Thursday, February 19, 2009

Ketua AMKWP Yakin Pakatan Rakyat Semakin Berpengaruh Dihati Rakyat Malaysia.



Jalan Klang Lama, 18 Februari 2009 : Disebalik pelbagai isu yang dijelmakan untuk memberi gambaran negatif terhadap perjuangan pakatan rakyat, Ketua Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan (AMKWP) Sdr Hj Md Zaman Md Tasi yakin gelombang kebangkitan suara rakyat dikepalai pimpinan pakatan rakyat semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia.

Sdr Hj Md Zaman menyatakan demikian ketika ditanya mengenai kesan pelbagai isu semasa yang timbul terhadap perjuangan pakatan rakyat. Menurutnya lagi, rakyat Malaysia semakin bijak untuk menilai sesuatu isu tanpa terpengaruh dengan satu satu sumber berita sahaja. Rakyat didedahkan dengan persekitaran maklumat terbuka melalui penggunaan internet dan sebagainya.

Walaupun media pro Barisan Nasional hebat berkempen saban hari menjatuhkan kredibiliti pemimpin pakatan rakyat namun dengan jelas kepercayaan terhadap pakatan rakyat tidak terjejas sepertimana yang diterjemahkan dengan undi yang memenangkan calon dari pakatan rakyat dalam PRK yang telah diadakan.

Pengaruh pakatan rakyat tidak sekadar teguh di negeri negeri ditadbir pakatan rakyat sahaja malahan suara rakyat ini semakin kuat berkumandang dari Perlis sehinggalah ke Johor serta Sabah dan Sarawak.

Keadaan ini amat menggerunkan barisan nasional memaksa mereka secara terdesak membuat pelbagai isu dan helah bagi menghalang suara rakyat ini. Antaranya larangan memasuki Sarawak ke atas R.Sivarasa baru baru ini serta pengharaman kebenaran mengadakan ceramah di Perak.

Menjelang peralihan kuasa perdana menteri tidak lama lagi, dikhuatiri media dibawah kawalan kerajaan barisan nasional ini semakin rakus meracuni pemikiran rakyat marhaen.

PRK 13 nanti diyakini untuk pakatan rakyat mengambil alih pentadbiran negara Malaysia selewat lewatnya seterusnya menstabilkan semula politik dan ekonomi tanah air. Menuju ke arah itu, rakyat diminta untuk bersabar dan memberi peluang kepada pimpinan pakatan rakyat melaksanakan tugas secara adil, saksama dan berhemah tanpa melanggari perundangan yang telah sedia ada.

No comments: