Friday, March 26, 2010

KEHILANGAN BESAR DI HULU SELANGOR

HULU LANGAT 25 Mac - Pimpinan KEADILAN merasakan kehilangan besar kepada perjuangan parti dengan pemergian Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia akibat barah otak malam tadi.

Pernah memegang jawatan empuk sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor ketika bersama Umno satu ketika dahulu, Dr Zainal mengambil keputusan mengharungi perjuangan KEADILAN bersama pemimpin lain tatkala KEADILAN hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan kehilangan besar bagi diri beliau yang pernah berjuang bersama-sama Dr Zainal.

“Allahyarham Dr Zainal adalah rakan seperjuangan kami walaupun beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar tetapi mengambil keputusan menyertai kami dalam keadaan parti yang tidak begitu memberangsangkan.

“Beliau sanggup mengambil risiko bersama kami dan akhirnya beliau mewakili rakyat Hulu Selangor sebagai Ahli Parlimen. Kami sangat bersedih kerana kehilangan seorang rakan, seorang akademia dan seorang yang sanggup berjuang dengan kami.

“Beliau menyertai kita semasa kita belum lagi dalam keadaan yang baik iaitu ketika PKR sebagai parti yang mempunyai kerusi yang terendah iaitu sebanyak satu kerusi tetapi beliau sanggup bersama-sama dengan kita,” kata Khalid ketika ditemui media selepas menziarahi jenazah Allahyarham di rumah beliau di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Hulu Langat malam tadi.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor Syed Shahir Syed Mohamud berkata kehilangan Dr Zainal adalah signifikan bagi parti kerana beliau dianggap antara pemimpin Umno yang terawal mengambil pendirian menyokong KEADILAN.

“Allahyarham Dr Zainal adalah antara pemimpin awal daripada Umno yang mengambil sikap yang tegas iaitu beliau menyertai PKR lama sebelum beliau bertanding pada 2008.

“Pada saya ini satu pendirian yang baik dikalangan pemimpin yang mahu melihat sesuatu perubahan yang berlaku dinegara kita. Ini satu kehilangan yang sukar diganti dan kita menerimanya sebagai kehendak Allah SWT,” kata Syed Shahir.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong pula menyifatkan Dr Zainal sebagai insan yang baik hati sepanjang hayat beliau.

“Walaupun beliau sakit sejak beberapa bulan kebelakangan ini beliau tetap menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Ahli Parlimen. Saya berasa sedih dan terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau. Kita masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan beliau telah meninggalkan kita,” ujar Elizabeth.

Setiausaha KEADILAN Selangor, Hamidi Hassan menyanjung Dr Zainal yang banyak menyumbang pendapat dan pandangan bagi mengukuhkan kedudukan parti peringkat negeri.

“Dr Zainal menyertai PKR pada tahun 2005 dan kami ketika itu mengalu-alukan penyertaan beliau kerana pengalaman luas beliau. Pengalaman lama beliau beliau dalam politik Selangor banyak membantu kita dan beliau pernah menjadi Pengerusi PKR Selangor satu ketika sebelum diambil alih oleh Tan Sri Khalid.

“Beliau banyak memberi pandangan dan pendapat untuk kebaikan parti. Beliau juga memimpin Cabang Hulu Langat dan ia berjalan dengan lancar sehinggalah beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen,” kata Hamidi.

Ditanya persediaan KEADILAN Selangor menghadapi pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Hulu Selangor, beliau berkata parti telah membuat persediaan sejak awal apabila mengetahui Dr Zainal mengalami sakit yang serius.

