Thursday, September 4, 2008

Sedekad Reformasi

Dari Blog : Shamsul Iskandar


Rakyat itu selalu diam
Tapi ia pencatat tidak pernah lupa
Rakyat itu seperti naga
Melingkar dengan berat badan dan
diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
Kuat intuisinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali-kali melukakannya
Jangan melukakannya berkali-kali
Kerana sekali ia bangkit
Rosaklah segala apa-apa

Rakyat itu mampu sabar
Seperti ular besar yang perutnya berisi
Tapi kalau ia kelaparan
Bumi lingkarannya akan bergegar
Rakyat itu seperti binatang purba
Tidak berasa sakit meski diinjak
Jangan biarkan rakyat lapar
Jangan bodohkan rakyat jelata
Jangan tindas rakyat
Kerana sifat diamnya akan hilang
Kesabaran akan lupus
Bijaksananya menjadi gila
Disebarnya air dendam yang tidak memilih siapa

Rakyat yang lapar mahunya satu,
Keadilan !
Rakyat yang ditindas mahunya satu,
Keadilan !
Rakyat yang diam mahunya satu,
Saksama !
Rakyat yang bergerak mahunya satu,
Kebebasan !
Rakyat yang bantah mahunya satu,
Ketelusan !

Reformasi, reformasi, reformasi
Hidup rakyat

Dinukil daripada Harga Sebuah Maruah, karangan Azizi Haji Abdullah, Pemenang Kedua Sayembara Mengarang Sempena Perayaan JUBLI EMAS DBP

No comments: