Thursday, January 7, 2010
YB Nizar Kemalangan
Berita Dipetik Dari Malaysiakini.com
Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital. - Bernama
Kami di AMK Batu berdoa agar YB akan sembuh seperti biasa dan dapat berkhidmat kembali untuk rakyat. Foto di ambil dari blog PerakEkxpress.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
AMK BATU berpendapat dengan terjadinya insiden kemalangan yang telah berlaku keatas MB (PR-Pilihan Rakyat) YB Mohammad Nizar Jamaluddin beberapa jam lalu, perlulah mendapat perhatian istimewa daripada MB (BN) YB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Ketika saranan ini dicatatkan dlm blog ini, YB Zambry seharusnya telah melakukan kunjungan hormat-simpati kepada YB Nizar. Ini adalah sebagai tanda hormat dan profesionalisme yg mesti YB Zambry buktikan walau mereka berdua berada dalam keadaan paksi ideologi & prinsip politik yg berlainan.
Apatah lagi jika YB Zambry bijak menggunakan situasi ini sbg kesempatan bahawasanya ketegangan konflik politik negeri tidak membataskan silaturrahim.
AMK BATU dengan penuh minat mencabar & menanti respon YB Zambry.
sekian.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMK WP
Post a Comment