Blog Ginie Lim
Seperti yang dijangkakan, Kuala Lumpur hari ini mengalami kesesakan jalanraya yang begitu teruk sehingga ada yang terpaksa berada di jalanraya berjam-jam.
Roadblock telah diadakan di jalan-jalan utama dalam KL-Selangor. Berpuluh-puluh truck polis dan beratus-ratus anggota polis pula menanti di depan Parlimen.
Ada di kalangan pegawai atau pembantu khas ahli parlimen yang berpakaian kot dan berkasut dihalang oleh anggota polis daripada masuk ke perkarangan Parlimen, ada juga wartawan yang siap tunjuk kad media masih dipersoalkan oleh anggota polis sebelum masuk ke kawasan Parlimen.
Inilah Operasi Padam yang dilancarkan oleh pihak polis kononnya untuk menjaga keselamatan ahli-ahli Parlimen dan kawasan Parlimen pagi ini.
Apakah salahnya rakyat biasa untuk masuk ke Parlimen mengikuti perbahasan Dewan Rakyat? Apakah alasan pihak polis bahawa rakyat biasa yang cukup tertindas dengan kenaikan harga barang sanggup mengancam wakil rakyat yang dipilih sendiri dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat?
Masalahnya pokoknya ialah kerajaan Barisan Nasional cukup takut dengan perkataan “USUL TAK PERCAYA TERHADAP PM” sehingga melakukan perkara yang jahil dan memalukan negara ini.
Pada 12:00 tengahari, Yang Dipertua Dewan Rakyat secara tegas menolak usul yang paling ditakuti oleh Barisan Nasional.
Pada 12:20 petang, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan Rakyat sebagai bantahan terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat menolak usul tersebut.
Pada 2:30 petang, Dewan Rakyat meneruskan persidangan yang cuma dihadiri oleh ahli Parlimen Barisan Nasional.
Tanpa kehadiran 81 ahli Parlimen Pakatan Rakyat, persidangan sesi petang tersebut lebih menyerupai Taklimat Barisan Nasional daripada persidangan Parlimen.
No comments:
Post a Comment