“Parti memang ada buat persediaan sebab kita akur telah lama sakit. Persediaan untuk jentera pilihan raya memang telah kami sediakan dan insyaAllah kita akan terus pertahankan kerusi kita di Hulu Selangor. Calon kita serahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk putuskan dan segala persiapan akan kita gerakkan dengan lebih lancar ini untuk memastikan kerusi itu terus berada ditangan kita,” jelas beliau lagi.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia


Difailkan dalam: KeADILan | Leave a Comment »
KEADILAN Pecah Kubu Kuat Musa Aman Di Libaran
Posted on Mac 26, 2010 by K.A. IT & Design
KUALA LUMPUR 26 Mac – Libaran yang merupakan kubu kuat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman akhirnya berjaya ditembusi oleh KEADILAN dengan penganjuran ceramah dan aktiviti politik di kawasan yang dianggap ‘fixed deposit’ pemimpin Umno Sabah itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kejayaan itu sebagai petanda positif dan amat baik kepada kemungkinan besar Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Kita berjaya mengadakan sesi penerangan kepada penduduk Kampung Tinusa 2 di Libaran iaitu kubu kuat Musa Aman yang popular dengan nama ‘fixed deposit’ kerana ini salah satu tempat Musa bergantung untuk undi kemenangan beliau.

“Kejayaan kita bertapak di Libaran merupakan satu tamparan hebat kepada Ketua Menteri dan saya difahamkan telah mengerahkan kuncu-kuncu beliau di situ untuk menghalang dan mengugut penyokong KEADILAN di kawasan itu,” kata Shamsul yang melakukan lawatan kerja ke Sabah minggu lalu.

Beliau berkata ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) bertindak mengugut untuk menghalau penduduk terbabit daripada Kampung Tinusa 2 sekiranya mereka terus menyokong KEADILAN.

“Walaupun sesi penerangan diadakan di sebuah rumah tetapi kehadiran mencecah lebih 100 orang dan mereka menyatakan sokongan kepada KEADILAN secara terangan tanpa rasa takut walaupun dalam kawasan Ketua Menteri mereka sendiri,” ujar Shamsul lagi.

Pengamatan beliau selama dua jam bersama penduduk di situ mendapati rakyat kehausan maklumat dan penerangan mengenai isu penting termasuk Konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu qazaf, lompat parti dan perkembangan kes rasuah Musa Aman.

“Kesan terbesar yang saya dapat lihat daripada ceramah di Libaran ialah Musa sendiri turun ke kawasan itu dan mengarahkan program susulan segera diadakan di kawasan itu untuk menjawab isu-isu yang saya bangkitkan dalam program tersebut.

“Ini merupakan perkembangan yang cukup baik. Jika kita tumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan Melayu yang dipegang oleh Umno sebanyak 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, dan laksanakan program secara tersusun, strategik, komprehensif dan bersepadu dan terus mengasak kubu mereka di 32 DUN saya percaya kita akan mencapai ‘breakthrough’ dari segi meraih kemenangan di kawasan ini.

Justeru itu Shamsul berkata beliau telah mengerahkan AMK Sabah supaya segera melaksanakan program bersepadu rakyat di kesemua 32 kawasan yang disasarkan pada setiap bulan yang akan dibantu oleh pimpinan pusat.

Untuk itu satu pasukan petugas di bawah Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuff telah ditubuhkan untuk mengkoordinasi program AMK di Sabah dan Sarawak.

Sumber: Suara-Keadilan


Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Difailkan dalam: Angkatan Muda, KeADILan, Memimpin Harapan Rakyat, Say No TO BN | Leave a Comment »
Jom join Program Ketua AMK (25/03/2010-27/03/2010)
Posted on Mac 25, 2010 by Shamsul Iskandar
Berikut adalah jadual program Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia :

1. Ceramah Umum : Selamatkan Malaysia Daripada Israel;
Tolak Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim
25/03/2010 (Khamis), 9 malam
Markaz Pas, Taman Rakyat, Dungun, Terengganu
Penceramah:
YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat
YB Ustaz Haji Wan Hassan, ADUN Sura
Shamsul Iskandar Mohd Akin

2. Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang,
Angkatan Muda dan Wanita Kemaman, Terengganu
26/03/2010 (Jumaat), 2.30 petang

3. Ceramah Umum : Selamatkan Malaysia daripada Israel;
Tolak Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim
26/03/2010 (Jumaat), 9 malam
Pejabat Keadilan, Kemaman, Terengganu

4. Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda
Keadilan Cabang Muar, Johor
27/03/2010 (Sabtu), 10 pagi
Pejabat Keadilan Cabang Muar

5. Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Bukit
Katil, Melaka
27/03/2010 (Sabtu), 3 petang
Warong Reformasi, Air Molek, Bukit Katil, Melaka

6. Minum Petang bersama Angkatan Muda Keadilan Cabang
Tangga Batu, Melaka
27/03/2010 (Sabtu), 6 petang
Pejabat Keadilan Klebang, Tangga Batu, Melaka

7. Makan Malam dan Ceramah DAP Peringkat Negeri
Melaka
27/03/2010 (Sabtu), 8 malam
Dewan Pay Fong, Melaka
Tetamu Kehormat : YAB Saudara Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau
Pinang

Rakan-rakan anak muda dijemput bersama di dalam setiap program saudara Shamsul. Jom join !

Pejabat Ketua AMK

Difailkan dalam: Aktiviti, Angkatan Muda, Fitnah 2.0, KeADILan, Memimpin Harapan Rakyat, Pemuda Pakatan Rakyat, Politik, Program, Say No To Najib, Say Yes To Anwar | Leave a Comment »
Mungkin Dalam Hati Mereka, Rakyat Bodoh Dan Pelupa
Posted on Mac 24, 2010 by K.A. IT & Design
Li Fook Gao




Jika rampasan kuasa di Perak tidak menjadi masalah kepada mereka, malah disokongnya, apa pula yang nak dibisingkan pada perancangan 916 yang tidak kesampaian?

Tak apa, rakyat dah bosan dengan isu Perak… mereka pun dah lupa. Itu kita tak rampas, mahkamah yang kata Menteri Besar kita sah…. Itu sahaja rakyat perlu ingat… ala.. mereka ini kalau ingat pun, tak akan ingat lama….

Mengapa mereka begitu percaya pada satu kenyataan pengkhianat amanah rakyat yakni ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menghebohkan tentang konspirasi 916 yang telah berlalu sekian lama?

Apa pula yang tak percayanya…. Tak kisahlah siapa, asalkan cerita itu daripada orang yang benci Pakatan Rakyat, kita akan percaya. Rakyat bukannya kisah… tengok tak ada reaksi pun…. Lambat-laun mereka lupa jaga Zahrain itu seorang katak….

Mengapa pula mereka tidak pula pergi membuat laporan polis terhadap 8 ahli Parlimen daripada BN yang didakwa akan melompat sekiranya 916 berlaku untuk mengesahkan kesahihan dakwaan pengkhianat rakyat tersebut?

Mereka itu masih duduk dalam BN… kita pentingkan persahabatan. Mereka belum lompat, jadi tak boleh kata mereka ini pengkhianat. Ya, kita tahu 916 itu tak menjadi, tapi masih kena siasat ….kita kena cipta isu supaya rakyat jangan hanya teringat pasal GST, Model Ekonomi Baru, kapal selam tak leh selam, jet engin yang dijuallah…. Oops.. silap bukan dijual.. hilang lah… tu lah. Kita kena kaburkan minda mereka…. Tak susah, mereka tu bodoh…

Dalam isu royalti minyak pula, apabila kehabisan hujah untuk menangkis kenyataan-kenyataan berfakta Tengku Razaleigh Hamzah, ketua mereka mengambil pendekatan untuk melakukan serangan peribadi dengan berkata:

“Masalahnya, hari ini saya melihat Ku Li (Tengku Razaleigh) mungkin mengumpan parti untuk buat sesuatu kepada beliau kerana saya nampak dia tidak akan keluar parti. Dia tidak akan buat kesilapan yang sama dua kali ketika keluar parti dahulu, dia mengumpan kepimpinan parti untuk memecatnya atau dikenakan tindakan kerana mahu dianggap sebagai hero.”

