Saturday, November 7, 2009

ARTIKEL PENUH DARI KONSEP ERA PAKATAN - PROSIDING 8 MAHASISWA-BUKTI BN DOUBLE STANDARD

(Artikel yg. berikut telah disiarkan dalam akhbar KONSEP ERA PAKATAN Edisi 11 1-15/11/09 m/s 10 Bahagian Rencana. Berikut adalah tulisan penuh tanpa suntingan)
PROSIDING 8 MAHASISWA – BUKTI BN DOUBLE STANDARD

Insiden 8 mahasiswa Universiti Malaya yang telah dikenakan tindakan tatatertib semata-mata mengundang pihak luar berjawatan politik dalam aktiviti kampus mereka ternyata mengecewakan dan akan menguji sejauh mana konsep 1Malaysia tawaran Perdana Menteri Najib Razak mesra mahasiswa. Disabitkan tindakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) dibawah AUKU, jika didapati bersalah mahasiswa berkenaan boleh dikenakan tindakan antaranya amaran keras, denda tidak melebihi RM 200 ratus serta digantung atau dipecat daripada universiti.

Kepercayaan akan menjadi kayu ukur terhadap ketelusan kerajaan pimpinan BN dimana jika keputusan prosiding memihak pada kekangan birokrasi AUKU 1971, sememang-memangnya demokrasi versi Najib Razak semasa ucapan beliau sebagai Perdana Menteri dan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2009 boleh dikategorikan sebagai perulangan kosmetik.

Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr. Muhd. Nur Manuty, dalam temubual bersama KEP mengkritik tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya sebagai amat memalukan. Minda pelajar universiti seakan cuba dipecah – pecahkan setelah tidak dapat disatukan secara rela dalam gagasan 1Malaysia sepertimana dikehendaki. Sekali lagi universiti menjadi alat pro–establishment yang tidak adil. Menurut mantan Presiden ABIM dan tokoh pemikir ini lagi, adalah mengecewakan Malaysia masih berada di paras sebegini teruk berbanding universiti di negara jiran ASEAN lain seperti Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan India yang tidak menyekat pergerakan pelajar.

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin (Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) pula turut mempersoalkan integriti dan ketelusan prosiding tersebut. Beliau hairan mengapa dakwaan terhadap pihak tertuduh (8 Mahasiswa) berterusan berubah-ubah (sehingga artikel ini ditulis masih belum ada sebarang dakwaan dikemukakan terhadap mangsa birokrasi universiti itu).

Dalam usaha pembelaan terhadap mangsa penindasan 8 mahasiswa terutama dalam senario tindakan dan polisi pihak pentadbiran universiti kebelakangan ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) telah menyerah memorandum MAHASISWA TUNTUT DEMOKRASI KAMPUS ADIL & TELUS kepada Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah di Parlimen 19 Oktober lalu.

Memorandum tersebut antaranya menuntut dibatalkan semua tuduhan dan tindakan tatatertib terhadap 8 mahasiswa terbabit serta-merta dan tanpa sebarang syarat, menghormati autonomi mahasiwa dalam mengadakan aktiviti dan menghentikan penindasan, menghormati kebebasan bersuara mahasiswa sebagaimana semangat Artikel 19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia.

Akhbar KEP yang turut bersama para perwakilan mahasiswa juga menyokong antara hujah utama persoalan mengapa berlakunya seakan sikap pilih kasih dan double standard di pihak pentadbiran universiti (dalam kasus ini Universiti Malaya) mengenakan tindakan disiplin terhadap 8 pelajar kononnya melanggar AUKU. Adalah menghairankan bagaimana dan dimana kesalahan menjemput seorang exco kerajaan negeri (YB Teresa Kok) dan setiausaha politik Menteri Besar Selangor (YB Nik Nazmi Nik Ahmad) yang antaranya melancarkan sebuah program berbentuk forum ilmiah isu semasa dianggap politically dangerous. Sebaliknya tiada tindakan disiplin apabila banyak aktiviti yang membabitkan kakitangan kerajaan dan ahli politik pro-BN dianjurkan di premis universiti-universiti selama ini.

Terbukti AUKU masih beku dan tetap mengikat kebolehan sebenar pelajar pengajian kerana berterusan prejudis pada aktivitisme kampus. Pindaan terbaru (Febuari 2009) masih nyata melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau simpati terbuka kepada mana-mana pihak yang berkait dengan politik walau dalam isu yang jelas tidak berpihak dan dilakukan dalam kerangka diskusi ilmiah-akademik.

Mahasiswa terus dianaktirikan persepsi intelek, diperlekehkan kejujuran non-partisan mereka. Dinamika kepimpinan pelajar dihalang dari berkembang apabila kepercayaan terhadap kebebasan bertindak dan kewibawaan decision making warga kampus dinafikan. Walaupun begitu, penulis melahirkan simpati juga sekaligus mengucapkan tahniah kepada perwakilan mahasiswa kerana berani dan berprinsip dalam sebuah lagi episod hitam demokrasi kampus seperti insiden kezaliman birokrasi 8 mahasiswa ini.

Kesimpulannya, AUKU masih berjaya dengan fungsinya mengekang proses kematangan intelek mahasiswa. Sememangnya sah transformasi demokrasi era 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak suatu retorik.

komited-tulus-perkasa

ROZAN AZEN MAT RASIP


Penulis adalah graduan UIAM ijazah Sains Politik. Kini aktivis politik sepenuh masa. Diamanahkan jawatan Ketua AMK Cabang BATU dan Naib Ketua AMK WP.

AKAN DATANG - ARTIKEL 'SEKOLAH 1ALIRAN - PRO & KONTRA'

6 comments:

Anonymous said...

Mana aktiviti AMK Batu? Asyik artikel aje. Macam promote Ketua AMK Batu aje gamaknya.....

Anonymous said...

Salam (sejahtera),

Terima kasih kerana keprihatinan.

Sekarang banyak program yg dilaksanakan mengikut fokus PKR Pusat serta hal semasa dimana AHLI-AHLI AMK BATU membantu Cabang (Program BATU & Kempen JUSTICE FOR TIAN), manakala selebihnya bantu peringkat Negeri & Pusat (cth. Konvensyen PKR dari satu negeri ke berikutnya yg lain spt di Penang, Perak & akan datang KL-Selangor).

Juga bantu sumbangsaran (mesyuarat) dan sokongan moral (program spt Padang Prihatin di Dewan Cina 11 Nov.)

(Oleh kerana membantu, tidak profesional letak nama AMK BATU haha).

Program-program lain setakat turun pasar malam (petition & temu pengundi), bertemu dgn mahasiswa serta mengaktifkan blog & bantu media (tulis artikel le).

JOM TURUN KE PROGRAM -PROGRAM PKR & PR !!!!

Ketua AMK BATU

Anonymous said...

Penduduk Batu nak tengok gambar serta aktiviti AMK Batu - walau menolong.

Kenapa AMK cuma membantu?

Tak mampu buat program AMK sendiri?

Anonymous said...

amk batu mana ada ahli. kata ahli ramai sebab otomatik bawah umur 40 otomatik jadi amk.

tak mampu buat sendiri sebab tu semua menolong sahaja.

Anonymous said...

Kempen Justice4Tian pun tak mampu buat? cuma tolong aje? Tak usah le sibuk kat national sangat.....

Anonymous said...

Woi jgan kutuk lebih-lebih. Banner seluruh batu tiap kali ada program lu ingat sapa gantung kalau bukan AMK.

Jangan kutuk main sedap mulut.