Hari – hari Terakhir Barisan Nasional
hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional………..
maka dacing biru telah tumbang
tersungkur rebah lalu patah
setelah sekian lama BerBarisan, Bersatu
hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional………..
dimanakah dilema pemuda Melayu kelmarin?
hanyut dalam retorika?
tewas dalam realiti majoriti undi?
hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional-hari-hari terakhir barisan nasional………..
Oh! hapuskanlah airmata palsu kerana
sandiwara perjuangan kini telah selesai.
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ampang - Gombak
November 2003, Jun 2008
puisi ini dideklamasikan kesekian kali
1) sesi Perbahasan AMK, Kongres Parti KeADILan Rakyat Ke- 4 di Seremban, 25 Mei 2007
2) program Ceramah Umum AMK Batu di PPR, Taman Batu Muda, Ampat Tin, 21 Jun 2008
3) Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Maktab Perguruan Tengku Bainun, 16 Ogos 2008
SAJAK BUAT PAK SASTERWAN TUA
(dengan ucapan tahniah kerana teguran berani seumur hidup)
bukan tak selalu
dengan tiba- tiba dia bikin berani lagi
gatalnya tangan tua itu
dalam menceritakan keaiban, kezaliman
mendedahkan apa yang patutnya lama didedahkan
Pak Sasterawan Tua tentu jadi begitu
kerana tahu kata tohmah dan tuduh fitnah
ramai yang tidak duduk senang
bilamana akibat Wirawan ditahan selepas dibuang
walau kini sudah terbukti tiadanya sebarang bukti
Maka lahirlah tulisan busuk tentang kebusukan
berkisar antara bayangan kebimbangan dan kemarahan
peristiwa antara proses kemutan dan keADILan
Episod demi episod mengentut keluar
menelanjangi pedas projek mega MKKM atau KMKM atau MKMK
(diisytiharkan asyik dan nikmat)
mencemuhi berang fi ‘il korup Majlis Zenith (senang angguk dan geleng)
dan lewat satira politik dengan kesimpulan
“betapa jijik sistem tampuk kepimpinan Maha kepala taik !!”
dapat sejarah lihat
bukan mainan di tangan bawahan
gelombang rakyat dan taufan maha agung
ancaman bertalu – talu di depan
si matari, si angin, si hujan
sebelum ditendang takdir lobang keramat yang menanti…
sabar kita menunggu kemana natijah mitos karangan itu
mengundang sorakan kemenangan
tanda keramat serta sokongan sepakat
robeknya kepingan barisan ketulan- ketulan patuh
kendurnya lipatan batang otomatis lusuh
yang mana akhir berdirilah lebuhraya perut
baru dengan keindahan, keimanan, keadilan dan keikhlasan
bukan tak selalu
dengan tiba-tiba dia bikin berani lagi
terima kasih Pak Sasterawan Tua.
ROZAN AZEN MAT RASIP
Gombak
27 Mei 1999
No comments:
Post a Comment