Hahahaha… si rakyat mana yang ingat masa Gemilang, Terbilang dan Cemerlang dahulu apa yang berlaku kepada wang ehsan di Terengganu, kan?? Monsoon Cup, Patrick Badawi…. Sshh… sshhh, senyap, jangan ungkit…. Rakyat kan dah lupa pasal kisah aku menantu…



Selepas berudu bertukar menjadi katak-katak, PKR kehilangan majoriti kerusi parlimen dalam Pakatan Rakyat, ketua mereka pula cepat menyibuk dengan berkata:

“Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar. Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar.”

Rakyat kan bodoh… mereka ini suka berita sensasi… kita besarkan isu, mereka semua akan lupa yang aku ini bukanlah menteri… yalah … aku tahu orang yang aku tewaskan pun dapat jadi Timbalan Menteri… sebab itu aku tak boleh kalah publisiti.. kena reka isu untuk tonjolkan bahawa aku ini lebih berkaliber dalam menghentam PR…. Tu aje..

Baru-baru ini, tanpa sebarang siasatan dijalankan, ketua mereka terus menyuruh rakyat untuk menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan “16 Sept” di Parlimen.


Nak siasat apa, asalkan kita mainkan isu ini tiap-tiap hari supaya ia “stick to the mind” pada rakyat… ia akan jadi benar… rakyat kan bodoh, dahlah pelupa…. Kita tak ada hujah nak lawan dalam banyak isu, sebab itulah kita kena jatuhkan imej mereka ke tahap kita… rakyat tak akan perasan… asalkan kita buatkan mereka sama jijik seperti kita, rakyat akan percaya… kan mereka bodoh…

Soalan Cepu Emas:

Sekiranya rakyat betul-betul bijak, beranikah mereka membuat kenyataan-kenyataan seperti di atas tanpa mengambil kira kesan politik terhadap mereka?

Kesimpulannya, terdapat 3 modal politik yang boleh menjamin kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, 1. Kebodohan rakyat, 2. Sikap mudah lupa rakyat dan 3. Pakatan Rakyat membuat kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan.

Sekiranya rakyat dapat menilai prestasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional secara adil, dan mengelakkan diri sendiri daripada tertipu oleh media arus perdana, percayalah Barisan Nasional akan dapat dikalahkan dengan ketiadaan modal (1) dan (2) jika dan hanya jika tanggapan (3) tidak berlaku.

Sumber: Harakahdaily

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia


Difailkan dalam: 1 Hari 1 Pendedahan, Memimpin Harapan Rakyat, Pakatan Rakyat, Say No TO BN, Say No To Najib | Leave a Comment »
PR Cadang Lapor APCO Kepada Raja-Raja Melayu
Posted on Mac 23, 2010 by K.A. IT & Design
Fazli Othman

KUALA LUMPUR 22 Mac - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya Pakatan Rakyat menghantar memorandum khas kepada Raja-Raja Melayu berkaitan syarikat APCO Worldwide dan penglibatan mereka dengan rejim Zionis Israel.

Mahfuz berkata APCO terlalu merahsiakan banyak perkara termasuk pelanggan mereka sendiri.

“Kita mencurigai peranan mereka di seluruh dunia dan juga peranan mereka di Malaysia apabila dilantik oleh Najib.

“Ini menunjukkan kerajaan kita terlalu lemah apabila terpaksa mendapatkan nasihat daripada syarikat Zionis Yahudi seolah-olah memperkecilkan syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran berkaitan dengan media baru,” tegas Mahfuz lagi kepada media di Parlimen.

Isu syarikat APCO menjadi panas apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara tersebut dalam Dewan Rakyat semasa membahas titah menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong Rabu lalu.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

No comments: