Saturday, November 29, 2008

Jumpe Mung Di Nung

Anwar Azidin



Calon-calon parlimen K.Terengganu 8 Mac lalu, dari kiri Maimun Yusof 89 (Bebas), Md Sabu (PAS) dan Allahyarham Razali Ismail (BN)



Seluruh negara akan bertumpu di Kuala Terengganu tidak lama lagi


Berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Razali Ismail pada jam 6.30 petang semalam akibat dari serangan jantung ketika sedang bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands, fokus dan persiapan kini terarah di Parlimen Kuala Terengganu. Ketika di Kongres Angkatan Muda Keadilan Malaysia semalam, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mat Akin sempat membuat pengumuman semasa ucapan penggulungan mengenai kesediaan AMK untuk membantu jentera pilihanraya tidak kira parti mana yang akan bertanding menentang Barisan Nasional.

Secara peribadinya, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Allahyarham ke Ramatullah. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648. Datuk Razali dapat 32,582 undi ,Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

No comments: