Kehadiran OKT tersebut bertujuan bagi melapur diri dalam sebahagian syarat jaminan Polis. Kesemua 6 orang OKT tersebut dibebaskan setelah Md Zaman sendiri menjamin mereka dari tahanan Polis setelah penangkapan.
Menurut Md Zaman, OKT ini adalah contoh terbaik keberanian ahli AMK untuk menyedarkan kepimpinan angkuh BN bahawa semangat anak muda tidak pernah luntur untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan di Malaysia.OKT ini di tahan semasa protes kenaikkan harga minyak di depan Sogo,KL pada 28 June 2008. Mereka yang di tahan adalah :
1. Mustapha - Ikrar
2. Zulfikar - S/U AMK Malaysia
3. Norsharizal - AMK Batu
4. Mohammad Hidhir - Ikrar
5. Mohd Herman - AMK
6. Azrul Amri - AIC
Tambah Md Zaman lagi, AMKWP tetap memprotes kenaikkan mendadak minyak oleh kerajaan BN yang nyata telah menyeksa kehidupan masyarakat dengan peningkatan kos pelbagai lagi bahan keperluan dek kerana keputusan zalim kerajaan BN ini.
Beliau memuji semangat yang ada pada ahli AMK dan akan tetap bersama memacu keperkasaan AMKWP yang lebih cekap.
Peguam yang di jangka hadir adalah Saudara Shamsul Iskandar Md Akin merangkap Ketua AMK pusat serta YB Wee Choo Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju.
No comments:
Post a Comment