Monday, March 15, 2010

TAHNIAH LEE CHONG WEI


Sekalung tahniah buat pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjaya merangkul kejuaraan terbuka All England untuk edisi yang ke-100. Mangsa terbaru Lee Chong Wei merupakan seorang anak muda yang berusia 20an dari Jepun iaitu Mr. Tago. Kali terakhir pemain Malaysia yang memenangi terbuka ini adalah saudara Hafiz Hashim pada tahun 2003. Lee Chong Wei mengalahkan Mr. Tago 21-19 dan 21-19. Permainan yang begitu mendebarkan ini menyaksikan Chong Wei terpaksa menghempas pulas sebelum memenangi terbuka ini. Mr. Tago walaupun baru tetapi sentuhan beliau tetap berbisa untuk memberi cabaran kepada Chong Wei. Semoga Lee Chong Wei terus berusaha untuk memenangi lebih banyak kejohanan yang akan datang. Sekali lagi kami AMK Batu menggucapkan tahniah ada kejayaan beliau. Sekali lagi berkumandang MALAYSIA BOLEH.

No comments: