Tuesday, February 3, 2009

Badut - Badut Demokrasi

Oleh : YB Zulkifli Nordin


Salam 2 all,


Saya melihat perkembangan mutakhir politik negara kita ni semakin meloyakan. Politicking melampau yang sedang berlaku sekarang merubah lanskap politik Malaysia kepada sarkis demokrasi yang bakal menempatkan Malaysia dalam Gilerz Book of World Record.

Saya menyeru semua pihak samada di pihak Be End mahupun di pihak Pakatan Rakyat supaya menghentikan semua sandiwara politik ini.

Rakyat sudah bosan dengan gelagat-gelagat memualkan ini. Rakyat mengharapkan kita menumpu kepada agenda membela dan mengangkat martabat dan maruah rakyat tak kira apa agama, bangsa dan kedudukan.

Setakat ini apa yang rakyat nampak hanyalah badut-badut demokrasi yang mempersarkiskan amanat rakyat.

Saya sendiri sebagai seorang ahli parlimen sudah naik bosan dengan politicking yang berlebihan ini. Sampai soal kematian pun hendak dipolitikkan!!

Kini timbul pulak isu pancing memancing, beli membeli & lompat melompat parti. Saya ingat YB Ibrahim Ali pun akan takjub melihat sandiwara lompat melompat ini.

Saya rase cukuplah kita berpolitiking ini. Marilah kita bekerja dan berusaha keras untuk meningkatkan martabat dan taraf hidup rakyat.

In the name of ALLAH, let us all start working for the people and for the country.

Ingatlah kita semua akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan ALLAH.

Menjadi wakil rakyat ini amanah bukannya habuan.

Jangan kita mebadutkan diri dalam sarkis demokrasi ini. Adios

No comments: