Monday, February 2, 2009

PRK Changkat Jering & PRK Behrang

Oleh ruhan

"Tiada siapa yang mampu menghalang ketentuan Allah dalam kehidupan yang sementara ini. Baharu sahaja selesai PRK P36 Kuala Terengganu, kini muncul pula dua lagi PRK. Kali ini kedua-duanya dalam DUN Perak. Menurut tradisi, PRK DUN Changkat Jering akan mempertemukan PKR dengan UMNO sementara PRK DUN Behrang akan mempertemukan PKR dengan MIC.

Pertarungan untuk menguasai kedua-dua kerusi ini akan menjadi yang tersengit dalam tempoh 60 hari lagi.

PR yang memperoleh semangat tinggi melalui kemenangan bergaya di Kuala Terengganu akan berdepan dengan UMNO, parti rasuah teragung di Malaysia dan MIC, parti yang ditolak mentah-mentah oleh orang India di Malaysia.

Tiada apa yang boleh dibuat lagi pada masa ini selain daripada memasuki gelanggang. Semua rakyat sudah maklum betapa beriya-iyanya UMNO hendak menjatuhkan Kerajaan PR Perak. Namun, misi 31 Ogos 2008 yang diusahakan oleh Tajol Rosli tidak membuahkan hasil.

Semua rakyat juga sudah maklum tentang ketidakmampuan UMNO mengubah imej buruknya kepada baik. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya dilihat tidak bersih.

Presiden dan Timbalan Presidennya didakwa melakukan rasuah oleh ahli partinya sendiri. Namun, hingga kini tiada tindakan yang diambil. Rakyat berasa amat hairan dengan situasi ini.

Apa tidaknya. SPRM hanya melanyak ikan-ikan bilis UMNO pada masa ini sehingga ada yang mengadu diseksa dalam tahanan reman. Namun demikian, ramai juga yang menganggapnya sebagai lakonan semata-mata. UMNO memang menjadi juara dalam bidang ini. Tak payah tipulah. Semua orang kampung dah tahu.

Kini, pengundi-pengundi di Cangkat Jering dan Behrang menunggu-nunggu berapa bilion pula yang akan dihambur ke kawasan mereka. Berapa yang akan diberi kepada masjid dan surau. Berapa akan diberi kepada sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Jalan kampung mana yang akan mendapat peruntukan segera dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tadika mana yang akan diberi bantuan oleh Rosmah.

Orang tua mana yang akan diletakkan atas kerusi roda untuk ditolak oleh Najib turun dari van bulan sabit merah atau hospital. Mesra rakyat versi UMNO!!!

Orang dari kampung mana yang akan didakwa keluar dari PKR masuk UMNO. Orang dari estet mana yang akan didakwa keluar PKR atau DAP masuk MIC.

Dewan mana pula yang akan mengadakan jamuan rakyat untuk meraikan ketua-ketua kaum Cina dan India.

Menteri mana pula akan bercerita tentang sejarah negara mencapai kemerdekaan dan sejarah kepartian di Malaysia bagi menunjukkan betapa buta perutnya mereka tentang fakta.

Rakyat akan diberitahu semua itu sudah dirancang sebelum kempen PRK Changkat Jering dan PRK Behrang diadakan, bukan rasuah politik.

Semuanya kita akan lihat. Ulang tayang lakonan PRU Ke-12, PRK Permatang Pauh, dan PRK Kuala Terengganu.

Khabarnya beberapa imam di Kuala Terengganu telah dihentikan elaun kerana beri sokongan kepada PAS.

Semua rakyat Malaysia nak tahu. Sudahkah janji kepada masjid dan surau di Permatang Pauh dilunaskan? Berapa juta ringgit telah diberi kepada mereka yang dijanjikan semasa kempen di Kuala Terengganu dulu?

No comments: