Sabtu,19 July 2008 - Ibu Pejabat Keadilan , Tropicana.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk bertemu dengan para penyokong beliau di sekitar Lembah Klang dalam kesibukkan beliau memenuhi program selepas di bebaskan dari tahanan Polis baru baru ini.
Sesi pertemuan ini turut menampilkan pimpinan tertinggi PKR termasuk Naib Presiden , Saudara Azmin Ali. Beliau yang memulakan sesi penerangan telah memukau dengan ucapan yang banyak memperjelaskan keadaan terkini politik tanah air.
Kehadiran penyokong yang di luar jangkaan memenuhkan ruangan taklimat serta bahagian depan dan belakang ibu pejabat. Penyokong setia tetap menunggu taklimat terkini dari DSAI yang sebelum itu terlibat dengan mesyuarat dengan pimpinan tertinggi PKR.
Ketua AMKWP, Md Zaman Md Tasi yang turut sama dalam majlis menyifatkan sokongan terhadap DSAI oleh masyarakat bertambah kuat walaupun media pro Umno bertubi tubi menyerang peribadi DSAI.
DSAI selepas itu bergegas pula ke Kuantan Pahang untuk program penerangan isu semasa beliau.
Part 1
Part 2
No comments:
Post a Comment