16hb Februari, 2010 Pemuda UMNO yang diketuai Khairi Jamaludin telah mencatatkan sejarah apabila Berjaya mengumpulkan ahli-ahlinya untuk membuat satu demontrasi haram bagi memprotes tindakan 50 ahli parlimen Australia yang mengeluarkan kenyataan berkenaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin dunia berkaitan kes ini terbukti menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional merasa begitu tertekan.
Barisan peguam Anwar yang mempunyai bukti bahawa Saiful Bukhari tidak pernah diliwat menunjukkan bahawa kes tersebut merupakan satu permainan politik kerajaan Barisan Nasional. Khairi selaku ketua pemuda UMNO seharusnya lebih matang dan tidak terburu-buru dalam membuat satu keputusan. Tindakan yang dilihat cuba “menegakkan benang yang basah” secara tidak langsung akan menyebabkan beliau dinilai sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian dan senang dibonekakan oleh orang lain.
Ketua pemuda UMNO itu sepatutnya sedar bahawa tindakan Ahli Parlimen Australia, Ulama tersohor dunia Yusof Qardawi dan Senator John Kerry (Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Amerika Syarikat) campur tangan dalam kes perbicaraan ini adalah kerana mereka melihat bahawa kes ini sengaja direka cipta untuk menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim yang juga merupakan pemimpin pembangkang.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” - Sahih Muslim -
Norsharizal Bin Abdul Razak
Naib Ketua Angkatan Muda Cabang Batu
No comments:
Post a Comment