Wednesday, October 15, 2008

Antara Wan Azizah Dan Rosmah : Memilih "First Lady" Malaysia yang terbaik.

Oleh: anarqiyELLow








Antara Wan Azizah Dan Rosmah : Memilih "First Lady" Malaysia yang terbaik.

Datin Seri Wan Azizah Binti Wan Ismail adalah seorang yang rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Pemilik susuk tubuh ini adalah seorang wanita yang cukup ideal untuk menjadi idola seluruh wanita di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Bangkit dari tugas mempersiapkan kelengkapan suami dan anak - anak untuk memikul amanah bagi membela suami yang dizalimi. Bukan sembarangan wanita yang mampu menggalas tugas tersebut dan sejarah Malaysia tidak boleh menafikan bahawa kesan kebangkitan rakyat pada hari ini sedikit sebanyak adalah hasil sentuhan tangan yang pernah menghayunkan buaian untuk Nurul Izzah dan adik - adiknya yang lain. Beliau juga turut menggembelingkan tenaga - tenaga pencinta keadilan yang lain untuk turut berlari seiring dengannya bagi menumbangkan tembok kezaliman. Semuanya bersatu meneruskan laungan keramat REFORMASI.

Biarpun ketika itu dibariskan pelakon - pelakon konspirasi yang mengakui telah dinodai Anwar, namun beliau tetap menyakini bahawa itu semua adalah rekaan semata - mata. Beliau terus mara mempertahankan suaminya.

Segalanya telah terbukti. Kekerasan membela rakyat yang dizalimi amat sinonim dengan beliau. Tubuh kecil ini tidak pernah menyesali dengan obor perjuangan yang dibawanya. Sentiasa merendah diri dan lemah lembut apabila berbicara, namun itu tidaklah melambangkan semangat beliau. Semangat yang cekal, keras dan kental mengisi ruang hatinya. Semuanya itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk rakyat.

Perjuangan yang dibawa tetap diteruskan walaupun suami tercinta bebas dari sangkar besi bagi menenggelamkan suara - suara si murai yang mengatakan bahawa perjuangan beliau hanyalah untuk membebaskan manusia bernama Anwar Bin Ibrahim. Kata - kata yang terpaksa ditelan semula oleh mereka. Biarpun suaminya dibebaskan, perjuangan membela rakyat dan membebaskan Malaysia dari kezaliman tetap diteruskan. Tanpa ragu dan sangsi prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan tersemat utuh di sanubari.

Si wanita kecil berkaca mata ini juga tidak pernah peduli dengan serangan menggila musuh - musuh yang mahu memadamkan api obor yang dibawanya. Perwira - perwira yang melindungi obor tersebut tetap kental bertahan demi mengelakkan apinya terpadam. Biarpun ketika apinya telah membakar hutan, perwira - perwira lama lari dari meneruskan perjuangan. Namun itu tetap tidak menggusarkan beliau kerana beliau yakin bahawa ramai lagi pelapis yang akan menjulang obor itu sehingga ke garis akhir.


Bagi Rosmah Mansor pula, penulis cuba untuk mencungkil apakah jasanya yang memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat selain dari merasmikan majlis - majlis dan memberi ucapan di mesyuarat - mesyuarat dan perjumpaan - perjumpaan mak datin.

Namun begitu, tidaklah boleh dinafikan bahawa beliau adalah tulang belakang kepada suami tercinta dalam menguruskan negara. Lihatlah, kemana sahaja Najib Tun Razak mengadakan lawatan rasmi ke luar negara, pasti beliaulah orang yang akan turut serta bagi mencari barangan - barangan mewah di pusat membeli belah. Wang yang dibelanjakan itu juga belum dapat dipastikan pemiliknya. Sekiranya ia melibatkan wang rakyat, maka rakyat berhak berkongsi barangan tersebut. Namun, hari demi hari persoalan tersebut dipersetankan oleh pemilik badan separa gempal iaitu Rosmah Mansor.

Bayangkan, jika sebagai isteri orang nombor dua negara telahpun digelar Imelda Marcos Malaysia. Apa akan jadi jika suaminya sempat menaiki takhta nombor satu negara? Hasil simpanan dalam tabung ayam rakyat Malaysia untuk masa depan habis digali dan dikorek sehingga kering oleh beliau. Semua itu demi memuaskan nafsu berbelanja beliau.

Penulis cuba untuk memfokuskan fikiran bahawa Rosmah Mansor bukanlah orang yang akan menjadi First Lady kelak. Ini kerana kerisauan yang bersarang di hati ini cukup kronik. Terbayang kasihannya rakyat mencari sesuap nasi saat beliau bergembira "ber'joli' katak". Semoga perkara ini tidak menjadi kenyataan.

No comments: