Wednesday, July 9, 2008

Najib Prihatin


Rakyat mengalu-alukan pimpinan Dato' Najib Razak kerana menonjolkan sifat 'good samaritanship' dengan menjadi pendengar setia luahan rasa saudara Saiful Bukhari yang mengadu sakit diliwat. Contoh kepimpinan ini harus diteladani, dan saya menyeru agar semua pimpinan BN mengambil iktibar dan membuka seluas-luasnya pintu untuk mendengar keluhan semua 'mangsa-mangsa liwat' walaupun pada awalnya mereka hanya hadir sekadar mahu memohon biasiswa sebab bengap dapat CGPA 1.8.

Saya ingatkan susah mahu berjumpa dengan 'Nombor 2' Malaysia ini (walaupun sesetengah pihak mengaku 'Nombor 2' sebenarnya Jeanne Abdullah) sebab ramai diantara rakyat yang menderita suami mereka ditahan dibawah ISA dalam keadaan anak nazak (kini sudah meninggal), yang hidup mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang dek harga minyak yang melambung, yang terpaksa mencari kerja lain gara-gara kilang permainan kereta 'remote-control' terpaksa ditutup dan jutaan lagi masalah yang dirasakan penting dan melibatkan kehidupan rakyat seharian tetapi tidak dapat berjumpa dengan Dato' Seri kerana 'sibuk'.

Malah di Parlimen juga Dato' Seri susah dilihat oleh mata-mata rakyat mahupun lensa kamera.

Mungkin kami silap, kerana jika Dato' Seri Najib boleh berjumpa dengan mangsa liwat atas dasar kemanusiaan beliau mungkin boleh juga berjumpa dengan kami yang sesak hidup kini? Tetapi kami bingung apabila beliau dan rakan-rakan seangkatan beliau mengangkat tangan untuk meluluskan usul menyokong kenaikan harga minyak di Parlimen. Menyokong kesengsaraan rakyat.

Apakah beliau begitu terkesan dan terguris perasaan kemanusiaan beliau apabila seorang budak diliwat oleh lawan politik Dato' Seri dan sekeras batu apabila melihat wajah tahanan ISA yang menatapi wajah puteri sulungnya yang sudah tidak bernyawa? Yang mana satukah lebih menyentuh perasaan Dato' Seri?

Tepuk dada tanya selera. Kalau nak jadi hero moraliti, jangan pilih kasih. kalau ikhlas nak tolong rakyat, tolong jangan memilih. Kepada Saiful, jangan bebankan diri saudara dengan angan-angan populariti kerana jalan ini akan mengakibatkan impian saudara berkecai seperti berkecainya tulang belulang akibat terkena C4.

Amir Hamzah bin Amha
http://puterabatu.blogspot.com/

No comments: