Angkatan Muda Keadilan Bahagian Batu mengecam sekeras - kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh Jamilisa melalui Forum MyKMU.net terhadap Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang dikatakan telah ditangkap khalwat di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang pada 25 Januari lepas.
Naib Ketua AMK Batu, Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin membidas usaha terdesak komander upahan UMNO yang bertujuan untuk menjatuhkan imej seorang pemimpin berjiwa rakyat. Fitnah yang dilakukan amat berat kerana ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keluarga Dr Halimah sendiri.
"Nampaknya UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan demi kesilapan yang mereka lakukan", ujar Khairul ketika diminta mengulas tentang isu ini. Tegasnya lagi, "UMNO nampaknya semakin terdesak untuk melakukan apa sahaja untuk memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat, walhal kesan dari tindakan bodoh itu meneruskan gambaran buruk UMNO kepada rakyat".
Sementara itu, bagi Akmal Hisyam yang merupakan Setiausaha AMK Batu juga senada dengan apa yang dikatakan oleh Khairul. Menurut beliau, "Dr Halimah Ali terkenal sebagai seorang pemimpin yang amat komited dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat dan beliau seharusnya mendapat sokongan dari segenap lapisan rakyat di dalam isu ini".
Akmal turut mendesak, "Angkatan Muda Keadilan Bahagian Batu mencabar pemfitnah untuk tampil kehadapan jika benar-benar mempunyai bukti kukuh untuk tuduhan ini dan tunjukkan keberanian selari dengan nickname beliau yang kononnya seorang komander."
Sambungya lagi, "Jikalau tuduhan ini sememangnya terbukti tidak berasas, UMNO dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan bot mereka yang semakin karam."
No comments:
Post a Comment