Bertempat di Tapak Pasar Malam Taman Dato' Senu, sekali pihak Cabang dan AMK Batu telah berjaya membuka kuanter khidmat masyarakat. Nampaknya malam ke-2, terdapat beberapa aduan yang diterima dari para penduduk sekitar Parlimen Batu. Segala aduan-aduan tersebut akan dibawa kepada YB dan Cabang untuk sedaya upaya diselesaikan secepat mungkin. Kami akan membuka kuanter lagi di tapak pasar malam dan pasar pagi. Gunakan peluang ini untuk membuat aduan demi kepentingan rakyat Parlimen Batu. Jadikan sebahagian telinga dan mata seterusnya menjadi mulut rakyat. Kita dari PKR Cabang Batu akan terus membuka kuanter khidmat masyarakat ini dan segala informasi di mana kami bergerak akan diwar-warkan dalam blog ini. Terima kasih kepada yang bertugas iaitu Ketua AMK Batu, Saudara Rozan, Abang Zahar, Kak Mastura dan Kak Sabariah.
Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu
No comments:
Post a Comment