Saturday, March 13, 2010

CERITA SEBENAR KEMALANGAN TIAN CHUA

Kemalangan jalan raya melibatkan kereta yang dinaiki Tian Chua dan seorang penunggang motasikal telah dijadikan sebuah cerita politik. Pihak media pro kerajaan melemparkan berita yang boleh mengaibkan YB Tian Chua, mereka menyalahkan YB Tian Chua tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan yang meragut nyawa penunggang motosikal tersebut.

Disebalik kebenaran tersebut, kira-kira pukul 9 lebih YB Tian dari Kota Tinggi menuju ke Mersing untuk menghadiri ceramah perdana. Kereta yang dipandu oleh Saudara Zahar telah bertembung dengan sebuah motasikal dari arah yang bertentangan. YB Tian Chua menghantar mangsa kemalangan sehingga ke hospital tetapi malangnya mangsa tersebut meninggal dunia semasa di hospital. Kemalangan tersebut berlaku sebelum tibanya konvoi DSAI dan YB Tian tidak berkonvoi bersama-sama DSAI. DSAI mendapat berita mengatakan YB Tian menghadapi kemalangan dan terus melawat YB Tian dan menasihatkan saudara Zahar membuat laporan polis berhubung dengan kemalangan tersebut. Ketika itu mangsa masih di dalam ICU dan tidak dibenarkan sesiapa melawat dan DSAI mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi.

YB Tian Chua masih lagi menunggu ibu bapa mangsa di hospital. Setelah berjumpa dengan bapa mangsa, bapanya berkata kepada YB supaya redha dan menerima kejadian tersebut sebagai takdir. Saudara Zahar telah ditahan polis untuk siasatan lanjut dan YB Tian Chua pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul di Taman Sentul Utama.

YB Tian Chua bukanlah membiarkan mangsa di tepi jalan dan juga tidak berjumpa dengan ibu bapa mangsa, betulkan semua fakta dan jangan politikkan kejadian ini. ORANG RAMAI PERLU SEBARKAN CERITA SEBENAR INI.

1 comment:

zanpundek said...

p rumah,bagi la sedikit bantuan..beras ka,air kotak ka,duit kenduri arwah ka..p segera..sblom malaoun peliharaan UMNO menyalak lebih kuat