Semalam, terdapat panggilan telefon dan masej yang menanyakan adakah YB Tian Chua akan mengikuti jejak langkah MP PKR yang lain menjadi MP Bebas. Ini kerana terdapat laporan media cetak dan blog yang mengatakan YB Tian Chua juga akan keluar dari PKR. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini membuat kesimpulan itu kerana YB Tian Chua tidak menghadiri ikrar MP-MP PKR. Buat pengetahuan semua, ke semua mereka yang berikrar tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam parti, oleh itu MP-MP yang mempunyai jawatan di dalam parti tidak harus membuat ikrar. Mereka juga mengfitnah YB Tian Chua untuk keluar parti kerana YB Tian Chua mempunyai pelbagai kes di Mahkamah, oleh itu untuk melepaskan diri, YB Tian Chua menjadi MP Bebas. Ini semua adalah suatu dakyah untuk menjatuhkan imej PKR Pusat dan Cabang Batu. Mereka juga berusaha untuk menjatuhkan semangat pengundi-pengundi di Parlimen Batu. PKR Cabang Batu berharap ke semua penduduk di kawasan Parlimen Batu terus menyokong YB Tian Chua dan perjuangan Pakatan Rakyat. Perjuangan kita untuk membela rakyat masih jauh lagi perjalanannya, masih banyak lagi yang perlu kita lakukan.
AMK Batu percaya pelbagai dugaan yang melanda YB Tian Chua semenjak Reformasi 98 dapat menebalkan semangat juang beliau. Beliau bukan datangnya dari produk Barisan Nasional yang telah banyak dicurahkan kesenangan duniawi. Perjuangan beliau begitu getir sekali, beliau tidak sanggup menjadi manusia yang meludah dan menjilat kembali, beliau mempunyai prinsip perjuangan yang cukup teguh.
Pihak PKR Cabang Batu akan menggeluarkan kenyataan media tidak lama lagi. AMK Batu ingin mengulangi YB Tian Chua masih lagi Ahli Parlimen PKR bagi Parlimen Batu. Sebarkan kepada semua.
No comments:
Post a Comment