Thursday, March 4, 2010

Pilhanraya BATU - UMNO Calon BN Pilihanraya Kecil, GERAKAN Calon BN PRU-13

UMNO Calon BN Pilihanraya Kecil, GERAKAN Calon BN PRU-13

Sepertimana yang telah diduga, UMNO bertindak atas kepentingan sendiri dan angkuh membelakangi rakyat serta parti komponen BN semata-mata berebut untuk menjadi calon pilihanraya BN pada PRU-13 nanti (terutama jika ada pilihanraya kecil di Parlimen Batu).

Ini dapat khalayak rakyat buktikan dengan perlantikan Ketua Bahagian UMNO Batu Yahya Mat Ghani sebagai Ketua BN di Batu pada Jumaat 26 Februari 2010 lalu. Satu perubahan drastik kerana rekod menunjukkan Ketua GERAKAN yang sering dilantik sebagai Ketua BN Batu sekaligus calon potensi mewakili BN apabila menjelang pilihanraya.

Namun AMK BATU melihat sebagai positif dan tidak perlu dilatah, malahan sebaliknya menimbulkan kerisauan kepada UMNO sebab akauntabiliti yang terpaksa dipikul. Beban yang sememangnya mereka inginkan.

Malangnya UMNO Batu perlu fahami impak, cabaran serta mainan (political game) sepertimana didedahkan dalam kajian pilihanraya oleh AMK BATU yang juga dikukuhkan oleh think-tank mereka sendiri yang pro-UMNO seperti Prof. Ahmad Attory Hussain dalam buku terbaru beliau (2009).

Disebabkan tulisan Prof. Attory bersifat akademik, maka UMNO perlu melihatnya secara serius (Melainkan PM Najib Razak bertelagah dengan Muhyiddin Yassin dan tidak ikut skrip nasihat penyokong mereka sendiri spt. Prof Attory dan pembela rakyat-AMK BATU !!!). Sepertimana umum ketahui Najib tidak seiring dan sering kontradiksi dengan Timbalan Presiden beliau. AMK BATU mencabar kenyataan ini dengan cuba di 1 kan Najib-Muhyiddin dalam satu majlis.

Dalam tempoh 6 bulan, tidak kurang 2-3 kali Najib-Muhyiddin berkunjung, melobi di BATU namun dalam acara berlainan masing-masing. Mengapa?

Berbalik pada buku Attory, kesilapan besar dan faktor penyumbang BN tumpas 5 negeri dan gagal 2/3 kerusi Parlimen adalah kerana sikap pengundi/penyokong BN yang memilih dan melihat criteria calon BN, dan bukan label BN (walau boelh didebatkan sememangnya itulah sikap yang patut dianjurkan oleh pengundi – melihat calon, bukan parti !).

Kesimpulannya, AMK BATU yakin sekiranya mahkamah digunakan apparatus UMNO agar diadakan PRK di Batu, maka wakil UMNO lah yang akan bertanding. Andai menjadi kenyataan, adalah satu kelebihan bagi GERAKAN kerana wakil calon pilihanraya UMNO berkenaan tidak akan dipilih apabila PRU-13. Maka suatu pembaziran untuk UMNO, satu tested-situation dan pressure untuk UMNO,

AMK BATU juga tidak menolak kemungkinan GERAKAN akan merajuk dan keluar BN dan bertanding bebas menggunakan proksi, samada ketika PRK mahupun PRU-13. Buktikanlah analisis forecast ini salah dengan dibuat majlis angkat sumpah setia GERAKAN TETAP SETIA BAWAH TELUNJUK UMNO !!!

Rozan Azen Mat Rasip
Ketua AMK BATU / Naib Ketua AMKWP

Dibawah diselitkan tulisan penuh yang pernah tersiar dalam laman blog amkbatu.blogspot.com serta diedit untuk siaran dalam akhbar KONSEP ERA PAKATAN Bil. 10.

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BATU- KOMPONEN BN MULA MELOBI KERUSI –
Oleh : ROZAN AZEN MAT RASIP

Sepertimana yang telah dijangka, tidak sampai 24 jam sejak keputusan Mahkamah Majistret menyabit tuduhan bersalah terhadap Yang Berkhidmat Ahli Parlimen BATU - YB Tian Chua pada Khamis 22 Oktober 2009, sudah ada kedengaran usaha melobi bagi kerusi Parlimen BATU dikalangan tokoh dan kepimpinan BN sekiranya terjadi pilihanraya kecil di kawasan tersebut (Pilihanraya kecil/PRK terjadi sekiranya Tian Chua gagal di semua peringkat rayuan mahkamah. Hukuman penjara 6 bulan dan denda RM 3,000.00 menghilangkan status beliau sebagai ahli parlimen).

Dimaklumkan melalui pertemuan beberapa kali dengan ahli-ahli parti komponen BN sendiri (UMNO-Gerakan-MIC termasuk kenalan kepada seorang bekas tokoh PPP), mereka telah mendapat arahan supaya menggerakkan jentera untuk bersedia menjalankan beberapa usaha agar teraju utama BN memilih tokoh yang mereka yakin layak mewakili parti masing-masing bertanding dalam PRK Batu.

RASUAH WANG, JAWATAN, PROJEK TELAH DIRANCANG

Terkesima dengan 'maklumat bocor' yang dimaklumkan seawal petang Jumaat 23 Oktober lalu semasa berlangsungnya pembentangan Bajet 2010, dinyatakan juga oleh ahli Bahagian UMNO Batu dan Cawangan Gerakan ini bahawa perancangan lebih teliti akan menyusul sekurang-kurangnya pada tarikh akhir tempoh rayuan 14 hari oleh pihak defendan (YB Tian Chua) iaitu 5 November 2009. Dijangka akan ada penganjuran siri ‘kenduri tajaan’, jamuan teh ekslusif dan beberapa perbincangan tertutup oleh pihak berkepentingan untuk mengatur strategi merebut kerusi bertanding Batu (Amalan biasa ala BN !).
Semuanya hangat disebarkan di kawasan parlimen seperti premis Sentul Boulevard, beberapa gerai makan Tmn. Batu Muda, Tmn. Bullion Mewah, Tmn. Koperasi Polis 2 dan sepanjang Jalan Ipoh. Ini termasuklah di sebuah hotel taraf tiga bintang. Menyokong pendedahan ini adalah fakta mendapatkan kedua-dua Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang telah berkunjung ke kawasan-kawasan disebutkan ini (semuanya kawasan undi Batu) dalam beberapa majlis rasmi BN terutamanya UMNO dalam tempoh kurang 2 bulan lalu. Semuanya mendapat liputan luas media perdana. Dikatakan juga usaha lobi-melobi serupa akan berlaku dipersekitaran berdekatan seperti Batu Caves, Titiwangsa, Setiawangsa dan Hulu Kelang (Ketika artikel ini diubahsuai, telah ada sebaran kain rentang tentang kehadiran Perdana Menteri dan isteri Rosmah Mansor akan berada di Sentul merasmikan sebuah program pada 1 November nanti).
BATU – KERUSI ‘PANAS’
Batu adalah antara 11 kerusi parlimen negeri Wilayah Persekutuan. Parlimen ini meliputi jumlah pengundi seramai 70,544 orang dan dikenalpasti sebagai kawasan undi campuran majoriti Melayu (Malay mixed constituency) selain Titiwangsa, Wangsa Maju, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak. Dalam Pilihanraya Umum 12 lalu, Tian Chua menang mudah majoriti undi hampir 9,500 (Kemenangan sebanyak 59.43 % atau pertambahan sebanyak 12.11 % undi). Kemenangan dalam pilihanraya gelombang tsunami itu setelah Tian Chua bertanding kali ketiga setelah tewas pada 1999 dan 2004 kepada calon BN (Parti Gerakan). Sekiranya terjadi pilihanraya, PRK Batu adalah yang PRK ke-9 bagi tahun 2009 dan pertama bagi negeri Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur). Pilihanraya ini kritikal bagi BN setelah UMNO menang selesa PRK Bagan Pinang juga bagi Gerakan bagi menarik semula keyakinan pengundi setelah tewas PRU lalu dengan calon Gerakan Lim Si Pin.
Dari sudut realpolitik, keputusan kes mahkamah Tian Chua ini dilihat sebagai permulaan pada siri usaha terakhir BN menjatuhkan para pemimpin Pakatan Rakyat yang bergelar ahli parlimen mahupun ADUN melalui hukuman mahkamah yang ditafsir tidak transparen dan telunjuk konspirasi. Antara yang berhadapan kes mahkamah adalah Dr. Hatta Ramli (Ahli Jawatankuasa Pusat PAS), Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah, ahli majlis pimpinan pusat N. Gobalakrishan, dan Ketua Umum Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah dilihat digunakan sebagai apparatus membelakangkan kebenaran fakta. Kredibiliti institusi kehakiman dan perlembagaan akan sekali lagi gempar sepertimana kontroversi pendedahan rakaman video kes manipulasi berkepentingan V.K. Linggam dengan beberapa tokoh profil tinggi kerajaan. Sepertimana yang diakui oleh Tian Chua, semuanya dijangka menghadapi keputusan kes yang tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

