KENYATAAN AKHBAR
MAC 6, 2010
TIADA ANGGOTA MENINGGALKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG KUALA SELANGOR
Terdapat beberapa isu yang telah ditimbulkan beberapa pihak berhubung perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Kuala Selangor yang telah di adakan pada 14 Mac 2010.
Sebagai ketua wakil pemantau dari Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor , saya ingin membuat penjelasan agar ahli parti dan rakyat dapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya yang telah berlaku. Penjelasan kami adalah seperti berikut:
1. Notis Mesyuarat Agung
Isu yang di bangkit semasa Mesyuarat tersebut adalah berkaitan ketiadaan salinan notis tersebut dalam Laporan Tahunan yang diedarkan.
Notis bertulis bertarikh 25 Februari 2010 telah di keluarkan kepada semua ahli. Selain itu Cabang juga mengambil inisiatif mengeluarkan iklan di akhbar (Sinar Harian) bagi memastikan semua ahli maklum tentang tarikh dan tempat mesyuarat yang ditetapkan. Langkah ini juga diambil bagi menangani masalah notis yang tidak dapat di sampaikan melalui pos.
2. Kehadiran ahli
Kehadiran yang dicatitkan adalah seramai 241orang dan ini lebih dari cukup untuk memenuhi kehendak Pelembagaan di mana Mesyuarat Agung mesti di hadiri sekurang-kurangnya 30 ahli yang telah membayar yuran tahunan mereka. Jumlah ini jauh lebih baik dari kehadiran sebelum ini.
3. Ahli meninggalkan Mesyuarat Agung
Sepanjang pemerhatian kami, kejadian meninggalkan dewan semasa mesyuarat berlangsung tidak pernah berlaku. Meraka yang mendakwa ‘meninggalkan’ mesyuarat ini, tidak berada didalam dewan ketika mesyuarat berlansung. Kenyataan bahawa 50 orang terlibat adalah tidak benar.
4. Dakwaan bankrap
Terdapat dakwaan bahawa seorang AJK Cabang adalah bankrap. Ini adalah tidak benar sama sekali. Semakan di Jabatan Insolvensi pada 21 Januari 2010 telah mendapati AJK yang dimaksudkan bukanlah seorang bankrap.
Kami berharap penjelasan kami memberi sedia maklum tentang perkara yang sebenar.
HAMIDI HASSAN
SETIAUSAHA KEMPIMPINAN NEGERI SELANGOR , PARTI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA DAN WAKIL PEMERHATI UNTUK PRR SELANGOR.
No comments:
Post a Comment