Wednesday, March 17, 2010

Najib Puji diri sendiri dalam titah Agong..

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri kerana memperalatkan Yang DiPertuan Agong untuk memasukkan pujian terhadap beliau dan isteri di dalam titah diraja semasa perasmian sidang Parlimen ke-12 Isnin lalu.

Anwar berkata perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang 50 tahun Parlimen Malaysia bersidang dan inilah kali pertama seorang Perdana Menteri menggunakan institusi raja untuk kepentingan peribadi.

"Perdana Menteri sepatutnya berasa malu, selalulnya tahniah dia atas kemenangan pilihan raya itu perkara biasa tetapi YAB Pekan masukkan sendiri dalam titah Agong,'para pemimpim hendaklah mencontohi memanda Perdana Menteri' tanpa rasa malu atau segan silu.

"Perbuatan ini janggal bukan setakat itu dimasukkan juga pujian khusus kepada inisiatif yang dibuat isteri Perdana Menteri,'...berikutan kejayaan program Permata Negara; Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan'. Permata inim memang menjadi projek istimewa si isteri yang jelita. Ini yang ingin saya nyatakan suoaya jangan ulangi perbuatan ini.

"Maknanya ada satu percubaan merosakkan tradisi ulung kita mempertahankan insitisi diraja dan kita menuntut titah diraja itu menjadi satu titah walaupun mewakili pandangan kerajaan yang ada tetapi jangan dilihat begitu partisan, mengundang pujian kepada kerajaan pun saya tidak hairan sangat tapi bukan untuk puji peribadi Perdana Menteri," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam Dewan rakyat hari ini.

Anwar juga menyanggah kritikan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa Pakatan Rakyat tidak menghormati institusi diraja.

"Macam mana jadi Ahli Parlimen, peraturan pun tak tau. Saya faham dia (Abdul Rahman) tak pernah jadi menteri jadi tak tau prosedur.

"Mengikut sistem raja perlembagaan titah itu adalah dari raja, ini lazim sistem Westminster tapi tak semestinya diikuti sepenuhnya. Takpa lah kalau Agong nak pinda satu dua perkata tapi takkan draf dari saya nak suruh puji saya dan isteri saya.

"Menyatakan pandangan tidak pernah dianggap tak taat setia, janganlah begitu dangkal sekali pemikiran sehingga tak tau peraturan. Titah diraja boleh dibahaskan sebahagiannya boleh dipersetuju sebahagiannya boleh ditegur malah boleh diminta pindaan bukannya makna titah diraja ini titah yang tak boleh ditegur langsung.

"Saya tak faham macam mana boleh jadi Ahli Parlimen. Inilah cara Umno, bila kita tegur ini anti-raja bila sebut sikit kita anti Melayu, tapi rompak harta Melayu takpe, bukan setakat itu saja Umno guna MCA dan dua tiga orang lagi untuk cakap bagi pihak dia," bidas Ketua Umumn KEADILAN itu.

SuaraKeadilan.com

No comments: