Monday, February 2, 2009

Tindakan Speaker DUN Perak tidak boleh dicabar - Prof Aziz Bari


Amin Iskandar @ Black

Prof. Aziz Bari, pakar undang-undang dari UIAM mengatakan bahawa keputusan speaker DUN Perak berhubung dengan kekosongan dua kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak boleh dicabar.

Menurut beliau ini adalah kerana:

  • tindakan ADUN terbabit, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu
  • surat peletakan jawatan tersebut sah walaupun tidak bertarikh semasa ditandatangani memandangkan kedua-dua mereka mengetahui kandungan dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu
  • Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut
  • Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut
  • Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri
  • Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah?

Klik disini untuk membaca berita penuh dari Mstar.

No comments: