Monday, January 4, 2010

PERSATUAN SOKONGAN IBU & ANAK KURANG UPAYA 'AZWAR' KAWASAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (PSIAKU AZWAR)








Pada pagi ahad lepas, Persatuan Sokongan Ibu & Anak Kurang Upaya (PSIAKU) telah mendapat kediaman yang lebih besar berbanding dengan kediaman mereka dahulu. Dikesempatan ini, pihak dari PKR Cabang Batu telah bekerjasama untuk membantu dalam hal memindahkan barang-barang. Majlis doa selamat juga dilakukan juga. TV3 telah dijemput untuk memasukkan masalah yang melanda PSIAKU di dalam program terbaru mereka iaitu "Aduan Rakyat". Kediaman mereka terletak di Taman Batu Muda (Di Belakang Bangunan Yayasan Pendidikan Batu), kos sewa kediaman tersebut sebanyak RM2000 sebulan dan mereka mengharapkan bantuan kewangan untuk membeli rumah tersebut, rumah tersebut akan dijual dan dianggarkan sebanyak RM600 ribu untuk membeli rumah tersebut. Kami di AMK Batu akan sedaya upaya membantu untuk mencari dana bukan sahaja kos pembelian rumah malah kos pembelanjaan PSIAKU. YB Tian Chua berkesempatan meluangkan masa melihat dengan lebih dekat akan pemasalahan yang melanda PSIAKU dan beliau berjanji akan mencari jalan untuk membantu PSIAKU. Sedikit masa lagi AMK Batu akan melancarkan tabung dana untuk PSIAKU, segala maklumat akan menyusul kemudian.

Khairil Azuar Abdul Khalit
Ketua Penerangan AMK Batu

4 comments:

msabri said...

any bank account number for us to donate to this persatuan ?... Why don't you paste your article together with any bank a/c no in the Harakah...? then you'll see the respond....

msabri said...

Tahniah atas usaha usaha baik anda... Banyakan lagi pusat2 seperti ini... jadikan activiti seperti ini sebagai sebahagian agenda perjuangan anda... supaya nama baik pertubuhan politik anda tidak hanya dilihat semata mata untuk 'berpolitik'....byk lagi golongan masyarakat yg perlu dibela.....

bbmobilicious said...

PSIAKU AZWAR, MAYBANK akaun no. 5644 7240 1056 atau datang sendiri ke No. 14, Jalan Batu Muda 10, Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Selangor

Unknown said...

untuk keterangan lanjut berhubung dengan PSIAKU AZWAR bolehlah melalui facebook dibawah.
https://www.facebook.com/profile.php?id=100008357556134