Friday, February 27, 2009

AMK lapor semula aduan sejak tahun 2000

Angkatan Muda PKR (AMK) ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam hari ini bagi melaporkan semula aduan yang pernah dibuatnya sejak tahun 2000, yang didakwa tidak diambil sebarang tindakan.

pkr youth shah alam anti macc cow protest  250209 03Aduan-aduan lama tersebut digantung di leher seekor lembu yang dibawa dengan sebuah lori sejauh 30 meter, ke bangunan Plaza Masalam, tempat terletakkanya pejabat SPRM.

Sebanyak 20 aduan dilaporkan semula kepada SPRM hari ini, yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada kira-kira jam 3 petang tadi.

Bercakap dalam sidang media, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, dalam pertemuan itu, beliau turut memaklumkan kepada SPRM mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam pembelian pangsapuri mewah di Arab Saudi yang juga didakwa membabitkan Dr Mohd Khir.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut butiran dakwaannya itu, sebaliknya berkata Pejabat Menteri Besar akan berbuat demikian.

pkr youth shah alam anti macc cow protest  250209 12Shamsul turut menempelak SPRM yang didakwanya selektif terhadap aduan yang dibuat - dengan memberikan tumpuan kepada kes penyelenggaraan kereta Lexus menteri besar Selangor dan pembelian 46 lembu korban di Parlimen Bandar Tun Razak Disember tahun lalu, tetapi didakwa membiarkan aduan-aduan lain yang melibatkan pemimpin Umno.

Turut hadir ialah Naib Ketua AMK, Khairul Anuar Zainuddin dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sebelum itu, para pemimpin PKR dan kira-kira 50 penyokong, berkumpul di hadapan sebuah restoran makanan di Seksyen 9 sejak jam 2 petang.

Shamsul diminta datang semula

Mereka membawa sepanduk mengutuk SPRM dan melaungkan slogan mendesak ketua pesuruhjaya SPRM meletak jawatan.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal keadaan dan lalulintas. Enam anggota skuad anti-rusuhan, juga kelihatan membuat benteng untuk mengelakkan orang ramai memasuki bangunan berkenaan.

Kira-kira jam 3.30 petang, Shamsul dilihat naik semula ke pejabat SPRM. Dimaklumkan beliau diminta memberikan keterangan berhubung sebab beliau membawa lembu bagi mengiringi penyerahan semula aduan-aduan tersebut.

pkr youth shah alam anti macc cow protest  250209 05Orang ramai dan polis kelihatan bersurai kira-kira jam 4 petang apabila hujan turun dan semakin lebat.

Ditemui selepas itu, Shamsul berkata pegawai SPRM ingin tahu sama ada lembu itu dibawa dengan tujuan untuk menghina suruhanjaya tersebut.

Katanya, beliau menjelaskan kepada mereka bahawa ia sebagai “ingatan dan sindirian kepada SPRM”.

Menurutnya, beliau diminta datang semula Rabu depan untuk memberi keterangan berhubung aduan-aduan yang dilaporkan semula hari ini.-Malaysiakini

No comments: