Saturday, July 26, 2008

Semakin terselongkar – semakin rapat Anwar ke Putra Jaya?

Dari Umno-Reform
Written by Webmaster
Friday, 25 July 2008

Image
Anuar Mohd Nor
Isu Anwar Ibrahim di tuduh meliwat tidak menghalang bekas-bekas UMNO dan mereka yang baru berpolitik menyertai Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Membaca Internet menunjukkan bahawa pertuduhan liwat itu pada mulanya memberi kesan negatif terhadap politik Anwar tetapi akhir-akhir ini kesan negatif itu sudah menunjukkan perubahan kepada satu konspirasi oleh UMNO terhadap Anwar. Ini akan menjahanamkan UMNO dan sehingga hari ini UMNO gagal menangkis tohmahan bahawa ada antara mereka yang terlibat dalam konspirasi itu. Najib menjadi sasaran yang dituduh membina konspirasi ini dan ini semakin di terima dari kalangan penyokong pembangkang.

Teori rampasan kuasa dengan mencetuskan kemelut politik dikatakan berlaku dan pertuduhan liwat itu adalah plot kepada skrip yang lebih besar kata MPT Keadilan – Badrul Hisham Shahrin. Adakah ini benar bahawa pertuduhan liwat itu satu konspirasi? Apa pun kalau terbukti ini satu konspirasi maka langkah Anwar Ibrahim menduduki Putra Jaya semakin terbuka luas.

Persoalan ini satu konspirasi semakin lama semakin membesar. Parti Keadilan Rakyat sudah semakin hari semakin dapat meyakinkan khususnya mereka di alam siber bahawa ini satu konspirasi. Tindakan Anwar menjelajah keseluruhan negeri juga semakin lama semakin kuat membayangkan ini satu konspirasi. Raja Petra dengan pendedahan terbaru yang akan dibuat mengenai rakaman video mengenai isu liwat Anwar semakin kuat meraih kepercayaan orang bahawa ini satu konspirasi. Apa yang boleh dibagi tahu kepada pelayar www.umno-reform.com ialah : benar, video itu ada dan bukan sahaja video itu wujud tetapi pengakuan orang dalam video itu dikatakan jelas mengatakan bahawa Najib terbabit. Pengakuan video itu dimaklumkan kepada kami juga memperkatakan bahawa Bekas Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Nor ada bertemu dengan Saiful dan ini menguatkan hujah dalam keadaan Ezam Mohd Nor sedang sibuk berusaha menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri.

Politik Melayu semakin keliru. Politik bukan semakin hebat tetapi semakin sadis. Politik ini memalukan Melayu dan politik itu sendiri merugikan Melayu. Dalam keadaan pergolakan ini usaha untuk terus mengeruhkan keadaan semakin menjadi-jadi. Ditambah pula tidak lama lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan mereka. Dari keruh bukan semakin jernih tetapi semakin menggusarkan kedudukan orang Melayu, kedudukan UMNO dan Barisan Nasional. Tanpa ragu Barisan Nasional khususnya UMNO masih gagal dalam menangani serangan baik siber atau secara realitinya. UMNO semakin terus dibelasah dan keadaan ini memberi petanda yang kurang menarik bagi UMNO. Mungkin keadaan yang ada dalam UMNO dan Barisan Nasional ini mengalihkan pandangan dan sokongan rakyat dari UMNO kepada PAS atau Parti Keadilan Rakyat. Mungkin ini akan menyebabkan jalan Pakatan Rakyat memerintah semakin kukuh dan Anwar semakin nampak jalan ke Putra Jaya.

No comments: