Friday, April 10, 2009

MENTERI WILAYAH BARU PERLU SELESAIKAN MASALAH WARGA KUALA LUMPUR DENGAN SEGERA

AMK Wilayah Persekutuan (AMKWP)hari ini mengesa Datuk Raja Nong Chik yang baru dilantik sebagai Menteri wilayah Persekutuan untuk menyelesaikan masalah warga Kuala lumpur dengan berkesan dan mengambil kira pandangan warga Kuala Lumpur. Kita tidak mahu masalah lama di Kuala Lumpur tidak ada penghujungnya walaupun sudah bertukar tukar menteri tetapi tiada penyelesaian yang baik untuk warga Kuala lumpur.

Masalah mendapatkan perumahan awam DBKL harus dipercepatkan kerana warga Kuala Lumpur memerlukan rumah dengan segera kerana mereka tidak mampu menanggung kos sewa rumah yang tinggi. Banyak aduan berkaitan kelewatan mendapatkan rumah serta banyak karenah birokrasi dalam proses untuk mendapatkan rumah. Golongan berpendapatan rendah & sederhana perlu di segerakan permohonannya tanpa mengira fahaman politik mereka. Datuk Raja Nong Chik perlu banyak turun padang dari hanya duduk di pejabat menunggu laporan warga Kuala Lumpur dan orang bawahan.

Tuntutan peneroka bandar juga banyak yang tidak selesai dan tidak mengambil kira hak pendudukan terawal orang-orang kampung sekitar Kuala Lumpur. DBKL juga tidak boleh mempermudahkan proses pemindahkan masyarakat peneroka Bandar tanpa membuat perbincangan yang lebih adil untuk kedua dua belah pihak. Peniaga-peniaga sekitar Kuala Lumpur dipindahkan ke tempat yang tempat tiada pasaran dan menyebabkan peniaga-peniaga gulung tikar akhirnya dek kerana tidak dapat membayar kos operasi.

Masalah banjir yang sering berlaku di Kuala Lumpur menyebakan banyak kerugian, Wang Rakyat yang digunakan untuk projek pembesaran dan pendalaman sungai Klang hanya menguntungkan Kontraktor tertentu sahaja tetapi hasilnya tidak banyak perubahan yang ketara. Terowong SMART juga hanya menjadi kebanggaan pemerintah sahaja tetapi tidak menyelesaikan permasalahan dengan efisyen.

Banyak lagi masalah Kuala Lumpur yang perlu diselesaikan dengan kadar segera & Menteri Wilayah serta DBKL harus memainkan peranan dengan baik untuk menangani isu ini.

Hasrat Raja Nong Chik & BN untuk merampaskan kembali semua Parlimen di Kuala Lumpur di sambut AMKWP dengan peringatan bahawa semuanya bergantung kepada warga kota sendiri bukannya dengan perlantikan menteri Wilayah baru dalam kabinet. AMK Wilayah menegaskan warga Kuala lumpur amat bijak membuat penilaian dan tidak akan tertipu dengan janji BN untuk meraih simpati kemenangan sepertimana dibuktikan dalam PRU ke 12 lalu.

Warga Kuala Lumpur bukan seperti masyarakat pendalaman yang boleh di gula gulakan oleh Pemimpin BN dengan memberikan maklumat dan janji palsu. Realiti masyarakat hari ini yang telah maju dari segenap segi hanya akan bersama pemimpin yang tulen dan menjaga kebajikan mereka tanpa ada perbezaan antara mereka.

No comments: