Mengapa mereka tidak boleh berdiri bersetuju bersama-sama dengan pihak kerajaan negeri Kelantan dalam menuntut hak rakyat negeri Kelantan. Mereka lebih mengetahui akan hak mereka ke atas royalti minyak. Mengapa mereka tidak boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan pucuk pimpinan UMNO. Di mana hak bersuara dalam UMNO dan dimana dikatakan UMNO mengamalkan dasar demokrasi. Kerana takut akan ketua, mereka menarik balik sokongan mereka, di mana perjuangan untuk rakyat?
Dipetik dari http://themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/55045-adun-bn-kelantan-sokong-usul-royalti-mungkin-dihukum
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata parti itu akan mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi sebelum mengambil tindakan.
Ekoran itu kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepadal usul terbabit termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Mat Yusof Abdul Ghani (BN – Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN – Kuala Balah).
Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri ialah Datuk Nozula Mat Diah (BN – Paloh) dan Adhan Kechik (BN – Bukit Bunga) manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN – Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.
Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.
Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.
Usul terbabit berbunyi, “bahawa DUN memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.
“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”
“Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini,” kata Hishammuddin.
Beliau yang juga Menteri Dalam turut menyelar keputusan DUN Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.
Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.
“Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.
“Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat sini.
Hishammuddin mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.
Sementara itu, mengulas mengenai isu lompat parti yang melanda pemimpin dan anggota dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menasihatkan agar setiap ahli Umno dan BN supaya tidak terlalu gembira menerima berita itu.
Beliau berkata apa yang berlaku dalam PKR jelas menunjukkan bahawa untuk memerintah sesebuah negeri bukan perkara yang mudah kerana ia melibatkan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.
“Apa yang berlaku dalam PKR jangan melalaikan kita... jangan mengizinkan kita leka dalam agenda yang telah kita umumkan pada rakyat.
“Perkara yang telah dijanjikan kepada rakyat untuk membuat tranformasi dalam parti, ianya tidak bergantung kepada kedudukan parti lawan,” kata Hishammuddin ketika mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang MohammadGet 20% CashBack with Malaysia's biggest ever dining offer!
Fairus Khairuddin yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Umno, Ahad lepas.
Mohammad Fairus, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, berkata keputusannya keluar dari PKR adalah kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap para pemimpin parti itu terutamanya dalam perkara yang membabitkan Islam dan Melayu.
No comments:
Post a Comment