BN – SLOGAN PALSU

Diakui juga oleh anggota BN yang enggan mendedahkan identiti bahagian & cawangan masing-masing (baik dari UMNO, MIC dan Gerakan), mereka berasa sangat kesal dengan Ketua Bahagian dan beberapa pemimpin pelapis sayap parti yang begitu cepat dan terlalu ghairah hendak menonjolkan nama dengan segera agar ahli peringkat cawangan, bahagian seterusnya peringkat pusat BN meletak mereka sebagai calon pilihan utama (favourite/potential candidate) untuk pilihanraya kecil Batu. Pada mereka perbuatan ini sangat berbahaya bagi kestabilan dan semangat kerjasama antara ahli parti mahupun dikalangan komponen parti BN. Mereka takut permainan tarik tali akan berulang dan akan melibatkan politik wang dan ‘pakej hadiah’ yang pasti membuat mereka lebih berpecah-belah dalam usaha perebutan bagi survival karier politik dan nasib parti masing-masing.

Memiliki sedikit kesedaran etika moral dan juga mengamalkan sikap mengundi atas pagar/berdasarkan isu, ahli-ahli BN ini sepakat bertindak untuk dedahkan apa yang mereka khuatiri akan membuat BN (terutama UMNO) 'makan' dengan ikrar/janji/slogan yang telah dibuat semasa Perhimpunan Agung masing-masing yang mahukan calon berkredibiliti, bersih dari jenayah korupsi, lebih prihatin kebajikan pengundi, rakyat didahulukan dan sebagainya.

Menurut mereka dengan melihat perubahan kelakuan-perangai Ketua Bahagian serta beberapa tokoh parti yang mempunyai jawatan kabinet, semua janji ini pasti akan menjadi slogan retorik yang diulang-tayang. Sebaliknya memberi impak negatif menambah barah dan hanya memalukan maruah serta imej parti yang selama ini mereka tekun membela menutup aib jenayah politik pemimpin BN tersebut. Sebagai ahli biasa mereka sudah bosan dan letih dengan ketidakjujuran dan hipokrasi slogan seperti 1Malaysia dan transformasi, namun bila ada sahaja peluang (konteks semasa-PRK BATU), pemimpin sudah mula kembali perangai lama mereka seperti tawaran jawatan berkait DBKL, rasuah wang dan janji memberi projek. Semuanya menurut mereka demi mengejar jawatan. Walhal banyak janji lama & keutamaan kebajikan ahli BN tidak diutamakan dan diselesaikan sehingga kini.
Mereka juga hairan dengan pendirian sebenar kerajaan BN yang tidak lama dulu mengatakan PRK akan menyebabkan perbelanjaan kos wang yang banyak seterusnya pembaziran yang menghalang perlaksanaan perancangan pembangunan rakyat (rujuk kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam PRK Bagan Pinang). Sebaliknya bersikap paradoks apabila menampakkan sedikit ruang kemenangan dalam mana-mana PRK.
RAKYAT PENENTU MASA DEPAN
Harapnya perbuatan dan trend amalan berdosa warisan BN dan agenda mereka ini segera dibendung dan dijauhi oleh semua pihak dan peringkat demi kebaikan negara. Penulis pasti rakyat lebih bijak menilai siapa yang memperjuangkan rakyat dan dianiaya oleh sistem perundangan ! Kebenaran dan keadilan perlu dibela. Rakyat hakim negara! Rakyat penentu masa depan

Penulis adalah graduan UIAM ijazah Sains Politik. Kini aktivis politik sepenuh masa. Diamanahkan jawatan Ketua AMK Cabang BATU dan Naib Ketua AMK WP.

No comments: