatta Ramli / Us Nasaruddin.

- Menyerang orang agama kononnya
extreme / jumud.

- Melekeh Dewan Pemuda.

- Mengutuk habis-habisan Hisyamudin Rais.

- Serang Saraf agar artis tempatan jauhi PKR.

- Tenggelamkan isu utama .

- Melaga-lagakan Pakatan Rakyat.

- Provokasi agar ahli PKR berbalah.

- Merosakkan imej PKR



3.0 Apa yang ahli Pakatan Rakyat dapat
dari isu ini ? :

- Wajib taat pada pimpinan selagi dia tidak
memerintah perkara yang jelas-jelas
munkar.

- Wajib mematuhi keputusan mesyuarat.

- Jangan terlalu over dalam apa jua perkara.
Menyuarakan bantahan tidak salah tapi
kalau terlampau hingga tidak terkawal
perkara lebih buruk pula yang akan berlaku.
Ini haram...

- Akhlak pendakwah mesti “ wasatiah ” /
balance / seimbang / moderat.

- Suatu peluang untuk menajamkan
kematangan dalam menyelesai masalah.

- Teliti semula cara tindakan dalam
menyuarakan bantahan sesama ahli
PKR.Buatlah keseragaman agar musuh
tidak ketawakan kita.



4.0 Cadangan cara sepatutnya dalam
menyuarakan bantahan :

4.1- Seorang ahli PKR yang tidak setuju
dengan perkara nyanyian itu naik ke
atas
pentas dan merampas mikrofon
kemudian berucap dengan tenang
penuh tegas :


“ tuan –tuan semua ambil perhatian…tolong bertenang….persembahan nyanyian ini tidak bermoral, kepada penyanyi maafkan saya, saya terpaksa halang…anda menunjukkan bontot dan menyanyi bagai hilang waras..dan waktu sekarang hampir maghrib. Jangan cemar PROTES hari ini dengan cara aib wak !!!...maafkan saya…Reformasi 3x….Turun 3x Minyak…Turun 3x Paklah….!!! “ ( semua hadirin memberi laungan bersama )…


Maka kejadian baling botol / batu dan kemarahan tidak terkawal yang membosankan dapat dielakkan .


Tindakan di atas juga boleh dilaksanakan dengan gerakan kolektif beberapa individu tertentu agar perancangan serta merta dapat disusun dengan lebih tertib.

Cara ini juga dapat mengatur beberapa persediaan untuik menghadapi kemungkinan-kemungkinan protes yang tidak diduga.


- Mereka yang membaling botol dan batu
serta beberapa tingkah laku meyerang perlu
dipanggil untuk melalui sesi muhasabah.
Waktu ini kita lebih jujur mencari jalan
penyelesaian hingga ke akar umbi.


Dengan cara ini kita dapat mengesan siapa dalang, siapa ahli PKR yang mungkin kurang tarbiah atau mentah dalam menserasikan prinsip dan strategi dakwah.

4.2- Bersedia memaafkan Hisyamudin Rais .


- Cara ini adalah kemuncak kematangan dalam menghadapi sebarang krisis dalaman atau luaran.Kerap kali Baginda SAW menggunakan kaedah ini lebih-lebih lagi apabila Baginda SAW menghadapi masyarakat awam.


- Tidak timbul soal “meminta maaf tidak mencukupi “. Apa hak seseorang itu sehingga orang yang menginsafi kesalahannya dan memohon maaf secara terbuka tidak diterima. Sedangkan Baginda SAW sangat menjiwai akhlak memberi maaf pada musuh. Yang menghukum adalah Allah bukan manusia. Sepatutnya sesama ahli lebih memahami situasi ini. Hanya musang berbulu biawak sahaja yang seribu kali carik-carik tapi tidak bercantum-cantum selamanya.


- Tidak timbul juga soal “nak bagi pengajaran ” ….Dengan cara akhlak memberi maaf adakah langsung sifar dengan nilai-nilai pengajaran ?!!.



5.0 Cadangan siapakah yang
bersalah ?

- Ada dua pihak sahaja yang bersalah :


1 ) Musang berbulu biawak


2) Mereka yang terlampau dalam
bertindak.
( termasuk terlampau dalam
menyatakan bantahan, terlampau dalam
menyampai hiburan, terlampau dalam
mengkritik, terlampau dalam mengambil
keputusan sendiri…dan apa- apa aje yang
jenis melampau……..

Sekian adanya………………………………….

"

No comments: